Video Klip Pilihan

Saturday, September 22, 2007

.:: Menuju Puncak Akademi Ramadhan (Siri I) ::.

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera buat semua sahabat. Moga kalian sentiasa dihujani rahmat dan inayah di dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak yang penuh dgn keberkatan dan keampunan. Dikesempatan yang diberikan Allah pada waktu yang sedikit ini penulis mengucapkan selamat menjalani ibadah berpuasa dan melaksanakan ibadah dalam bulan Ramadhan dengan sebaik-baiknya dengan kita merebut segala butir-butir kebajikan yang berleluasa dianugerahkan Allah kepada hamba-hambaNYA yang menghayati kelebihan dalam bulan paling mulia ini. Sungguh bertuah diri ini ditempatkan dikalangan mereka yang berjaya memasuki Akademi Ramadhan yang sememangnya terbuka kepada semua yang beragama Islam. Akan tetapi sejauh manakah kita menghayati setiap pra-syarat dan rukun yang disarankan sepanjang kita berada di akademi selama sebulan ini.

Telah berlalu 10 marhalah yang pertama iaitu marhalah rahmat dari 3 marhalah yang terkandung dalam Akademi Ramadhan memasuki marhalah yang kedua, iaitu marhalah keampunan. Alangkah ruginya seandainya kita tidak menggunakan dengan sebaik-baiknya peralihan marhalah yang kedua ini yang mana untuk kita berjaya memperolehi dan memasuki marhalah yang berikutnya perlulah kita berjaya pada marhalah yang sebelumnya sebelum memasuki marhalah yang berikutnya. Dengan itu, semoga di akhir Akademi Ramadhan ini akan menghasilkan graduan muslim yang muttaqin sebagaimana yang termaktub dalam Al-Quran selepas ini.

Seringkali menjadi halwa telinga kita mendengar alunan ayat Quran yang menyebut tentang perintah berpuasa dalam majlis-majlis tazkirah dan ceramah agama apabila memasuki bulan Ramadhan Al-Mubarak ini. Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Baqarah pada ayat 183 :

يا أيها الذين ءامنو كتب عليكم الصيام كما كتب على الذين من قبلكم لعلكم تتقون

Mafhumnya:Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu sebagaimana telah diwajibkan ke pada orang-orang sebelum kamu.

Dalam kalam-kalam peninggalan Nabi S.A.W juga banyak menyebut mengenai kelebihan dan besarnya ganjaran yang akan diperolehi oleh mereka-mereka yang selesai dari Akademi Ramadhan ini. Sebagai contoh bersama kita hayati sepotong hadith sahih yang sering dialunkan setiap kali masuknya bulan Ramadhan sebagai ingatan kita bersama. Sabda Rasulullah S.A.W:

من قام رمضان إيمانا واحتسابا غفر ما تقدم من ذنبه

Mafhumnya:Barangsiapa yang membangunkan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keinsafan maka akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.

إذا جاء رمضان فتحت أبواب الجنة وغلقت أبواب النار وصفدت الشياطين

Mafhumnya:Seandainya telah datangnya Ramadhan maka akan terbuka pintu-pintu syurga, dan tertutuplah pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan.


Melalui rangkaian ayat dan mutiara hadith yang pernah terluncur dari bibir Nabi S.A.W tidak hairanlah seandainya mereka yang benar-benar menghayati setiap kewajipan yang diperintahkan mengandungi pelbagai fadhilat dan rahmat yang besar. Kalau diperhatikan dan dilihat dari pelbagai sudut terdapat banyak hikmah yang tertulis dan tersirat yang memerlukan kepada pemerhatian yang mendalam. Memang benarlah setiap kalam yang terucap dari bibir Nabi S.A.W bahawa barangsiapa yang berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan kemudian diikuti dengan 6 hari di bulan syawal seumpama dia berpuasa selama setahun.

Sebagaimana yang kita semua ketahui bahawa sesiapa yang melaksanakan satu kebaikan maka akan diberi ganjaran dengan 10 pahala dan sesiapa yang melakukan satu kejahatan maka dia akan diberi satu dosa sahaja. Oleh yang demikian, sama-sama kita perhatikan ganjaran yang dapat kita simpulkan melalui beberapa rangkaian hadith dan ayat Al-Quran mengenai kelebihan melakukan amal kebajikan sebagaimana berikut:

30 hari berpuasa di bulan Ramadhan = 300 hari balasan ganjarannya

+

6 hari berpuasa di bulan Syawal = 60 hari ganjarannya

Maka,

300+60=360 hari | Setahun

Maka barangsiapa yang melaksanakan kedua-dua puasa tersebut seumpama dia berpuasa selama setahun sebagaimana yang terdapat dalam hadith sahih diriwayatkan dari Rasulullah S.A.W sabda mafhumnya:

"Barangsiapa yang berpuasa sebulan di bulan Ramadhan dan diikuti dengan 6 hari di bulan Syawal seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun".

Akan saya dapatkan matan hadith tersebut di kesempatan yang seterusnya. Apa yang ingin saya katakana di sini adalah betapa mudahnya untuk kita selaku umat Nabi Muhammad S.A.W yang merupakan umat yang amat dicintai oleh Allah kerana Rasulullah S.A.W yang amat dicintai oleh Allah menjadikan kita umat yang terbaik dari umat-umat yang lain di sisi Allah. Alangkah ruginya bagi mereka-meraka yang tidak merebut peluang yang terbuka seluas-luasnya di hadapan mata.

Semoga ruang siri yang pertama ini dapat memberikan sedikit sebanyak kesedaran kepada kita semua untuk memperbaiki separuh lagi puasa di dalam bulan Ramadhan yang berbaki untuk kita melaksanakan yang terbaik dari semasa ke semasa dan apa yang penting apa sebelum mengakhiri kulaimat kali ini, saya tinggalkan buat diri dan kalian semua sebuah ungkapan yang semoga memberikan suntikan keinsafan untuk kita melaksanakan segalanya hanyalah kerana Allah.

"Sesungguhnya RAMADHAN itu akan pergi selepas berakhirnya ia selama sebulan. Maka jadilah seorang hamba yang melakukan segala amal kebajikan dalam bulan yang mulia ini bukan kerana RAMADHAN yang penuh dengan pelbagai kelebihannya akan tetapi lakukanlah kerana mengharap MARDHATILLAH dan beriltizamlah dalam melakukannya walaupun RAMADHAN itu akan berlalu dan berdoalah semoga akan bertemu dengan RAMADHAN yang berikutnya."

Fikir-fikirkan dan berazamlah. Bersambung...

Nukilan Ilham Nurani,

MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa

No comments: