Video Klip Pilihan

Saturday, September 01, 2007

.:: PMRAM terus unggul di mata mahasiswa/wi Mesir !! ::.

بسم الله الرحمن الرحيم

Pertama-tamanya kesyukuran ke hadrat Allah dan setinggi-tinggi penghargaan tahniah dan syabas kepada Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir kerana pada Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-50 yang diadakan oleh Kedutaan Besar Malaysia Kaherah. Pada majlis tersebut juga turut dihadiri oleh dif-dif terhormat yang terdiri dari wakil khas PM Malaysia ke Mesir, Tan Sri Dato' Mohammad bin Taib dan beberapa agensi kerajaan yang dijemput khas untuk menyaksikan sendiri sambutan hari yang gilang gemilang tersebut di luar negara khususnya Mesir yang dilihat seolah-olah 'kilang' penentang kerajaan.

Apapaun yang menarik untuk dikongsi bersama sahabat-sahabat sekalian adalah apabila acara perbarisan dan kawad kaki walaupun PMRAM tidak berjaya merangkul anugerah-anugerah bagi pertandingan perbarisan tersebut, akan tetapi di sudut yang lain PMRAM telah berjaya membuktikan bahawasanya persatuan induk ini masih tetap utuh di hati dan mata semua mahasiswa lebih-lebih lagi kepada mahasiswa/wi yang diancam dan disekat untuk bersama dengan PMRAM. Pada hari tersebut terbukti apabila seluruh ahli stadium malahan kontijen-kontijen yang menyertai turut memberikan tepukan yang gemuruh menggamatkan seisi dewan menunjukkan PMRAM masih disokong dan didokong oleh anak-anak Malaysia yang berada di Ardul Kinanah ini walaupun di sana pelbagai tribulasi dan provokasi telah digembar-gemburkan.

Pihak Kedutaan Malaysia Kaherah dan dif-dif terhormat dari Malaydia juga turut sama memberikan tepukan tatkala diumumkan perbarisan dan kawad kaki kontijen PMRAM yang disertai oleh Badan Pengurus PMRAM yang diketuai oleh Presiden, Ust. Hairul Nizam Mat Husain dan Badan Pengurus yang lain diikuti oleh Pengerusi ataupun wakil Dewan Perwakilan Mahasiswa (DPM) ikhwah dan seterusnya kadet kawad kaki dikalangan ahli di cawangan yang merangkumi jumlah keseluruhan melebihi kuota sebenar yang disyaratkan sebanyak 50 orang iaitu seramai 55 orang. Kumpulan Al-Wadi PMRAM juga turut dijemput untuk menjayakan lagi sambutan tersebut. Selain itu juga pihak kedutaan menggunakan khidmat PMRAM Multimedia Centre (PMC) untuk melancarkan lagi sistem audio dan bunyi pada sambutan tersebut. Tahniah diucapkan kepada PMRAM atas kejayaan ini membuktikan kepada masyarakat mahasiswa/wi bahawa PMRAM bukanlah seperti yang digembar-gemburkan.

Akhir kalam, dengan izin Allah, PMRAM akan terus mendapat sokongan dari kalian walau dengan apa cara sekalipun untuk terus menghulurkan kebajikan dalam pelbagai sudut selama mana keberadaan anak-anak Malaysia di perlembahan ilmu ini walaupun disekat dan diancam dengan hebat oleh pelbagai pihak. Allah sentiasa bersama orang-orang beriman yang sabar dan berdiri di landasan kebenaran. Tahniah dan syabas sekali lagi diucapkan kepada PERSEKUTUAN MELAYU REPUBLIK ARAB MESIR (PMRAM). Wallahu a'lam.


Nukilan Ilham Nurani,

MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa

No comments: