Video Klip Pilihan

Sunday, June 03, 2007

.:: Di sisi Allah Hanyalah Islam ::.

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera buat kalian. Semoga kita semua senantiasa diiringi payungan rahmat dan inayah dari Allah. Bersama perbanyakkan selawat dan salam buat Rasul Junjungan S.A.W atas segala jasa dan lelah Baginda kita menikmati nikmat Iman dan Islam yang merupakan setinggi-tinggi perkara yang berada dan diiktiraf di sisi Allah terhadap agama ISLAM itu sendiri berbanding agama-agama samawi lain yang tidak lagi berada atas landasan mengesakan Maha Esa.
Satu tamparan yang cukup hebat pada iktikad ku selama ini atas apa yang dilafazkan oleh seorang pemimpin Islam yang menerajui Organization Of The Islamic Conference (OIC) : "Tidaklah Islam itu lebih tinggi dari undang-undang/perlembagaan."(Lebih kurang terjemahan dari sebuah akhbar negara berbahasa Inggeris)

Hayati dan insafi bersama hadith Nabi S.A.W :


"ISLAM itu yang tertinggi dan tiada yang lebih tinggi darinya."

Rasanya setelah kita menghayati kalam dari Rasulullah S.A.W yang diwahyukan oleh Allah yang mana Baginda tidak akan melafazkan sesuatu perkara hanyalah selepas wahyu itu turun atas arahan dari Allah dan sebagaimana yang termaktub dalam Al-Quran itu sendiri. Firman Allah Ta'ala yang sering terdengar digegendang telinga kita semua yang bermaksud :

"Dan tidaklah dia (Muhammad S.A.W) berbicara mengikut hawa nafsunya. Sesungguhnya ianya berpandukan wahyu yang diturunkan oleh Allah kepadanya."

Mengapa boleh terpacul kalam yang sememangnya menyentuh sensitiviti umat Islam yang benar-benar menyayangi dan menjaga setiap selok-belok arahan yang datang dari Islam itu? Apakah agaknya yang ingin dicapai olehnya dalam karier politiknya dalam menerajui negara Islam yang didakwanya? Sanggup dia menggadai maruah dan ketinggian Islam yang tinggi semata-mata kepentingan dirinya sendiri. Apakah dia sudah kehilangan akal dengan pergolakan dalam arena politiknya dan mewujudkan propaganda yang menjatuhkan maruah Islam itu di mata non-muslim?

Saya dapat merasakan tanggungjawab yang sangat berat terpundak di bahu-bahu ilmuan Islam berbanding dengan ilmuan yang tidak mendalami Islam. Diri yang masih lemah dari pelbagai sudut ilmiah dan iman masih belum mampu menghadapi arus perdana negara yang lebih mementingkan kepentingan politiknya berbanding kepentingan ISLAM itu sendiri. Dalam masa yang sama kekuatan dalaman dan luaran masih berbolak-balik dengan tribulasi yang mencabar menduga nur insani ini.


Bersamalah kita mempertingkatkan segala kekuatan dalaman dan luaran disamping pautan yang paling tinggi ke hadrat Allah tanpa had batasan yang bisa menghalangi pautan itu. Disamping eratan ikatan jamaah yang kukuh tanpa sesekali kita tercicir dari jamaah itu kerana di sanalah hadirnya kekuatan dan barakah. Salam perjuangan menjunjung khilafah Islamiah.

Nukilan Ilham Nurani,

MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa

No comments: