بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah. Kesyukuran yang sebanyak-banyaknya penulis panjatkan ke hadrat Ilahi atas segala nikmat kurniaan yang telah diberikan. Baru-baru ini pada 27 Oktober 2008 penulis dan beberapa orang sahabat seperjuangan selamat menghadiri majlis walimah dua pasang mempelai yang mana sepasang mempelai merupakan mahasiswa/wi yang masih mengaji di Universiti Al-Azhar, Mesir. Pasangan yang dimaksudkan adalah saudara Muhammad Firdaus bin Hj. Sulaiman dan pasangannya Noor Haziqah Binti Md. Haris. Sepasang lagi mempelai merupakan pasangan abang ipar 'Tete'.Walau apapun yang tercoret, penulis mengucapkan tahniah atas kebejayaan kalian menyempurnakan sebahagian dari tuntutan Islam itu sendiri. Moga sentiasa dirahmatiNya, kekal hingga ke akhir hayat, insyaallah. Yang pastinya sepulangnya penulis ke tanah air pada tahun ini meupakan satu ujian melihat sahabat-sahabat penulis selamat mendirikan mahligai bahagia mereka terhindar dari segala bentuk maksiat yang sememangnya mengundang murka yang Esa. Bagaimana pula penulis dan sahabat-sahabat lain yang masih belum mendapat kata putus dan tidak pasti bila akan menjejakkan kaki ke 'zon selamat' ini.
Namun begitu semoga kita semua akan sentiasa dilindungi Allah dari segala bentuk maksiat, bencana dan murkaNya yang tidak terperi sakitnya. Berikut penulis sertakan beberapa fenomena sepanjang majlis walimah dua pasang mempelai ini. Moga sedikit sebanyak memberikan perangsang dan inspirasi untuk merancang menuju ke arah 'zon selamat' dan menghindari perkara-perkara terlarang.
Selamat berumahtangga kepada semua sidang pembaca.
___________________________________________________________________________
"1,2,3 Gerak!!! Kiri kiri kiri kanan kiri... "
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
Semua gambar-gambar di atas dirakam oleh penulis sendiri tanpa tauliah dari mana-mana institusi pengajian tinggi mahupun swasta. Sesiapa yang teringin untuk penulis menjadi photographer bagi majlis-majlis mereka, bolehlah menghubungi penulis sebelum penulis berangkat kembali ke Perlembahan Nil. Kalau mereka yang di Mesir pun boleh tempah lebih awal. :P
Kata Muthaqqaf : Meskipun penulis tidak kesampaian untuk mengikut jejak langkah mereka pada tahun ini, penulis yakin dan berharap akan melangkah masuk ke alam ini kelak bila tiba masanya. Selepas ini giliran pasangan Mohd Hafiz bin Mansor (Mantan Ketua Penasihat BKPJM 07/08 dan mantan Badan Pengurus 2004-2006 serta Penasihat PMRAM 2007-2008) dan Siti Raudhah (Mantan Penasihat HEWI BKPJM 07/08) pada 2 November 2008 di Felda Bukit Waha, Kota Tinggi. Juga tahniah kepada Al-Fadhil Hairul Nizam bin Mat Husain (Mantan Presiden PMRAM dan Penasihat PMRAM) dan pasangannya yang selamat diijab kabul pada 26 Oktober lepas. Semoga kekal hingga ke akhirnya.

Nukilan Ilham Nurani,
MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa
MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa
1 comment:
Who knows where to download XRumer 5.0 Palladium?
Help, please. All recommend this program to effectively advertise on the Internet, this is the best program!
Post a Comment