Video Klip Pilihan

Friday, December 28, 2007

.:: Usaha Tangga Kejayaan ::.

بسم الله الرحمن الرحيم

Selamat menempuh peperiksaan semester pertama yang bakal menjelang sekitar 30 Disember 2007 hingga 24 Januari 2008 kepada semua adik-adik, sahabat-sahabat dan teman seperjuangan. Samada bagi mahasiswa/wi yang menuntut di Universiti Al-Azhar mahupun yang perubatan di semua cawangan di seluruh Mesir. Juga tidak dilupakan kepada seluruh penuntut ilmu Allah walau di mana kalian berada di bumi Allah ini. Semoga kejayaan milik kita bersama untuk berbakti di lapangan ISLAM yang sedia menanti untuk dipelihara, dijaga dan dipertahankan dari gangguan anasir-anasir musuh Allah.


Nukilan Ilham Nurani,

MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa

Wednesday, December 26, 2007

.:: Dugaan Ilmu Bermula Lagi!! ::.

بسم الله الرحمن الرحيم

JADUAL PEPERIKSAAN SEMESTER PERTAMA

KULIAH USULUDDIN TAHUN EMPAT

JABATAN DAKWAH & KEBUDAYAAN ISLAM 2007/2008

HARI

TARIKH

SUBJEK

AHAD

30 DISEMBER 2007

KHITOBAH

SELASA

1 JANUARI 2008

TAYYARAT

KHAMIS

3 JANUARI 2008

TARIKH DAKWAH

ISNIN

7 JANUARI 2008

LUGHAH ARABIAH

KHAMIS

10 JANUARI 2008

THAQAFAH ISLAMIAH

ISNIN

14 JANUARI 2008

TABSYIR WA ISTISYRAK

KHAMIS

17 JANUARI 2008

HADITH MAUDHUI

ISNIN

21 JANUARI 2008

TAFSIR MAUDHUI

KHAMIS

24 JANUARI 2008

MANAHIJ DAKWAH

Pejam celik, pejam celik dugaan ilmu kali ini bermula lagi. Kali ini adalah peringkat terakhir bagi tahap diploma yang aku pilih mengikut kehendak citarasa dan kecenderungan untuk mendalami ilmu Allah yang maha luas ini. Di sepanjang musim peperiksaan selama sebulan ini sememangnya agak sukar untuk jari jemari ini melakarkan sebarang titipan suntikan entri thaqafah berikutan pemfokusan untuk diri ini membuat yang terbaik untuk masa hadapan ISLAM yang terbaik.

Untuk akhirnya salam kemaafan ku pinta dari kalian semua yang sentiasa mengunjungi coretan sisipan dakwah yang ku paparkan di ruangan ini seandainya wujud rasa tidak puas hati dan tidak memenuhi citarasa kalian. Yang akhirnya mengundang bibit kesilapan yang meresahkan diri ini. Titipan doa kalian yang kami harapkan semoga dipermudahkan segala urusan dalam menempuhi peperiksaan semester kali ini.

Selamat menempuh peperiksaan semester pertama kepada kalian semua dengan tenang dan dibukakan ALLAH pintu kemudahan kefahaman, hafalan dan menjawab dengan sebaik-baiknya mengikut kehendak citarasa doktor.

Semoga kejayaan milik kita bersama untuk kebangkitan ISLAM mendatang yang lebih gemilang.


اللهم اجعلنا من الناجحين والفائزين فى الدين والدنيا والأخرة واجعلنا من التوابين والمتطهرين والصابرين والشاكرين والمستغفرين واجعلنا من العلماء العاملين المخلصين واجعلنا من المجاهدين والمجتهدين واجعلنا من الذين يستمعون القول فيتبعون أحسنه..... آمين يا رب!!!

Nukilan Ilham Nurani,

MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa

Friday, December 14, 2007

.:: Dunia Sudah Tua? ::.

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang dirahmati Allah sekalian. Semoga sentiasa berada di dalam lindungan dan rahmat Allah. Sinaran selawat dan salam ku suluhkan ke hadrat Rasulullah s.a.w atas segala penat lelah yang di usahakan selama ini sehingga kita memperolehi nikmat IMAN dan ISLAM yang hakiki tanpa sebarang tajdid yang perlu dilakukan kerana ISLAM itu sendiri memang sedia ada dengan ketamadunan dari segala aspek kehidupan. Menjurus kepada entri yang ingin ku kongsi bersama kalian semua sebagai mutiara ilmu yang sukar untuk diperolehi dan perlunya disampaikan untuk kesedaran umat ISLAM itu sendiri.

Ianya bermula tatkala menantikan giliran untukku menguruskan terjemahan pengesahan pengajian di kuliah bagi sesi ini untuk permohonan biasiswa zakat pada tahun ini. Seorang senior yang telah hampir 10 tahun bermastautin di bumi Mesir ini yang tidak jemu untuk berkongsi sebarang ilmu dan thaqafah yang memberikan input kepada manusia di sekelilingnya. Ustaz Rosni yang sekarang bekerja di bawah Kedutaan Besar Malaysia Di Mesir memang cukup dikenali dikalangan anak-anak Johor di Mesir sebelum beliau 'membina masjid'. Ketika mana beliau tinggal di Abdeen, Kaherah. Beliau juga sebelum menyambung pengajian di Perlembahan Nil, beliau pernah mengaji di Tanah Haram selama 3 tahun.

Beliau memberitahu kepada kami yang berada di pejabat memberitahu bahawa 2 perkara yang sedang berlaku di Malaysia amnya khususnya di Johor yang pertama banjir besar yang melanda dan yang kedua munculnya emas yang tidak disangka-sangka di pantai Mersing, Johor. Apa agaknya yang cuba disampaikan oleh beliau sebenarnya? Sedikit sebanyak memberikan tanda tanya kepada kami yang mendengarnya. Apa yang dapat ku bayangkan berdasarkan kefahaman dalil-dalil hadith Rasulullah yang menyatakan bahawa hari kiamat semakin hampir.

Dan baru-baru ini juga kita digemparkan dengan sebuah berita yang tersebar dinakalkan dari Ustaz Haron Din bahawa planet Marikh telah pun berputar dari arah yang bertentangan dari arah yang sebenar dan planet-planet yang berdekatan juga akan turut terkesan dengan perubahan tersebut. Berita ini diperolehi sumber dari NASA di Amerika Syarikat yang merahsiakan berita ini dari pengetahuan umum dan memberikan kelebihan terutamanya kepada umat ISLAM. Ini yang perlu diketahui lantas melahirkan kesedaran untuk membuat perubahan menyediakan bekal untuk ke sana.

Kalau dilihat kepada beberapa fenomena yang saya sebutkan sebentar tadi sebenarnya menunjukkan semakin hampirnya ajal dunia ini. Setiap yang bernyawa pasti merasai mati(Al-ayat). Maka dunia dan cakerawala ini juga akan menemui ajalnya. Bahkan dalam riwayat sebuah Hadith Nabawi meriwayatkan bahawa setiap hari bumi berdoa kepada Allah sebanyak 10,000 kali supaya disegerakan kiamat kerana tidak tahan dengan maksiat dan kerosakan yang berlaku di dunia. Apakah tidak timbul secebis keinsafan apabila terbaca apatah lagi terdengar mengenai ayat-ayat Allah dan Hadith Nabawi yang menerangkan mengenai peristiwa akhir zaman ini?

Sekiranya disingkap satu persatu tanda-tanda kiamat kecil sememangnya semuanya telah berlaku bahkan tanda-tanda kiamat besar hampir keseluruhannya menunjukkan tanda-tandanya yang sebenar. Anak yang menderhaka kepada kedua orang tua, bangunan pencakar langit yang melampaui ketinggian masjid yang sepatutnya lebih tinggi dari bangunan yang ada di sekelilingnya sepertimana yang berlaku di Tanah Haram, orang jahil bercakap tentang agama, munculnya emas yang menggunung dari permukaan laut, maksiat berleluasa dan dianggap seperti suatu yang biasa dan banyak lagi petanda kiamat yang besar yang gerund untuk disebutkan disini.

Sesungguhnya dunia ini sudah tua berusia jutaan tahun sehinggakan kita lihat pelbagai malapetaka yang semakin kerap berlaku di merata tempat di dunia ini. Apa tandanya itu? Sedarlah dan bersamalah kita kembali kepada Allah dengan mempersiapkan diri kita dengan bekalan yang sebanyak-banyaknya tanpa had waktu. Kerana saban hari kita rasakan dan perhatikan berlakunya kematian di sana sini terjadi pada sahabat kita, jiran kita, saudara mara kita bahkan pada ahli keluarga kita sendiri. Bagaimana pula dengan diri kita? Sesungguhnya mati itu pasti dan akan berlaku pada semua makhluk yang bernyawa di atas muka bumi ini tanpa mengira umur, masa dan tempat. Sekiranya Allah tentukan si pulan mati sekian maka terjadilah ia.

Apabila memikirkan segala apa yang berlaku dengan pelbagai fenomena yang meyentak hati sanubari, adakah terbit kesedaran berbaur keinsafan untuk melakukan perubahan menyelamatkan diri kita dari tergolong dikalangan orang-orang yang rugi atau mencampakkan diri kita ke sana? Sebuah lontaran soalan yang sangat berbisa kepada orang yang bergelar mukmin yang apabila membaca, melihat dan memerhatikan ayat-ayat Allah maka gentarlah hatinya dan bergenanglah airmatanya. Oleh yang sedemikian, bersamalah kita memperbanyakkan amalan semata-mata mengharapkan keredhaan Allah dan mendapat syurga Allah dengan rahmat Allah bukan dengan amalan kita kerana jika ditimbang amalan kita sememangnya tidak akan melayakkan kita berada di sana.

Renung-renungkan dan bersama muhasabah diri seterusnya disampaikan kepada saudara-saudara kita yang lain untuk manfaat bersama.

Allahumma Inna Nasa'lukal Jannah Wa Na'uzubika Minan Nar…


Nukilan Ilham Nurani,

MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa

Saturday, December 08, 2007

.:: Life Must Survival!! ::.

بسم الله الرحمن الرحيم



Peace upon all with full blessings and hope upon us forever in HIS Gracious. Praise to Allah for this opportunity that he gave to meet all of you guys in this 'unbounded world'. Thankful to Allah for sent us the great lovely prophet Muhammad Peace and Blessing Upon Him (PBUH) for all His effort until we live in peacefully and happiness. That's also make our life more worth than others whom not stand in this truth way of life, pure religion, ISLAM only the one legal religion in this universe in the same time at HIS side's. For a long time i am not writing any entry posting in Arabic as my second tongue language also in English as my informal language. After seen my friend posting his new entry in English make me want to make some different posting to all my friends readers.

Absolutely we need to try more and more to improve our skills in this second tongue and informal language. Furthermore Arabic language. Although we in the situation of arabic customs and culture we are. So we must take any reflection to make sure any bad news will be clean as possible as we return back to our hometown. We need to renew and raise our intention from day to another that our basically in this important world need fulfill and upper our state in community. What people will say behind just ignore it and increase our skills with any solutions we can as writing, reading more and more books even speaking with others in this abnormal language to giving more lessons of our potential. That's the main point of this discussion.


Actually that's not really thing i want to talk about. Maybe after you read the main title of this new entry, you will said what really thing i want to talk about right? I am sure whole of you my beloved friends already knew what had happened to me. That bad thing suddenly appear while me in the middle to face this final year examination. In the first place after heard this bad news my spirit and courage already down. I never felt like this before but after my beloved mother passed away i feel just like lonely because my parents gone already. How do you feel if this things happened to you? Absolutely you will feel down and stressed out of study. But thats not the reason for me to frustrated my parents even after they all gone. Thanks to Allah for giving me all the friends no matter and where ever you are always giving me a support to make this fake life must go on.

By the way passed already passed and not coming back. I need to realize that thing and someday later we too will go back to HIS side's. All we need to do now to prepare as better as we can to make sure our life there better. What already commands by Allah we got to do the best and get rid from doing anything will making our suffer later. That's the simple thing we must do need big effort to get rid with the bad things. I am not the best to advise but what the important thing referred in HIS Holy Quran HIS apostled advise with rights and advise with patience. Obviously when everything had happened to me before make me thinking that Allah could not giving the tribulation to HIS servant after knew his patience to face the problems either to punished HIS servant until his sins getting clean and clear. I convinced with HIS apostled that truth never lies.

Deep From My Heart,

BeLoVeD HIS BLeSSiNg'S,
ZuLmArWa

Wednesday, December 05, 2007

.:: Deraian Airmata Tinggi Nilainya ::.

بسم الله الرحمن الرحيم

Airmata ini semakin deras mengalir tatkala hati ini semakin sayu mengingatimu. Terasa ingin berjumpamu walaupun seketika. Namun apakan daya tidak tercapai apa yang terlintas di akal ini. Walaupun begitu pertemuan 2 kali di 'alam maya' sudah cukup terubat kerinduan yang teramat dalam itu. Tatkala kesedihan bertandang sememangnya tidak mampu untuk takungan airmata ini menanggungnya lantas berjuraianlah ianya mengalir turun.

Ku biarkan ianya berjurai sehingga terasa puas hati ini. Apa yang ku harap juraian airmata yang mengalir itu merupakan airmata keinsafan yang bisa menyimbah api neraka di akhirat kelak, Insyaallah. Tatkala kesedihan ini hadir hanya dendangan Kalamullah yang menemani diri ini sebagai penghibur menghilangkan duka dan luka yang terpendam.

