Salam ta'zim kehadapan semua sahabat sidang pembaca sekalian. Alhamdulillah, setinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Maha Pencipta yang berkuasa terhadap tiap-tiap sesuatu. Selawat dan salam di hadiahkan kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W kerana dengan segala penat lelah tanpa jemu baginda berserta para sahabat kita dapat menikmati nikmat Iman dan Islam yang begitu besar nilainya disisi seorang mu'min. Aku pun turut memanjatkan setinggi kesyukuran kerana DIA masih memberi peluang kepada aku untuk meneruskan kehidupan untuk terus berbakti kepadaNya walaupun aku baru sahaja kebah dari satu ujian berupa demam diikuti pening kepala yang teramat sakit. Alhamdulillah demam dah mula kebah. Cuma pening kepala dan batuk yang masih belum kebah lagi. Biasalah bagi seorang yang bergelar pejuang fisabilllah memang akan diuji bilamana kita telah mencapai satu tahap maka kita akan diuji di tahap yang seterusnya. Menuntut ilmu adalah salah satu cabang jihad fisabilillah yang kecil. Akan tetapi cukup besar kedudukannya di sisi Allah sehingga mana Nabi S.A.W sendiri bersabda yang mana mafhumnya orang yang menuntut ilmu itu adalah fisabilillah sehinggalah dia pulang ke negaranya@masyarakatnya. Begitu besar ganjaran kita selaku penuntut ilmu Allah ini. Tetapi apa yang cukup aku kesalkan setelah mana mendengar, memerhati dan melihat sendiri situasi azhari khususnya pelajar Johor yang baru sampai di Kaherah, aku dapati mereka lebih mementingkan kelompok mereka dan tidak bercampur dengan senior-senior yang lain. Kalau macam aku ni tak kisah sangat. Bagi aku kalau diorang tak nak mulakan aku mulakan. Yelah kadangkala dalam sesuatu perkara kita perlu mengalah. Perlu mengetepikan ego kita. Sama-samalah kita bermuhasabah demi kebaikan kita bersama dan tidak menyalahkan satu pihak semata-mata. Seterusnya apa yang ingin aku sentuh adalah mengenai perjalanan usrah. Apa yang aku dengar dari seseorang yang cukup bengang dengan sikap segelintir sahabatnya yang mengambil sambil lewa terhadap usrah dengan alasan mereka datang sini nak belajar semata-mata. Ya Allah bukakanlah hati mereka untuk memahami tujuan sebenar usrah itu sendiri diadakan dan kepentingannya. Insyaallah pada Islamic Circle (IC) yang akan diadakan semata-mata untukmemberikan penerangan kepada mereka tentang tujuan dan kepentingan usrah itu sendiri. Apa yang menjada harapan aku dan saf kepimpinan BKPJM khususnya agar ukhuwah sesama kita akan berterusan dan tidak akan lenyap semata-mata kerana ada diantara kita yang menganggap kedatangan mereka ke sini adalah untuk belajar semata-mata. Perbetulkan niat kita dan sama-sama kita rebut peluang-peluang ilmu yang bukan hanya terdapat di kuliah sahaja tanpa kita menitik beratkan soal ukhwah sesama kita yang mana sangat diambil berat oleh ulama-ulama terkemuka seperti Imam Hasan Imam Al-Ghazali dan banyak lagi. Oleh itu sama-sama kita menghidupkan biah solehah yang pernah wujud suatu ketika dahulu di zaman kegemilangan Islam.
MaHbUbU MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa
ZuLmArWa
No comments:
Post a Comment