بسم الله الرحمن الرحيم
Perjuangan ini tidak akan pernah berhenti. Biarpun ribut badai melanda perjuangan nan suci demi menegakkan Islam perlu diteruskan hingga ke titisan darah yang terakhir. Hingga ke helaan nafas ucapan Kalimah Syahadah.
Impian dan harapan pejuang Islam tidak berbelah bahagi hanya untuk mendapatkan nikmat syahid bertemu di hadapan Allah di atas landasan yang penuh dengan kemanisan iman. Usah biarkan isteri-isteri, anak-anak, harta benda, kerjaya, pangkat, darjat, kekayaan dan hasutan nafsu menguasai diri.
Sudah lumrah yang bernama manusia tidak akan terlepas dari melakukan salah dan silap. Yang pastinya, jangan biarkan kesalahan dan kesilapan itu memakan diri sehingga mengabaikan amanah yang sepatutnya.
Entahlah, hati manusia memang berubah-ubah dengan izinNya. Perubahan yang diharapkan tidak memberikan kesan kepada matlamat sebenar hidupnya kita di atas muka bumi ini. Bukan semata-mata untuk mengabdikan diri kepadanya, bahkan lebih dari itu menyambung rantai perjuangan yang ditinggalkan oleh para Nabi dan Rasul untuk merebut redhaNya yang tidak ternilai harganya.
Doaku semoga diri ini terus di atas landasan yang benar. Begitu juga dengan kalian semua. Semoga hadirnya suri dalam hidup menjadi penguat dalam merintis perjuangan bukan penghalang. Moga kejayaan dunia akhirat milik kita bersama.
Siiiruuu 'Ala Barakatillah...
Kata Muthaqqaf : Sekadar satu lakaran ringkas secebis kata-kata perangsang buat semua agar kita saling pesan memesan, nasihat menasihati untuk mengukuhkan lagi perjuangan yang masih panjang. Kepada yang berkelapangan dijemput hadir memeriahkan Sambutan Jubli Perak 25 Tahun PAS Kawasan Ledang. Klik di sini untuk maklumat lanjut.
Nukilan Ilham Nurani,
MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa
MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa