بسم الله الرحمن الرحيم
Kesyukuran di puncakkan ke hadrat Allah Subhanahu Wa Taala atas kesempatan yg diberikan olehNya untuk mencoret sekerat dua kalimah di atas musibah yang telah menimpa presiden Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) semalam. Selawat dan salam dipanjatkan ke atas Junjungan Besar Nabi S.A.W atas segala-galanya. Semoga berkat selawat dan salam yang kita amalkan sentiasa, dikira sebagai amalan yang bisa membantu kita dalam meneruskan perjuangan yang semakin berliku likunya.
Baru-baru ini beberapa orang Badan Pengurus ditimpa dengan satu musibah. Namun ujian sebagai seorang pejuang agama Allah itu tidak akan pernah berhenti selagi darah masih mengalir. Selagi jantung masih berdegup. Seterusnya Presiden ditimpa musibah yang sekiranya tidak dijalankan pembedahan dengan segera akan melayang nyawanya sendiri bak kata doktor yang merawat beliau (nak tau tanya on-call sendiri hset beliau sebagai tanda prihatin anda selaku ahli dan sahabat). Setelah bertarung dengan separuh maut lebih kurang 2 jam, Alhamdulillah beliau selamat menjalani pembedahan sehingga ke akhirnya.
Telahpun diceritakan dan dibahaskan oleh sahabat-sahabat saya yang lain mengenai sumbangsih yang banyak beliau taburi sepanjang 5 penggal beliau dalam Badan Pengurus PMRAM. Walaupun saya baru tahun ini dalam kepimpinan PMRAM iaitu tahun terakhir bagi beliau tetapi banyak perkara yang banyak saya pelajari selama mana berada bersama kepimpinan beliau. Selaku badan pengurus yang memegang portfolio Badan Kebajikan Dan Tabung Derma, saya merasakan perlu untuk membantu meringankan musibah yang menimpa beliau dengan apa cara sekalipun bersama-sama kalian semua kerana 'Kita PMRAM'.
Saya baru pulang dari menziarahi beliau di bilik 405, tingkat 4, Hospital Rab'ah, Rab'ah. Beliau nampak semakin pulih kerana beliau hanya perlu banyakkan berjalan untuk menghilangkan kekejangan akibat pembedahan tersebut. Bersama kita berdoa semoga Allah mencucuri rahmatNya pada Presiden PMRAM yang sama-sama kita sanjungi. Kepada Allah jua kita berdoa dan kepadaNya jua kita berserah.
Semoga cepat sembuh Ustaz Hairul Nizam b. Mat Husin dan kembali bersama berjuang di medan dakwah demi menegakkan Syiar Islam di muka bumi ini. Mabrukla. Aja-aja fighting. Chaiyok-chaiyok. Wassalam.
Nukilan Ilham Nurani,
MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWaMaHbUb MaRdHaTiLLaH,
No comments:
Post a Comment