Video Klip Pilihan

Sunday, February 17, 2008

.:: Hakikat Agama Samawi ::.

بسم الله الرحمن الرحيم


|| Seputar Isu Mutiara Ilmu

Salam ta'zim buat semua sidang pembaca yang sudi berkunjung ke blog peribadi penulis yang semakin jarang mengutarakan pos entri yang menarik minat kalian semua. Ala kulli hal semoga sedikit sebanyak ianya mampu memberikan perkongsian perjalanan hidup penulis secara peribadi bersama kalian yang sentiasa memberikan sokongan dalam menongkah kehidupan mendatang. Inilah kemanisan ukhuwah yang terjalin dengan ribat yang erat agar kekuatan yang terhasil itu mampu memberikan nusrah ketika berada di medan perjuangan kelak.

Kesyukuran juga dipanjatkan ke hadrat Ilahi, Rabbi atas segala nikmat kurniaan yang tidak putus-putus disalurkan tanpa penat dan jemu. Alhamdulillahi Rabbil Alamin. Dialah Tuhan Yang Maha Esa tiada Tuhan yang disembah melainkanNya dan sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W itulah utusanNya yang teragung. Baginda yang bersusah membawa risalah ISLAM, ajaran mentauhidkan ALLAH dan menjauhi dari sebarang perkara yang boleh jatuh kepada mensyirikkan ALLAH. Semoga kita dijauhkan dari perkara itu.

Menjurus kepada entri kali ini, penulis ingin memberikan sedikit penjelasan terhadap persoalan yang diajukan oleh seorang muslimat dari sebuah institut pengajian tinggi di Perak. Beliau menanyakan mengenai persoalan agama Samawi di sisi ALLAH. Bagaimanakah konsep agama Samawi tersebut menurut penjelasan Al-Quran dan Sunnah sebagai petunjuk sepanjang zaman. Itulah pegangan yang sepatutnya disemat kemas di hati sanubari setiap yang bergelar "MUSLIM" dan "MU'MIN".

Muslim adalah mereka yang telah mengucap dua kalimah syahadah dan mengerjakan setiap apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang sebagaimana yang termaktub di dalam rukun ISLAM dan rukun IMAN. Akan tetapi mereka hanyalah dikalangan orang awam yang hanya mengetahui perkara yang asas dalam agama. Manakala "mu'min' pula adalah mereka yang beriman dengan sepenuh hati mereka atas segala apa yang diarahkan dan meninggalkan apa yang dilarang disamping memahami setiap perkara tersebut dengan sebaik-baiknya. Semua orang "mu'min" itu adalah "muslim" akan tetapi tidak sebaliknya.

|| Agama Samawi Diiktiraf Di sisi ALLAH

Agama Samawi adalah agama yang diwahyukan oleh ALLAH dan diturunkan kepada agama-agama wahyu tersebut kitab-kitab suci mereka sebagai panduan syariat, ibadat dan akhlak. Agama Samawa terbahagi kepada tiga sahaja iaitu :
  • Agama Yahudi - diturunkan kitab Zabur dan Taurat (Nabi Daud A.S dan Nabi Musa A.S).
  • Agama Nasrani - diturunkan kitab Injil (Nabi Isa A.S).
  • Agama ISLAM - diturunkan Al-Quran (Nabi Muhammad S.A.W).
Berdasarkan kepada rujukan di atas, kita dapat melihat bahawa hanya ketiga-tiga agama ini sahajalah yang diiktiraf oleh ALLAH bagi sesiapa yang berpegang teguh kepada ajaran tersebut. Ajaran kesemua agama ini adalah sama iaitu mentauhidkan ALLAH semata-mata dan menjauhi perkara yang mensyirikkan ALLAH. Cuma yang menjadi perbezaan adalah teknikal perlaksanaan hukam-hakam yang diperintahkan bagi penganut-penganut agama sebelum ISLAM lebih kecil skopnya.

Apabila diutusnya Nabi Muhammad S.A.W, Nabi dan Rasul terakhir bersama dengannya diturunkan juga kitab suci umat ISLAM, Al-Quran. Baginda Rasul terakhir yang meliputi segala ajaran para Nabi dan Rasul sebelumnya semata-mata mengajak umat manusia untuk mengesakan ALLAH. Titik perbezaannya para Nabi dan Rasul terdahulu diutuskan hanyalah untuk kaum mereka sahaja. Akan tetapi Baginda pula diutuskan adalah untuk semua umat manusia yang hidup di muka bumi ini. Bahkan termasuk jin yang tidak mampu untuk dilihat melalui mata kasar.

Al-Quran pula kitab terakhir yang diturunkan meliputi segala hukum-hakam yang pernah disyariatkan pada ajaran-ajaran sebelumnya bahkan dikurniakan banyak kelebihan lain yang tidak dianugerahi kepada umat sebelum ISLAM. Barangsiapa yang masih berada dalam agama selain ISLAM (Yahudi dan Nasrani) sekalipun masih diterima di sisi ALLAH dengan syarat mereka berpegang sebagaimana ajaran yang diturunkan dahulu.

|| ISLAM Ad-Din, Cara Hidup Sebenar

إن الدين عند الله الإسلام ( سورة آل عمران )
Maksudnya : Sesungguhnya Ad-din di sisi ALLAH hanyalah ISLAM.

Melalui ayat yang dipetik dari kitab suci Al-Quran yang amat jelas menjelaskan mengenai pengiktirafan ALLAH hanyalah ISLAM sebagai agama di sisiNya. Bukanlah mengatakan mereka yang menganut agama Yahudi Nasrani sebagai kafir. Akan tetapi agama mereka pada era selepas kewafatan para Nabi dan Rasul Bani Israel yang di khususkan menganuti agama ini semakin jauh dari ajaran yang sebenar. Bahkan semakin terpesong jauh dari arahan dan larangan kitab sebenar mereka seperti yang diturunkan.

Mereka juga merupakan kaum yang tidak bersyukur dengan pelbagai nikmat yang ALLAH berikan kepada mereka tanpa dikurniakan kepada umat selain mereka. Akan tetapi mereka mudah lupa dan kembali mempersukutukan ALLAH. Kelampauan mereka bukan setakat itu sahaja, bahkan mereka melampaui batas sehingga berani mengubah isi kandungan kitab suci yang membenarkan segala apa yang akan berlaku. Sebagai contoh di sana menyatakan akan kemunculan Nabi akhir zaman iaitu Nabi Muhammad S.A.W yang diseleweng dan dimansuhkan kebenaran yang termaktub.

فويل للذين يكتبون الكتاب بأيديهم ثم يقولون هذا من عند الله ليشتروا به ثمنا قليلا فويل لهم مما كتبت أيديهم وويل لهم مما يكسبون ( سورة البقرة )
Maksudnya : Maka sesungguhnya neraka waillah bagi mereka yang menulis kitab ALLAH dengan tangan-tangan mereka kemudian mereka berkata " kitab ini adalah dari sisi ALLAH" dan mereka berjual beli kitab ALLAH itu dengan sewenang-wenangnya. Maka neraka waillah daripada apa yang ditulis oleh tangan-tangan mereka dan dari apa yang mereka kerjakan

Selain ituو mereka juga berani membunuh para Nabi dan Rasul, mengaku mereka anak ALLAH bahkan mereka mengatakan bahawa Nabi Isa A.S untuk agama Nasrani adalah Tuhan mereka yang dengan bersatunya ALLAH di jasad Nabi ALLAH Isa A.S. Maha suci ALLAH dari segala kekufuran dan tanggapan mereka yang sesat itu.Dan banyak lagi kekufuran yang nyata berlaku sehingga mereka pada saat ini sedang berusaha untuk menyingkirkan ISLAM dari muka bumi ini seterusnya menyebarluaskan fahaman Yahudi Nasrani yang sesat itu.

Akan tetapi ingatlah bahawa ALLAH akan sentiasa menjaga agama suci ini bersama hamba-hambaNya yang sentiasa berjuang memelihara dan menegakkan syiar ISLAM ini di seluruh pelusuk alam. Semoga sentiasa mendapat pimpinan dan bimbinganNya dalam setiap langkah menuju rahmat dan mardhatillah. Itulah tujuan sebenar ALLAH utuskan umat manusia ke muka bumi ini setelah makhluk-makhluk lain menolak kerana tidak mampu untuk memikul amanah tersebut. Seterusnya disambut baik oleh umat manusia. Maka bersama kita menghayati tujuan sebenar kita diutus ke muka bumi ini.

|| Perkasa Akidah Hindari Perpecahan

Pada akhir zaman yang semakin hampir kepada hari yang dijanjikan cuma tidak diketahui bila akan berakhir. Apakah kita telah bersedia untuk menuju destinasi cinta yang hakiki dengan sebenar-benar akidah disulami ketakwaan dan seberat-berat amal kebajikan dihiasi keikhlasan? Setelah pemerhatian dijalankan kita dapat lihat senario dunia ISLAM yang diasak dengan perpecahan dari sudut fahaman akidah yang saling menolak dan menghujum variasi asbab yang tiada noktahnya.

Dalam umat ISLAM bertengkar mempertahankan fahaman masing-masing yang terlalu fanatik dengan pandangan ulama' mereka dalam sesuatu perkara. Sehingga sanggup mengetepikan Al-Quran dan Sunnah bahkan tega memaki hamun Rasulullah, ahli baitnya, para sahabat dan ulama'-ulama' muktabar. Dalam kes lain pula kita dapat lihat ada diantara mereka yang sanggup kafir mengkafir antara satu puak dengan puak yang lain. Segala yang berlaku ini sememangnya seperti yang termaktub di dalam sebuah hadith Nabi S.A.W mafhumnya :

"Sesungguhnya kaum yahudi akan berpecah kepada 72@73 puak. Begitu juga kaum Nasrani akan berpecah kepada 72@73 puak. Manakala umat ISLAM juga akan berpecah kepada 72@73 puak. Dari kesemua itu hanya satu yang akan selamat."

Sepakat ulama' mempersetujui satu yang akan terselamat itu adalah puak/kelompok ahli sunnah wal jamaah yang memegang teguh tali ALLAH dan sabda Nabi S.A.W. Semoga kita tergolong dikalangan mereka yang terselamat dan mendapat lindungan ALLAH.

Nukilan Ilham Nurani,

MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa

4 comments:

Anonymous said...

|| Agama Samawi Diiktiraf Di sisi ALLAH
Agama Samawi adalah agama yang diwahyukan oleh ALLAH dan diturunkan kepada agama-agama wahyu tersebut kitab-kitab suci mereka sebagai panduan syariat, ibadat dan akhlak. Agama Samawa terbahagi kepada tiga sahaja iaitu :
Agama Yahudi - diturunkan kitab Injil dan Zabur (Nabi Daud A.S dan Nabi Musa A.S).
Agama Nasrani - diturunkan kitab Taurat (Nabi Isa A.S).
Agama ISLAM - diturunkan Al-Quran (Nabi Muhammad S.A.W).

Kitab Zabur - Nabi Daud a.s
Kitab Taurat - Nabi Musa a.s
Kitab Injil - Nabi Isa a.s
Kitab Al-Quran - Nabi Muhammad s.a.w

Anonymous said...

Saya amat tidak bersetuju jika dikatakan agama samawi itu ialah Kristian, Yahudi dan Islam. Agama samawi atau agama dari Allah hanyalah ISLAM shj sedangkan agama kristian dan Yahudi hanyalah bermula selepas kewafatan Nabi Isa, Musa dan Daud. Pd pandangan saya orang pertama yang mengatakan agama samawi ialah Kristian, Yahudi dan Islam adalah cerdik pandai Yahudi yang sengaja mahu memuatar belitkan fakta dan mengelirukan umat Islam.
Orang yang menamakan ajaran mereka sebagai Agama Kristian dan Yahudi ialah orang yang sesat dari kalangan pengikut Nabi Isa dan musa. Malah Nabi-nabi ini tak pernah pun menyebut dan mengaku bahawa ajaran yang dibawa oleh mereka ialah Kristian dan Yahudi! Yang disebut ialah AGAMA HANIF.
Berbalik kepada hukum sembelihan sebagaimana dalam surah Al-Maidah ayat 5, yang halal dimakan ialah sembelihan dari golongan ahli kitab iaitu orang yang beramal dengan Taurat dan Injil. Dalam Al-Quran tidak disebut halal memakan sembelihan orang Yahudi dan Nasrani. Begitu juga dengan hukum-hukum lain spt hukum berkahwin.
Saya harap saudara cuba dapatkan gambaran yang betul tentang istilah AGAMA SAMAWI.

Mohd Rasul Bin Amat said...

terima kasih atas pandangan anda...
sbgmn yg saya trangkan yahudi dan kristian yg diiktiraf agama samawi bukan yg sekarang ini...
tetapi pada suatu masa dahulu sebelum ianya diselewengkan oleh rahib2 mereka...
so hakiatnya di sisi ALLAH memang hanya ada ISLAM..
yahudi dan kristian juga akan termasuk di dalam ISLAM seandainya mereka kembali berpebang teguh dgn apa yg benar2 termaktub dlm kitab2 mereka tanpa diubah dan ditokok tambah...
itu yg dinamakan ahli kitab sbgmn yg termaktub di dalam Alquran dan Hadis...
harap anda jelas dan fahami dengan sebaik2nya krn itu yg saya pelajari di dalam pengkhususan pengajian saya...
wallahu a'lam...

pregro said...

agama samawi bukan di agamakan oleh kaum kristian sebagaimana di utarkan oleh sebagian orang. agama katolik/nasrani merupakan agama terua yang pernah ada dalam perjanjian antara ALLAH dan Nabi-Nabi semula dalam kitab Taurat diamana Musa adalah Nabi yang mempersiapkan dan meluruskan terbentuknya Agama Katolik..dan agama Islam hanya memperoleh umat dalam misi Jihad yakni memungkiri eksistensi agama lainya dan mengedepankan ajaran-ajaran Nabi Muhhamad Saw..terbentuknya semua agama bukan karena Samawi akan tetapi kewahyuan Allah sendiri dalam bentuk perantara.......