Video Klip Pilihan

Thursday, March 22, 2007

.:: PMRAM : Memacu Ke Arah Karisma Mahasiswa/wi ::.


بسم الله الرحمن الرحيمالمؤمنين فى توادهم وتراحمهم وتعلطفهم مثل الجسد إذا اشتكى منه عضو تداعى له سائر الجسد بالسهر والحمى )ya agar saling bersatu


Dunia semakin hari semakin ke hadapan dengan kewujudan dan penciptaan teknologi yang tiada akhir sempadannya. Seiring dengan itu jugalah kita lihat semakin haru biru fenomena keruntuhan moral dan pelbagai kerosakan nilai-nilai keharmonian yang selama ini aman dikecapi dan dinikmati bersama. Inilah yang disebar dan digembar-gemburkan oleh pihak kuffar gandingan bersama yahudi laknatullah yang semakin berjaya mencapai sasaran mereka untuk menakluki dunia Islam khususnya dan seterusnya dunia keseluruhannya. Ingatlah sesungguhnya mereka tidak akan redha terhadap kita dan agama kita selagi mana kesucian Islam masih bertapak di muka bumi Allah sebagaimana yang termaktub didalam Kalam Rabbul Izzati firmanNya :

ولن ترضى عنك اليهود ولا النصارى حتى تتبع ملتهم ( البقرة : 120 )

Seharusnya selaku pelajar agama yang sememangnya telah dipilih oleh Allah dari berjuta-juta bahkan bertrilion Muslim yang ada di seluruh dunia ini untuk mendalami ‘nur’ Allah yang hanya dikurniakan kepada orang-orang yang tertentu untuk mengkaji dan memahami seterusnya menyampaikannya kepada ummah secara umumnya dan masyarakat setempat secara khusus. Sememangnya manusia secara jelas telah dinyatakan di dalam Kitabullah bahawasanya mereka telah diciptakan oleh Allah S.W.T dengan fitrah yang tertentu dan kepada kita selaku warga azhari telah ditakdirkan untuk menimba seberapa banyak gedung ilmu di bumi barakah ini untuk disampaikan kelak. Firman Allah S.W.T dalam firmanNya :

فطرة الله التى فطر الناس عليها لا تبديل لخلق الله ذلك الدين القيّم ولكن أكثر الناس لا يعلمون ( الروم : 30 )

PMRAM sebuah pertubuhan kebajikan pelajar Malaysia yang berada di Perlembahan Nil telah banyak mencurahkan bakti dan sumbangannya dalam pelbagai situasi. Bukan sahaja dalam bentuk kebajikan semata bahkan dari sudut yang lain, PMRAM turut berkongsi bersama ahli-ahlinya dalam memberikan nilai tambah thaqafah dan ilmu lain yang tidak diperolehi melalui lidah sheikh di kuliah yang mana kalau kita lihat ilmu yang diajarkan itu lebih tertumpu kepada bidang yang dipilih oleh seseorang pelajar dan lebih cenderung ke arah profesion yang bakal dijawat kelak.

Seandainya kita melihat kepada sejarah kehidupan manusia sebelum kita pergi lebih jauh, sememangnya manusia tidak mampu untuk hidup secara bersendirian. Mereka pasti akan memerlukan sesuatu hajat ataupun barang yang mereka tidak mampu untuk hasilkan melainkan dengan cara menukar barangan miliknya dengan orang lain. Melalui dengan cara itulah terhasilnya bibit persaudaraan dan tersemailah benih persefahaman lalu menumbuhkan pohonan masyarakat yang kuat, kukuh dan teguh. Begitulah perjalanan Islam dan resam inilah yang diikuti oleh PMRAM dalam menarik dan membentuk ahli-ahlinya agar saling bersepadu dan bertolak ansur dalam melahirkan ilmuan-agamawan yang benar-benar berpegang dengan Kitabullah dan Sunnah.

Perhatikanlah dalam firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang termaktub didalam mukjizat teragung Junjungan Besar S.A.W :

يأيها الناس إنا خلقناكم من ذكر وأنثى وجعلناكم شعوبا وقبائل لتعارفوا إن أكرمكم عند الله أتقاكم

( الحجرات : 13 )

Nabi S.A.W turut sama menjelaskan betapa pentingnya hubungan persaudaraan sesama mu’min itu dalam sabdanya :

( المؤمن للمؤمن كالبنيان يشده بعضه بعضا ) رواه البخارى والمسلم

Dalam riwayat yang lain Baginda S.A.W bersabda :

( مثل المؤمنين فى توادهم وتراحمهم وتعلطفهم مثل الجسد إذا اشتكى منه عضو تداعى له سائر الجسد بالسهر والحمى )

رواه مسلم

Cukup sekadar paparan dua sumber yang merangkumi segenap lapisan kehidupan insani muslim semenjak perutusan Nabi S.A.W hinggalah 1400 tahun selepas kewafatan Baginda S.A.W yang kekal pada ketika ini hinggalah ke hari yang telah ditentukan kelak. Demikian jugalah perlaksanaan yang telah dilaksanakan oleh PMRAM demi menaikkan mutu dan prestasi mahasiswa/wi supaya lebih bersedia dengan situasi yang bakal ditempuhi pelbagai ragamnya berbekalkan pertahanan rohaniah dan jasmaniah yang mantap di tanah air kelak.

Seandainya ditanya kepada mahasiswa/wi Al-azhar mengenai tujuan mereka melanjutkan pengajian mereka ke sini mereka sememangnya akan menjawab untuk menuntut ilmu yang tidak terhitung banyaknya di bumi Mesir ini selain yang diajar di kuliah. PMRAM juga mengambil pendekatan dengan menjalankan pelbagai aktivi dan program yang mendedahkan ahli-ahlinya kepada pengkajian dan pengalaman untuk persediaan mereka sebelum mereka berhadapan dengan masyarakat umum yang lebih mencabar dan tidak tercapai oleh akal manusia akan situasi tersebut. Disamping itu juga mereka turut didedahkan dengan kehidupan berorganisasi untuk menghadapi kemungkinan keterlibatan dalam kancah organisasi.

Dalam masa yang sama, PMRAM tidak melupakan sapek kerohanian yang menjadi tunjang kepada segala perkara yang diketengahkan untuk menguatkan dan menularkan kembali sinar dan roh ke’Islam’an yang semakin sirna dek terleka dengan kemajuan yang berkembang pesat. Aspek kerohanian yang dilaksanakan melalui program kerohanian yang menghimpunkan semua mahasiswa/wi tetapi diuruskan oleh pimpinan sesuai dengan biah yang solehah yang dituntut oleh Islam itu sendiri. Dengan langkah yang bertepatan dengan tuntutan Syara’ ini maka sedikit sebanyak mereka dapat memelihara diri daripada tercebur ke dalam kancah yang menyalahi Sunnatullah.

Bertepatanlah dengan firman Allah Subhanahu Wa Taala dalam wahyuNya yang menyeru manusia supaya Bantu membantu ke arah kebaikan dan ketakwaan bukan kea rah dosa dan permusuhan :

وتعاونوا على البر والتقوى ولا تعاونوا على الإثم والعدوان والتقوا الله إن الله شديد العقاب ( المائدة : 2 )

Dalam ayat yang lain juga turut menjelaskan kita selaku umat akhir zaman lebih-lebih lagi yang menuntut ilmu Allah Subhanahu Wa Taala agar menyeru manusia ke arah kebaikan dan mencegah ke arah kejahatan firmanNya :

كنتم خير أمة أخرجت للناس تأمرون بالمعروف وتنهون عن المنكر وتؤمنون بالله ( آل عمران : 110 )

PMRAM sebuah persatuan yang banyak memberikan penerangan kepentingan mutiara-mutiara ilmu yang sukar untuk digelintar di bumi mesir dari aspek syahsiah untuk mengembalikan kesedaran dan menumbuhkan pucuk karisma dalam diri mahasiswa/wi Al-azhar mengenai beban yang terpundak di bahu ke atas masyarakat di tanah air untuk mengembalikan mereka ke arah fitrah insani. Melalui pendedahan dan pendekatan ini, arang yang tercalit pada wajah penerus dakwah para anbia’ dapat dibersihkan kembali dengan injeksi karisma yang memacu ke arah kemakmuran dan kesejahteraan ummah.


Disediakan oleh,

المؤمنين فى توادهم وتراحمهم وتعلطفهم مثل الجسد إذا اشتكى منه عضو تداعى له سائر الجسد بالسهر والحمى )ya agar saling bersatu

MaHbUb MaRdHaTiLLaH,

ZuLmArWa



المؤمنين فى توادهم وتراحمهم وتعلطفهم مثل الجسد إذا اشتكى منه عضو تداعى له سائر الجسد بالسهر والحمى )ya agar saling bersatu

No comments: