بسم الله الرحمن الرحيم



Pada ketika itu kita sememangnya bangsa, agama dan kuasa utama dalam apa jua bidang pada ketika itu sehingalah Islam mula jatuh sirna sekitar tahun 1930 an dan akhirnya tersungkur pada tahun 1942. Di saat keizzahan Islam di pandang tinggi oleh seluruh umat manusia di dunia pada ketika itu kitalah yang menguasai segala macam produk, bekalan makanan dan segala apa jua yang dianggap penting yang menjadi keperluan manusia mahupun tahsiniat semata. Namun setelah tersungkurnya Khilafah Islamiah, maka segalanya berubah. Umat Islam semakin mundur dari segi pembangunan, penghasilan produk dan sebagainya. Kesudahannya sekarang kita terpaksa bergantung pada hasil produk mereka yang mana setelah dikaji dan diselidiki didapati terdapat pelbagai bahan yang menyebabkan produk itu tergolong dalam produk yang haram bagi orang-orang Islam.


Itu adalah dari sudut pandangan di negara dan tanah air yang kitacintai yang memang kita lihat dengan ketara pelbagai kesan dari sumber makanan yang tidak suci dan bersih melahirkan anak-anak yang runtuh akhlak dan moralnya sehingga tahap yang paling kritikal berlakunya aktiviti pertukaran agama sesuka hati mereka persis menukar pakaian setiap hari. Inilah fenomena berbahaya yang melanda umat Islam di Malaysia yang perlu dibendung dari akar umbi lagi selain kita lihat dari perspektif pemerintahan kerajaan yang tidak mengambil cakna terhadap isu Islam itu sendiri. Entah apa yang dikejarkan dalam arena politiknya pun tiada siapa yang mengetahuinya kecuali dia dan konco-konconya.


Saya tinggalkan mafhum sebuah hadith yang telah diriwayatkan oleh Nabi S.A.W :
" Sesungguhnya makanan yang paling berkat dan halal adalah hasil yang di tanam sendiri dituai dan dijadikan sebagai sumber makanan."
Nukilan Ilham Nurani,
MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa
No comments:
Post a Comment