Video Klip Pilihan

Wednesday, March 14, 2007

.:: Perlunya Satu Anjakan Paradigma ::.

Disediakan oleh Zulmarwa

Valentine Day ataupun dalam terjemahan melayunya Hari Kekasih sudah sinonim dengan seluruh masyarakat dunia seolah-olah sebagai suatu perayaan yang mana mengiktiraf dan menghargai hubungan antara pasangan lelaki dan perempuan atasa dasar cinta dan kasih sayang untuk mereka saling berkasih-kasihan pada hari tersebut. Menjelang 14 Februari setiap tahun, tarikh ini merupakan hari yang dinanti-nantikan oleh pasangan kekasih untuk saling meluahkan kasih dan sayang sesama mereka. Perayaan ini menyerang dan menyelinap hampir kesemua agama lebih-lebih lagi agama Islam tanpa disedari.

Sebenarnya, jikalau diperhatikan bersama melalui rakaman kalam Rabbul Izzati dan huraian lafaz yang terucap dari bibir Nabi S.A.W banyak menyuruh seiring saranan kepada umatnya agar saling berkasih-kasihan sesama mereka untuk menimbulkan sebuah masyarakat yang penyayang, saling menyayangi antara satu sama lain dan harmoni. Itulah yang dikehendaki Islam berlandaskan manhaj yang telah digariskan sekian lama demi memelihara syariat dan mewujudkan biah yang solehah.

Perhatikan dengan teliti Kalam Rabbul Izzati Azza Wa Jalla dalam wahyunya :

زين للناس حب الشهوات من النساء ( آل عمران : 14 )

Telah dihiasi untuk manusia itu(lelaki) cinta kepada nafsu syahwat daripada perempuan-perempuan.


Cukup jelas melalui ayat di atas setelah kita melihat kepada makna ayat tersebut bahawasanya Allah S.W.T telah menghiasi dan mengurniakan kepada lelaki itu naluri kasih sayang dan cinta kepada wanita. Akan tetapi perlulah megikut kepada garis panduan yang telah ditetapkan oleh syara'. Sebagai contoh kasih sayang yang dibenarkan oleh Islam antara lelaki dan perempuan itu adalah ketika mana setelah sah kedudukan diantara kedua-duanya dengan pernikahan. Bukan sebagaimana yang dibenarkan oleh agama-agama yang lain untuk berhubungan secara bebas antara lelaki dan perempuan sebelum mereka sah menjadi suami isteri.

Inilah yang ditekankan oleh Islam kepada umatnya demi menjaga kesejahteraan sejagat dari bencana penyakit dan keruntuhan akhlak yang timbul impak dari kebebasan itu. Pelbagai kesan negatif telahpun muncul terhadap masyarakat barat yang mengamalkan cara hidup yang tidak sihat ini berabnding dengan Islam yang benar-benar menjaga setiap aspek kehidupan umatnya dari sebarang darurat yang bias menganggu gugat keharmonian masyarakat Islam.

Berbalik kepada Hari Kekasih yang dicanang sekian lama oleh golongan kuffar sejak sekian lama untuk menghancurkan Islam dari pelbagai sudut kerana kebenaran dan kesejahteraan yang dibawa dalam Islam itu sendiri. Mereka sememangnya tidak mampu untuk menentang dan memerangi Islam dengan menggunakan peluru-peluru berpandu dan mata pedang kerana mereka sudah sedia maklum bahawa umat Islam mengimpikan kepada jihad terhadap mereka lantaran ganjaran mati syahid yang dijanjikan Allah S.W.T. Berdasarkan fenomena inilah mereka mengubah strategi kepada peperangan ideologi yang mana penyerangan yang dilakukan secara tersirat tanpa disedari melalui media massa dan kecanggihan teknologi dunia tanpa batasan.

Lantaran itulah perayaan manyambut Hari Kekasih ini merupakan salah satu antara ideologi yang mereka ketengahkan dan berjaya menarik perhatian semua umat masyarakat yang menjurus kepada habuan nafsu semata kerana pada hari itu mereka berpeluang untuk meluahkan perasaan kasih sayang mereka kepada pasangan mereka dengan cara yang terlarang oleh Islam dan merosakkan golongan remaja terutamanya mencambahkan aktiviti maksiat seperti minum arak dan berzina yang merupakan dosa-dosa besar yang sangat dimurkai Allah.

Apabila ditanya mengenai hukum untuk kita meraikan Hari Kekasih ini rasanya cukup jelas mengenai maksiat yang berlaku didalamnya dalam masa yang sama kalau dilihat dalam sejarah Hari Kekasih ini ia merupakan hari bagi memperingati kematian seorang paderi kristian. Melihat kepada agamanya sudah cukup untuk kita menolak sekeras-kerasnya sambutan Hari Kekasih yang membawa ke arah kejahatan dan kerosakan daripada kebaikan dan manfaat.

Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan dalam Sahih Bukhari dan Muslim yang mana mafhumnya, " Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia tergolong dalam kaum yang tersebut." Merujuk kepada hadith di atas sepatutnya tiada lagi kecelaruan yang timbul dalam kotak pemikiran kita terkadang menurut hawa nafsu mengasak pelbagai persoalan menginginkan kepastian yang telah terang lagi mahu disuluh. Apakah tidak cukup lagi dengan keterangan daripada Tuhanmu dan huraian utusanNya yang ingin membawa umatnya ke arah yang diredhaiNya? Maka nikmat manakah lagi yang ingin kamu dustakan?

Perhatikan dan koreksilah bersama berdasarkan firman Allah S.W.T :

ولن ترضى عنك اليهود ولن النصارى حتى تتبع ملتهم ( البقرة : 120 )

Dan sesungguhnya tidak akan sekali-kali mereka itu(yahudi dan nasrani) akan redha kepada engkau(Islam) sehinggalah engkau mengikut agama mereka.


Sesungguhnya selagi mana manusia yang berpegang kepada agama yang benar masih bertapak dan berpengaruh di muka bumi ini golongan kuffar yahudi dan nasrani tidak akan tenang dan duduk diam sehinggalah umat Islam itu sendiri mengikut kepada jalan kesesatan itu sedikit demi sedikit hinggalah pakaian Islam itu tanggal dari badan hanya tinggal pada nama sahaja. Segeralah kita menyedari akan hakikat ini lantas mengubah bahkan membuang segala amalan yang bersangkut paut dengan golongan laknatullah itu.

Lantaran itu bersamalah kita menaikkan kembali gemerlapan Islam yang semakin sirna berdiri gah di persada dunia sebagai sebuah agama yang mementingkan kesejahteraan dan keharmonian sejagat bukan seperti yang digembar-gemburkan oleh golongan kuffar mengenai Islam agama yang mementingkan keganasan dan segala keburukan yang dilontarkan ke atas kesucian Islam. Tanggungjawab ini terpundak di bahu golongan agamawan dan ilmuan yang memahami dan mendalami Islam untuk menerangkan kepada mereka yang menyebarluaskan keburukan terhadap Islam juga mengukuhkan fahaman Islam yang sebenar dan menyeluruh kepada umatnya untuk membuang prasangka buruk yang mungkin bertapak di jiwa-jiwa mereka.

Allah S.W.T berfirman dalam Alquran :

وتعاونوا على البر والتقوى ولا تعاونوا على الإثم والعدوان ( المائدة : 2 )

Bantu-membantulah kamu ke atas kebajikan dan ketakwaan tetapi janganlah kamu bantu-membantu ke atas kemaksiatan dan permusuhan.


MaHbUb MaRdHaTiLLaH,

ZuLmArWa


No comments: