Video Klip Pilihan

Saturday, October 31, 2009

|| Sebelum Aku Bernikah ||

بسم الله الرحمن الرحيم


Insyaallah, hari ini dan esok (31 Oktober dan 1 November) saya akan mengikuti kursus perkahwinan yang akan diadakan di dewan auditorium Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Kursus pada hari pertama akan bermula pada jam 2 petang dan berakhir pada jam 6 petang. Manakala hari kedua seawal jam 8 pagi dan berakhir pada 6 petang. Kursus ini tidak lain adalah sebagai prosedur seseorang rakyat Malaysia beragama ISLAM yang ingin berumahtangga.

Selain itu disyaratkan juga setiap pasangan menjalani ujian HIV bagi memastikan masing-masing negatif virus pembunuh itu. Semoga ALLAH melindungi seluruh umat ISLAM dari musibah tersebut selagi mana kita berpegang teguh dengan ajaran ISLAM yang syumul.

Di sepanjang keberadaan saya di Kuala Lumpur ini, insyaallah saya menumpang di rumah sahabat serumah ketika di Mesir dahulu. Dia yang lebih dikenali dengan 'Butang Mutiara' di Facebook dan Friendster. Terima kasih kerana sudi menerima sahabatmu ini sebagai tetamu.

Semoga 2 hari di sepanjang kursus ini dapat memberikan ilmu yang bermanfaat dan berguna sebelum kami melangkah ke alam rumahtangga yang semestinya penuh dengan onak ranjaunya.


Doa kalian sentiasa diharapkan agar diri ini dapat terus teguh atas landasan memperjuangkan ISLAM meski badai melanda. Insyaallah moga ALLAH thabatkan hati-hati kita semua.

Selamat berkursus kepada diriku!

Kata Muthaqqaf : Moga jodoh berkekalan hingga disatukan kelak. Buat tunangku, bersabarlah untuk melalui bulan-bulan terakhir dengan penuh ketaatan kepadaNYA menjauhi yang dilarangNYA. Fi amanillah...

Nukilan Ilham Nurani,

MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa

8 comments:

MOHD KHAIRUL HAFIZ said...

Sabor....samapai masa jadi la tu.Ana doakan selamat!!!!

DzuLagiL said...

salam 'alaik...
erm, bro...
dah dekat dah tu...
selamat atas sgalanya...

saat indah kan menjelma jua...

Mohd Rasul Bin Amat said...

salam... insyaallah kesabaran ini masih waras... thanx 4 ur advises ya... :)

Evi LoLyta said...

tahniah ya akhi ;) smoga brbhagia & smoga sentiasa dlm redha Ilahi..

Anak murid said...

Semoga ALLAH permudahkn segala urusan dan dipanjangkan jodoh..jgn lpe jemput..

Mohd Rasul Bin Amat said...

amin ya rabb...
ana terima segala ucapan sbg pemangkin moga dipermudahkan kelak...
syukran atas segala ucapan dan doa kalian semua... :)

Ibnu Ali said...

Jangan buat "baling beras" itu bidaah kata Syeikh Sayyid Shaltut.

Jangan bagi zaujah solek tebal-tebal kerana ianya tabarruj jahiliyah. Kecuali bersama kamu sahaja.

Mohd Rasul Bin Amat said...

thanx ibnu ali atas pesanan2 yg dikongsikan itu... insyaallah akan dijadikan garis panduan agama akan sentiasa menjadi titik rujukan dlm melaksanakan tuntutan ISLAM yg suci itu...
nti klu aku xtau aku tnya korg yer...