Video Klip Pilihan

Friday, January 26, 2007

.:: Perkasakan kembali benteng pertahanan ::.

Salam ta'zim ukhuwah bertaut kasih. Mengharapkan Redha Ilahi semata. Berpaksikan keimanan dihiasi bersama taburan ketakwaan. Berteraskan landasan Al-Quran sepanjang zaman bertatahkan As-Sunnah penerang jalan kehidupan ke arah mardhatillah. Selama hampir sebulan aku bertungkus lumus menghadapi peperangan demi memastikan setakat mana kekuatan aku setelah aku mempelajari dan mendalami ilmu-ilmu di peringkat ke-3 ini. Bukan senang untuk mencapai sehingga ke tahap ini. Memang apa yang ingin kita capai itu tidaklah seindah seperti yang kita impikan dan kita bayangkan. Kerana apa teknik dan pencapaian kita ketika menuntut ilmu di Universiti Al-Azhar ini bukan seperti di universiti-universiti tempatan di negara kita mahupun di luar negara yang lain yang mana di sana kita akan dididik untuk mendisiplinkan diri dengan peraturan yang termaktub dalam polisi setiap daripada universiti yang tersebut. Bahkan untuk setiap mahasiswa/siswi yang ingin mendapatkan kejayan yang cemerlang begitu mudah dengan markah kehadiran yang penuh, melaksanakan setiap teisis yang di arahkan dan sebagainya yang banyak memberikan markah tambahan ke arah kecemerlangan.

Akan tetapi Al-Azhar tidak tidaklah sedemikian. Di sini penuntut tidak dilatih untuk mendisiplinkan diri. Bukan kerana Al Azhar tiada peraturan mahupun disiplin akan tetapi situasi kuantiti penuntut yang mencapai hampir 10,000 membuatkan Al-Azhar tidak mampu untuk mengawal keseluruhan disiplin penuntut hatta penuntut dari anak jati mesir sendiri. Demikian itu jugalah menyebabkan pentadbiran Al-Azhar tidak mampu untuk mengambil kedatangan setiap penuntut yang menuntut di universiti tersebut. Segalanya bergantung kepada usaha, kegigihan, dan kesungguhan penuntut itu sendiri untuk menguasai segala ilmu yang berada di kuliah mahupun di luar kuliah yang pelbagai memerlukan kepada keinginan dan keazaman diri penuntut itu sendiri.

Namun begitu, walau apapun yang diketahui dan sedia maklum pada setiap azhari Malaysia khususnya kita sewajarnya tidak manjadikan alasan kegagalan dalam peperiksaan itu adalah atas nasib dan takdir semata. Kerana setiap takdir yang tertulis yang mana bisa berubah dari sesuatu yang buruk kepada kabaikan dalam ertikata yang lain takdir yang mampu diubah dengan usaha, doa dan tawakal. Bukan takdir yang sememangnya sudah termaktub dalam Luh Mahfuz. Sesungguhnya Allah tidak akan menzalimi hambanya yang taat, patuh dan ikhlas akan tetapi segala keburukan itu hendaklah diletakkan pada diri kita sendiri walaupun sememangnya kebaikan dan keburukan itu datangya dari Allah.

Sebenarnya perjuangan aku ini belum selesai lagi. Walaupun aku dah selesai peperiksaan hari ini, akan tetapi aku diberikan peluang untuk mendalami dengan sedalam-dalamnya asalib dan afkar raisiah dengan mampan lagi teratur untuk menghadapi peperangan yang lebih kepada mencabar kerana aku akan berhadapan ahli zikri untuk mendalami dan mengenal pasti tahap penguasaan aku pada bidang yang aku ceburi ini. walau apa jua keadaan sekalipun kita selaku penuntut ilmu Allah yang murni lagi luhur bak salju perlulah mempersiapkan diri kita dengan segala asalib ilmiah diniah lebih-lebih lagi dalam aspek akidah, syariah dan seterusnya akhlak yang akan melengkapkan keseluruhan kehidupan dengan aman, damai, tenteram. Bersama kita berusaha ke arah itu.

Chaiyok chaiyok! Aja aja fighting!

Mahbub Mardhatillah,
ZuLmArWa

No comments: