Video Klip Pilihan

Showing posts with label .:: SeNtUhAn LiRiK-LiRiK NaSyId ::.. Show all posts
Showing posts with label .:: SeNtUhAn LiRiK-LiRiK NaSyId ::.. Show all posts

Thursday, December 06, 2012

Utusan Rindu Untuk Sahabat...











Bingkisan rindu untuk sahabat-sahabatku yang sudah sekian lama tidak bersua (Maahad al-Islami lit-Tarbiah wat-Tahfiz  1999 - 2002, Maahad Johor 2003, Universiti Al-Azhar, Mesir 2004 - 2008)






BINGKISAN RINDU - Far East (Cinta Pertama)

Antara kita tiada rahsia,
Susah dan senang tetap bersama,
Terpatri namamu,
Kau takkan ku lupa...

Sudah bertahun lama,
Kita tidak lagi bersua,
Hanya tinggal kenangan,
Yang tak mungkin kita lupa...

Kirimkan khabar selalu,
Seiiringan hembusan bayu,
Sekadar pengubat,
Rasa rindu di kalbu...

Pantas masa berlalu,
Meninggalkan kita semua,
Tanpa disedari,
Bertambahlah usia kita..

Potret lama masih ku simpan,
Ku bingkaikan kenangan,
Hingga terkadang ku,
Tersenyum sendirian...

Perjalanan kita,
Masih jauh,
Halangan berliku,
Bakal kita tempuh,

Imbasan kenangan semalam,
Jadi azimat penguat semangat,
Penentu masa hadapan,
Harapanku kau kan bahagia selalu...

Saturday, December 12, 2009

|| Dedikasi Buat Si Dia : Cinta Terakhir ||

بسم الله الرحمن الرحيم


Kau... cinta pertamaku,
Kau... cinta terakhirku,
Tiada apa yang bisa menafikan,
Kasih kita.

Kau... ayu di mataku,
Satu... antara seribu,
Tiada tara di dunia.

Mungkin kan terputus di tengah jalan,
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan,
Usah ragu dengan takdir.

Mungkin kita kan berbeza haluan,
Berakhirnya cerita percintaan,
Segalanya ketentuan Tuhan.

Lagu dinyanyikan oleh Aiman Akademi Nasyid.




Dedikasi buat si dia : Buat tunangku yang akan ku nikahi dirimu dan keluargamu keseluruhannya. Maaf kerana terlewat menunaikan permintaanmu untuk membaca secebis puisi karanganku sendiri. Malangnya tidak dapat ku lakari. Akan tetapi lirik dan lagu ini adalah maksud yang ingin ku sampaikan daripada lubuk hatiku ini.

Semoga ianya dapat menjadi perangsang sebagai persediaan kepada kita sebelum dan selepas melangkah ke alam pernikahan yang ternyata berat tanggungjawab yang menanti.


Doakan moga kami disatukan dengan izin dan rahmatNYA!

Nukilan Ilham Nurani,

MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa

Saturday, October 10, 2009

|| Titipan Semangat - Undilah PAS! ||

بسم الله الرحمن الرحيم


Sekali dengar tiap bait lagu ini dinyanyikan, begitu indah sekali. Dalam kesedihan diri ini tidak dapat sama-sama membantu sahabat-sahabat seperjuangan di Bagan Pinang, namun diri ini akur. Selepas ini masih banyak lagi siri-siri perjuangan yang memerlukan diri ini untuk meluangkan masa, tenaga dan jiwa demi merealisasikan misi 'ISLAM Memimpin perubahan' dinikmati semua.

Tiada lain yang mampu ku titipkan di kejauhan ini. Hanya titipan doa dan kata-kata juang agar kalian terus thabat, sabar dan berkobar-kobar demi memastikan ISLAM terus bertahkta di hati masyarakat. Seterusnya menjadi pilihan untuk menjulang kedaulatan ISLAM supaya sentiasa berada di puncaknya.

Justeru itu, untuk kalian semua ku titipkan sebuah lagu yang bukan sekadar lagu. Akan tetapi sebagai azimat buat diri para pejuang ALLAH sekalian dalam menempuh kejahatan orang-orang kafir, fasiq, munafiq bahkan umat ISLAM itu sendiri yang tidak ingin melihat ISLAM berdiri tertegak.

Hiasilah diri kita semua dengan sebahagian dari sifat mahmudah yang merupakan qudwah hasanah dari RASULULLAH SAW sebagai panduan mengharungi liku-liku perjuangan yang penuh duri. Maaf kerana tidak berkesempatan bersama kalian dalam membantu perjuangan jihad fi sabilillah yang amat-amat dinantikan oleh semua. Salam perjuangan!

SIFAT MAHMUDAH - Hijjaz

Chorus
Inilah sebahagian Sifat Mahmudah
Yang patut ada pada diri kita
Susah dimiliki payah dijaga
Hanya yang punya
Yang bermujahadah (2x)

IKHLAS itu jiwa yang murni
Rahsia
ALLAH di dalam hati
Terlalu sembunyi tapi dapat dikesan
Jika disuluh dengan saksama
Nista dan puji tiada berbeza

REDHA sifat hati yang suci
Ujian yang tiba rasa gembira
Atau tiada apa terasa
Kerna menerima anugerah Tuhannya (2x)

Sifat SABAR sedikit berbeza
Ujian yang menimpa sakit dirasa
Tapi dapat ditahan perasaannya
Hanya bermain di dalam sahaja
Di luar tidak nampak terang nyata


Kata Muthaqqaf : Inilah cabaran dalam memperjuangkan ISLAM. Tiada yang mudah. Tiada yang goyang kaki. Segalanya memerlukan ketahanan fizikal, mental, iman dan takwa merantai jiwa dan atma merintis jalan-jalan syahid di hadapan. Moga ALLAH memandang usaha kita ini dalam timbangan rahmat dan redhaNYA.

Undilah PAS untuk kesejahteraan sejagat demi memastikan ISLAM kembali di persada. ALLAHU AKBAR!

Nukilan Ilham Nurani,

MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa

Wednesday, April 15, 2009

|| Hamzah Asadullah; Bagaimanakah kita? ||

بسم الله الرحمن الرحيم

Tatkala mendengar bait-bait lagu ini, amat menyentuh laman nurani yang kusam dan berdebu. Lantas mengetuk pintu hati yang kadang keras sehingga memecahkan empangan air mata yang sudah lama tidak merintih keampunan
RABBULJALIL. Kali ini penulis suka untuk memaparkan kepada sahabat sidang pembaca sekalian lirik sebuah lagu baru yang di petik dari album terbaru Inteam Reunited - ALLAHU RABBI yang bertajuk HAMZAH ASADULLAH.

Saya kira dendangan lagu yang sekitar 5 minit itu cukup menggambarkan betapa agungnya kronologi syahid Bapa Saudara RASULULLAH SAW dalam berusaha bermatian-matian untuk menegakkan kalimah ALLAH dan KEKASIH ALLAH itu sendiri. SOALNYA BAGAIMANAKAH KITA? APAKAH SUMBANGAN YANG TELAH KITA LAKUKAN UNTUK MEMBANTU AGAMA SUCI INI? TERLINTASKAH DALAM BENAK SANUBARI KITA UNTUK MENGEJAR SYAHID YANG AMAT TINGGI KEDUDUKANNYA DI SISI ALLAH?


KepadaMU ku bermohon semoga ENGKAU letakkan aku dan mereka-mereka yang berada di jalan memperjuangkan agamaMU bersama para pejuang-pejuang agama yang syahid di jalanMU!

Bersama kita hayati kesayuan bait-bait lirik lagu ini dan tanamkan dalam jiwa kita agar diletakkan di kalangan salah seorang pejuang agama ALLAH dan berada di sisiNYA di akhirat kelak!
_______________________________________________________


HAMZAH ASADULLAH

Kesedihan para mukminin,
Masih terpancar di pedang Musyrikin,
Sedang darah para syuhadak,
Masih merah di lantai sirah.

Ketamakan kepada harta,
Mungkin itu jadi puncanya,
Maka ALLAH menjadi murka,
Sehingga NABI pun turut terluka.

Dalam ramai umat yang gugur,
Satu jasad tubuhnya hancur,
Kepiluan meratapan,
Menangisi suatu kehilangan.

Dan setelah dikenalpasti,
Dia HAMZAH perisai NABI,
Jiwa raga dikorbankan,
Agar ISLAM tetap terselamat.

Disebalik ketewasanmu,
Ada syurga sedang menunggu,
Tiap perintah mengandung hikmah,
Keingkaran kan mengundang padah.

Hua Saiduna HAMZAH ASADULLAH,
Dikaulah perisai RASULULLAH,
Berjuang berkorban demi ALLAH.

Sudahkah puas hatimu Hendon,
Dapat melapah hati dan jantung,
Terbalaskah dendam kesumat,
Yang sekian lama telah tersemat.

LAILAHAILLAH... LAILAHAILLAH...
LAILAHAILLAH... LAILAHAILLAH...


Kata Muthaqqaf : Kadangkala dengan alunan zikir dan nyanyian lagu berbentuk ketuhanan mampu menghadirkan kesedaran lalu mengajak manusia dari kejahatan kepada kebaikan. Malah sehingga mengalirkan airmata seandainya dihayati dengan penuh keinsafan. ALLAHUMMA AMIN...

Nukilan Ilham Nurani,

MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa

Saturday, August 09, 2008

|| Hanya Satu Tiada Dua ||

بسم الله الرحمن الرحيم

Dia, seorang teman yang selama ini sering ku anggap sebagai seorang yang istimewa dalam hidupku. Seringkali ku merasakan tanpanya hidup terasa kosong, sepi dan kering kontang bagaikan padang pasir yang tandus. Cintaku kepadanya begitu tebal dan tinggi menggunung. Melangit luas kerinduan kepadanya kerana selama ini menggembirakanku. Membuatku tenang dan aman dalam dakapan. Akan tetapi adakah segalanya itu akan selamanya berada di sisi? Apakah setiap minit yang diimpi
akan sentiasa bersama hingga hujung nyawa?

Ku menarik nafas dalam-dalam lantas ku hembus helaan yang panjang. Ku terfikir sejenak akan setiap kenikmatan dan kepuasan diri yang sememangnya tidak akan kekal selamanya. Firman Allah yang kerap ku dengari sentiasa bermain di fikiran mengajak diri untuk memikirkan sejenak tentang kelangsungan hidup seterusnya. Satu kefahaman yang perlu disedari untuk memastikan hadaf sebenar hakikat kehidupan yang Allah campakkan kepada kita, selaku makhluk berakal.

Maksud firman Allah : " Semua makhluk yang diciptaNya akan hancur binasa. Yang kekal hanyalah Zat Tuhanmu yang Maha Agung dan Mulia".

Allah yang Maha Esa, Maha Berkuasa, Maha Mengetahui, Maha Melihat, Maha Mendengar dan maha segala-galanya. Segala sifat kesempurnaan miliknya tiada yang serupa dan seumpama denganNya. Jauh dari segala sifat kekurangan, tidak bertempat, tidak berkait dgn masa, tiada sebarang persoalan yang mampu dipersoalkan untukNya. Dialah sebaik-baik pencipta yang memahami akan kehendak dan keperluan hamba-hambaNya. Maha suci Allah yang meliputi rahmatNya akan seluruh makhluk tanpa sempadan.

Setelah ku gelintar setiap pesona alam dengan nikmat yang bersifat sementara itu, ku semakin pasti kasih sayang, kerinduan, cinta dan dakapan yang abadi hanyalah untuk Rabbul Izzati. Meskipun terkadang minda dan hati galak mengejar hamparan dunia yang kian uzur, iman yang sekelumit itu masih mengharapkan 'Yang Abadi' mengiringi perjalanan cinta insani ini. Tiada yang istimewa di sanubari melainkan dia Sang Arjuna hati. Semoga mampu diimplementasikan dalam arca kehidupan.

Sekadar coretan hati, luahan fikrah untuk renungan bersama. Turut penulis selitkan selembar lirik lagu berserta video klip yang benar-benar menyentuh sanubari untuk mencari yang istimewa. Hanya satu tiada dua. Sebuah lagu dendangan kumpulan Nice duet bersama Hazami bertajuk 'Istimewa Tiada Dua'. Selamat menghayati dan terhibur.

____________________________________________________________________________

ISTIMEWA TIADA DUA



Di mana letaknya
Sebuah cinta yang sejati
Cuma sementara
Tiada yang abadi

Diriku tersisih
Menagih sebutir harapan
Selalu merintih
Namun tiada jawapan

Lalu ku beralih arah
Temui kasih tiada bandingan
Yang satu selamanya
Ya Allah...

Di mana hilang
Sebuah cinta sejati
Ku mencari
Kasih tulus suci
Ku bahagia Kau selalu menemani
Kala hatiku.... Sunyi


Nukilan Ilham Nurani,

MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa

Friday, May 02, 2008

.:: Ironi Mesej Menyentuh Sanubari ::.

بسم الله الرحمن الرحيم




Setiap Kali – Devotees


Setiap kali mendapat nikmat
Jarang kusedari itu pemberian-Mu
Terkadang rasa itu kerana
Segala usaha dan penat lelahku sahaja

Setiap kali ditimpa musibah
Kumengeluh risau bertambah gelisah
Hingga terlupa pada-Mu Allah
Tempat kembali segala masalah

Oh Tuhan Yang Maha Penyayang
Leraikanlah aku dari keluh kesah
Yang membelenggu jiwa dan fikiran
Ditambah dengan hasutan syaitan

Kurniakanlah kepadaku ketabahan
Singkapkanku hikmah segala ketentuan
Moga sinar-Mu berikanku pedoman
Hanya pada-Mu segala ketetapan

(Backup)
Oh Tuhan Yang Maha Penyayang
Leraikanlah aku dari keluh kesah
Yang membelenggu jiwa dan fikiran
Ditambah dengan hasutan syaitan
Durjana yang sentiasa mengarahku
Kepada kemurkaanmu

Kurniakanlah kepadaku ketabahan
Tunjukkan ku hikmah segala ketentuan
Moga sinar-Mu berikanku pedoman
Hanya pada-Mu segala ketetapan
Ya Allah KAU redhailah diri ini

Seandainya diri ini
Mampu meraih cinta keredhaan-Mu
Seandainya akulah insan yang terpilih
Pimpini hidupku

Lagu : Abd Halim Ahmad (Devotees)
Lirik : Abd Halim Ahmad (Devotees)
Nilailah sesuatu hiburan Islami itu pada sentuhan lirik yang disampaikan untuk memandu kehidupan dengan penuh penghayatan. Menerusi irama nasyid sesungguhnya memberikan 1001 keinsafan yang terbaik demi menatijahkan sebuah medium hiburan yang mendidik jiwa untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah. Jadikanlah hiburan itu sebagai landasan untuk memotivasikan diri supaya menjadi hamba-hambaNya yang lebih matang melalui liku-liku hidup mendatang. Tribulasi yang memerlukan pejuang-pejuang yang berjiwa mapan dan iman yang kental. Itulah mukmin yang sejati. Selamat berhibur dan menghayati setiap susunan bait kalimah yang penuh ironi.




Andaiku Pergi - Mirwana


Cerita hidup kian berlalu,
Membawaku ke penghujung,
Kaku langkah kian lemah,
Kelu lidah untuk bicara.

Langit jingga warna senja,
Desir bayu membisik duka,
Kealpaan nan semalam,
Inginku lepaskan luka silam.

Bersama rayu doa,
Damba keampunanNya.

c/o

Andai diriku pergi,
Tinggalkan mu sendiri,
Usah kau sedih,
Usah tangisi duga dari Ilahi.

Andai ku pergi dulu,
Tiba tika dan waktu,
Telah tertulis takdir untukku,
Perjanjian yang Maha Agung.

Doakanku sejahtera di sisiNya.

Rasa gentar, rasa rindu bertarung di fikiranku,
Wajah ceria, senyum manja kisah kita menghapus resah.

Maafkan diriku kasih kerana buat kau menangis,
Restuiku dengan cinta, jangan kau titiskan air mata.

Pintaku redhailah,
Terima kasih atas segalanya.

Hidup ini sementara,
Ujian pasti setia hati,
PadaMu kekasih.

Moga rahmat hidayahMu,
Mengiringiku, menemaniku,
Saat akhir waktu.

Bersaksi diriku,
Tiada lain hanya Kau satu,
Memiliki cintaku,
Ku serah segalanya kepadaMu

Lagu dan lirik oleh Akmal Mirwana



Kata Muthaqqaf:Setiap orang mukmin itu mempunyai madiumnya yang tersendiri untuk sampai ke peringkat yang terbaik dalam mendekatkan diri kepada Allah. Jika dengan cara hiburan mendidik jiwa ini mampu membawa diri lebih dekat hatinya pada Rabbul Izzati lantas bertambah imannya, maka pergunakanlah apa jua pendekatan untuk berada pada landasan yang diredhaiNya.


Nukilan Ilham Nurani,

MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa

Thursday, April 03, 2008

.:: Buatmu Duhai Isteriku ::.

بسم الله الرحمن الرحيم

BIDADARI

Oleh Munif Ahmad

Bidadari bidadari,
Temanilah resahku,
Bidadari bidadari,
Tenangkanlah jiwaku.

Cinta setia, hidup mati,
Selamanya,
Kerna kau isteriku,
Isteriku tercinta,
Pelengkap rusuk kiriku.

Bidadari bidadari,
Jadilah pendampingku,
Bidadari Bidadari,
Jadilah sang setia.

Kerna cinta,
Cinta suci,
Ertinya tidak pernah sepi,
Sepi daripada,
Cubaan yang tak terduga.

C/O
Kau umpama bintang utara,
Penunjuk jalan yang terang,
Kau beri harapan,
Saat ku jatuh bangun semula.

Kau berikan sakti cintamu,
Penawar racun berbisa,
Dan ikatan kita,
Cinta abadi hanya di Syurga.



Nukilan Ilham Nurani,

MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa

Wednesday, March 05, 2008

.:: Taubat Seorang Hamba ::.

بسم الله الرحمن الرحيم


Hati hitam mengenangkan dosa-dosa yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...


Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,

Ku kesali kejahilan ini,

Terimalah 3x.....

Taubatku ini.....


Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,

Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.


Ku akui kelemahan diri,

Ku insafi kekurangan ini,

Ku kesali kejahilan ini,

Terimalah 3x...

Taubatku ini...


Di hamparan ini ku meminta
moga taubatku diterima...

Ku akui kelemahan diri,

Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,

Terimalah 3x....

Taubatku ini...


Ku akui kelemahan diri,

Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,

Terimalah 3x..

Taubatku ini...

Ulasan : Lagu yang menusuk kalbu sehingga menitiskan air mata bagi sesiapa yang benar-benar mengharapkan redha ALLAH sentiasa mengalir dalam setiap perairan hidupnya. Mengharapkan keampunan dengan pengakuan, keinsafan dan kekesalan yang bersungguh-sungguh. Bagi sesiapa yang ingin mendengar lagu ini boleh dapatkannya di kolum "Hiburan Mendidik Jiwa" di sebelah di kedudukan yang terakhir. Semoga ianya sedikit sebanyak dapat mendatangkan 1001 keinsafan kepada kita semua. Check it out!!!

P/S : Bagi sesiapa yang berharap dan berkenan kepada lagu ini boleh hantarkan emel anda dan akan saya sendkan ke alamat emel anda.

Nukilan Ilham Nurani,

MaHbUb MaRdHaTiLLaH,

ZuLmArWa

Wednesday, May 23, 2007

.:: Lafaz Yang Tersimpan - UNIC ::.

بسم الله الرحمن الرحيم

Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih ku zahirkan lagu
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin ku temu iras sentuhanmu
Biarpun ku redah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
melindungkan kalimah rahsia

Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu

Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan atur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan

Lirik dan lagu oleh Hijjaz Records Copyright Control

Klik untuk dengar lagu ini :-)

Nukilan Ilham Nurani,

MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa

.:: Fenomena - UNIC ::.

بسم الله الرحمن الرحيم

Fikiran ku melayang jauh
Ku renungkan sesuatu
Dosa yang bisa kaburi pandangan

Ku lewati di dalam diri
Di fenomena ini
Tak henti jua berkali terjadi

*
Ada sedih siap mengguris
Selama berdiam diri
Hati membahang di dalam
Bagaikan api di dalam sekam

Masih ada keraguan
Meniti persoalan
Walau cuba dibajai
Namun masih ada yang berkeluh kesah

Setulusnya hati ini
Mengulit silaturrahim sendu merantai
Kerinduan simfoni
Syahdu
menjadi teman diri

Kasih saudara jadi pudar warna
Kerna hasutan semalam
Bisakah berlalu

Pergi...

(ulang dari *)

Mengapa perlu sengketa
Biarkan ia pergi

Lagu dan lirik Hijjaz Records Copyright Control

Klik untuk dengar lagu ini :-)

Nukilan Ilham Nurani,

MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa

Sunday, May 20, 2007

.:: Detik Kematian - Inteam ::.

بسم الله الرحمن الرحيم

Tertulis kematian
Pada suratan kehidupan
Namun hanya Allah yg tahu
Bilakah ajal bakal bertamu

Detiknya menghampiri
Tanpa petanda yang menanti
Bila tiba saatnya nanti
Tak siapa dapat melarikan diri

Itu hakikat dan kepastian
Hadirnya tidak pernah kita alukan
Tua dan muda miskin dan kaya
Semua insan pasti melaluinya

Sakit dirasa tidak terkata
Tika dipisahkan jiwa dari jasadnya
Hanya amalan bisa redakan
Bebanan derita diambang kematian

Denyutan nadi akhirnya terhenti
Bersama nafas yang tak terhela lagi
Kerana jiwa meninggalkan pergi
Pulang kembali untuk menghadap ilahi

Dari Allah kita datang
Kepadanya kita pasti pulang

Detiknya pasti tiba
Adakah kita bersedia

Lirik dan lagu oleh Inteam Records Copyright Control

Klik untuk dengar lagu ini :-)

Nukilan Ilham Nurani,

MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa

Sunday, March 25, 2007

.:: UNIC : Lafaz Yang Tersimpan ::.

بسم الله الرحمن الرحيم

Sebuah lagu dan lirik yang cukup sadis apabila diri ini mengenangkan kedua ibu dan bapa yang banyak memberikan sepenuh perhatian suatu ketika dahulu hinggalah tika ini. Hayatilah bersama.


Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar
tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
melindungkan kalimah rahsia

Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu

Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar
tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan


MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa

Saturday, March 24, 2007

.:: UNIC : Kau Kawan, Sahabat dan Teman ::.

بسم الله الرحمن الرحيم

Buat semua kawan, sahabat dan temanku sekalian. Hayatilah bersama bait lirik ini.



Ketika mula bertemu
Terasa bagai telah lama bersua
Kau sambut hulur tanganku
Bertegur sapa penuh mesra

Masa terus berlalu
Dan kita tetap
Seiringan berjalan
Menempuh onak liku
Lalui semua suka dan duka
Bersama

Biarlah apapun rahsia
dan kelemahanmu
Tetap kau temanku

Riangnya saat kita ketawa
Asyik senda dan bercerita
Walau sesekali pandangan kita berbeza
Andainya tetap serupa
Adakalanya kita juga sering terluka
Namun di akhirnya
Kita tetap bersama

Dan kini dipisahkan
Dua benua
Saling mengejar cita
Tak pernah ku lupakan
Detik yang indah bersamamu
Temanku

Ku pasti suatu masa
Engkau dan aku
Kan bertemu semula
Kembali menjalinkan
Detik nan indah
Untuk kenangan bersama



MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa

Friday, March 09, 2007

.:: Arah : All One ::.

بسم الله الرحمن الرحيم


Bersendirian dihimpit sepi
Mencari arah di alam mimpi
Adakah masih ku kesampaian
Atau terfutur di tengah jalan
Mendamba kasihmu Tuhan

Sanggupkah aku menahan siksa
Menanggung dosa yang ku lalui
Kuserah diri padamu Tuhan
Terima segala taubatku
Dengarlah rintihan hatiku

Kemana arah yang
Harus aku lalui
Adakah masih di sini
Perit tak terhingga

Aku mengharap padamu Tuhan
Bawalah jalan menuju cahaya
Siksa tak terkata
Kerdilnya diriku di sisiMu


MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa

Tuesday, February 20, 2007

.:: Anak Soleh - Ae Man ::.




Kami anak-anakmu
Ingin memohon restu
Wahai ibuku wahai ayahku
Ampunkan dosa-dosaku
Wahai ibuku wahai ayahku
Redhakan akan diriku

Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya 'Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim

Wahai Tuhanku
Kasihi daku
Kasih ibu dan ayahku
Wahai tuhanku rahmati daku
Rahmati ibu dan ayahku

Selamatkan mereka dari azab neraka
Dan bencana dunia
Hubungkan mereka dengan talimu
Amin ya rabbal alamin

Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya 'Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim

Wahai Tuhan limpahkan hidayahMu
Untuk ayah dan ibuku
Wahai Tuhanku
Berkati daku
Berkati ibu ayahku

Sayangilah mereka sepertimana
Mereka menyanyangiku
Dan mengasihiku waktu kecilku
Tak terbalas budi jasanya

Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya 'Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim

Wahai ibuku wahai ayahku
Didiklah anak-anakmu
Moga menjadi penyejuk di mata
Penawar resah hatimu

Ampunkan segala keterlanjuranku
Halalkan makan minumku
Doakan semoga aku selamat
Dunia dan di akhirat

Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya 'Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim



MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa

Monday, February 12, 2007

.:: Sunnah Orang Berjuang : Hijjaz-Pelita Hidup 4 ::.


Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela tauhid
Dipisah dia berkelana
Dibelenggu dia uzlah menagih bela
Namun jiwa tetap mara memburu cinta
Membara demi Allah dan RasulNya

c/o

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang resah silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa airmata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga

Itulah sunnah berjuang ke jalan Allah

Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih

(i)

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan
Antara yang fana atau syurga

Ulang c/o kemudian (i)



MaHbUb MaRdHaTiLLaH,

ZuLmArWa

Wednesday, February 07, 2007

.:: Mencari cinta : Rast ::.


Aku mencari cinta
Mencari cinta
Mencari dia
Aku hilang segala
Walau berjuta
Harta dan nyawa
c/o
Ku kan mencari dia
Setiap ketikaDi mana saja
Ruang yang ada
Ku terus mencariD
an terus menanti
Kasih hakiki
Semangat abadi

Dia Maha Pengampun
Maha Pemurah
Dan Maha Penyayang
Aku tiada tersedar
Sifatnya Tuhan
Yang Maha segalanya
Ulang c/o
Ku tagihkan cinta
MuYang ku rasa
Padamu Tuhan
Selama-lamanya
MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa

.:: Setelah aku dipaling : Rast ::.



Hampir aku hanyut
Kerana rindu
Pada harta
Yang pasti reput
Dan lenyap di sini

Hampir aku lupa
Pada yang kekal
Kejahilan menyelubungi jiwaku

Sekelipnya mata hilang semua
Yang hanya ku pandang
Yang hanya milikMu

Yang hanya ku hina
Didalam pandanganMu
Bersama mereka terdahulu

Sungguh aku cari cahaya itu
Untuk menyuluh kelam ini
Setelah ku dipaling

Sungguh aku hina
Menagih secebis keampunanMu
Setelah aku malu

Sekelipnya mata mata hilang semua
Yang hanya ku pandang
Yang hanya milikMu

Yang hanya ku pinta
Harapan keampunan
Hati ini telah ku lukai

Sebaiknya manusia KAU ciptakan
Hinanya angkara diri sendiri
Sedugup jatuh terleka
Dibuai arus dunia
Selangkahkan menghampiri
Kehancuran

(Ulang)
Yang hanya ku hina
Didalam pandanganMu
Bersama mereka terdahulu

Yang hanya ku pinta
Harapan keampunan
Hati ini telah ku lukai

Sungguh aku cari cahaya itu
Untuk menyuluh
Setelah aku dipaling


MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmARwA

Thursday, January 18, 2007

.:: Azimat Ibunda - Far East : Halawatul Iman ::.

Langit tirmizi menghantar dirimu
Menuju jalan pulang
Hari- hari indah bersamamu
Bertabur di tanah kenangan

Wajah berona simpati
Kau tatapi
Buat kali terakhir
Sedih dan sayu dari kamar akhlak
Mengundang airmata

Hanya rindu dan doa buatmu
Semoga kau tenang dan bahagia
Agar syurga menjadi milikmu
Bukan hanya di telapak kakimu

Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ayah ibu

Menumpang di segenap ruang
Yang ada di lubuk berkasihan
Begitu indah setiap detik
Di dalam rahimmu

Sehingga teramat asyik
Setiap saat di pangkuanmu
Keperitan itu
Kau rasa indah demi anakmu

Setitis airmata ibu
Yang gugur kerana kesedihan
Segaris luka di hati ibu
Kerna kederhakaan

Tertutup pintu syurga
Jika tiada keampunannya
Azimat ini ku tanam
Di lubuk hati yang dalam

Di tirai malam aku bersandarkan
Pada dinding kepiluan
Bersenandungkan merdu suara anak
Terlena di rajuk dan rindu

Tiada yang terindah di dunia
Dapat menggantikanmu
Pilihan yang terbaik takkan dapat
Mengisi lorong hatiku


Mahbub Mardhatillah,
ZuLmArWa