Diri ini merasakan seolah-olah tiada apa-apa yang tinggal apabila menjejakkan kaki ke kampung halaman kelak. Terasa diri ini kosong memikirkan saat itu. Bagaikan tsunami yang melenyapkan segala yang berada di hadapannya. Namun aku tahu bahawa aku tidak keseorangan. Aku masih mempunyai tunang tersayang, adik-adik, kakak-kakak, abang-abang, kawan-kawan, sahabat-sahabat seperjuangan yang memahami penderitaan dan keperitan yang tidak tertanggung ini.

Namun segalanya itu segera ku lenyapkan tika teringatkan si 'DIA' yang paling setia berada di sisi ini di kala senang mahupun susah. Maka terhapuslah segala kesedihan yang bertandang sebentar tadi dengan janji-janjiNya yang sememangnya pasti berlaku kelak. Semoga baki dan sisa perjuanganku dapat ku habiskan bersama kalian sebagai tongkat menunjukkan arah kepadaku yang buta, kehilangan jejak untuk meneruskan perjalanan yang seterusnya.

Semoga perjalanan mendatang dapat ku tempuhi dengan lebih bersemangat bersama-sama kalian semua walau di mana sahaja kaki ini melangkah di waktu senang mahupun susah. Di saat ini aku hanya mengharapkan bantuan dari kalian untuk memulihkan semua semangat yang kian luntur untuk kembali membuka helaian baru pada naskhah yang baru berhadapan dengan kehidupan tanpa 'mak dan abah'.

Semoga ianya dapat mendorong diri ini mencontohi Junjungan Besar Rasulullah S.A.W yang turut sama kehilangan ayah dan ibunya bahkan masih kecil langsung tidak mengenal kedua-duanya. Diri ini cukup bertuah berpeluang menemui kedua-duanya walaupun seketika.Ya Allah jadikanlah aku hambaMu yang kuat untuk memperjuang dan mempertahankan agamaMu sebagaimana utusan-utusanMu yang terdahulu dan para pejuang yang mengikut jalan para utusanMu itu untuk mencapai redhaMu yang pasti.

Bersama hayati bait-bait rangkap lirik sebuah lagu yang memberikan suntikan semangat terhadap apa yang baru ku lalui. Terima kasih atas sokongan dan dokongan yang kalian titipkan buat diri ini.



Airmata Keinsafan

Air mata keinsafan
Yang mengalir di malam sepi
Inilah dia pelembut jiwa
Bagi mendapat kasih Ilahi

Rintihan di sepertiga malam
Dari seorang hamba yang dhaif
Kerana mengenang segala dosa
Moga mendapat keampunan dari Ilahi

Setiap kekasih Allah
Menempuhi jalan ini
Untuk mereka memiliki kejayaan

Ayuh bersama kita susuri
Perjalanan kekasih Allah
Agar kita tiada rugi dalam meniti hidup ini

Deraian air mata ini
Titisan yang paling berharga
Buat menyimbah api neraka
Moga selamat di titian sirat
Syurga abadi

Nukilan Ilham Nurani,

MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa

Tuesday, December 04, 2007

.:: Secangkir Rindu Buat Mak ::.

بسم الله الرحمن الرحيم

Kenangan terakhir bersama bondaku pada 10 November 2006 sebelum berangkat ke Mesir.


Pernah langkahku longlai,
Disaat kehilangan ayahanda,
Suasana suram gelap menyelubungi,
Jiwa kosong muram durja.

Berteman bonda penguat jiwa,
Pembakar ruh kental terasa,
Menjunjung tuntutan Yang Esa,
Mendalam agama penerang keluarga.

Dikala hampir ke gerbang jaya,
Ujian mendatang sukar diduga,
Merentap sanubari lemah segala,
Gelap gempita kabur semesta.

Bonda anugerah pinjaman ilahi,
Dirimu ibarat jantung dan nadi,
Pergimu tanpa kerelaan hati,
Menuju yang Esa bahagia yang pasti.

Ku rindu belai sayangmu,
Bonda pergi tinggalkanku,
Masih lekat di hati sanubari,
Bonda bilang akan menanti.

Masih terbayang hilai tawamu,
Masih tergambar senyum kasihmu,
Segalanya masih segar dalam ingatanku,
Mengundang air mata sebak dihatiku.

Suaramu masih terngiang-ngiang,
Wajahmu masihku terbayang,
Hangat tanganmu masihku terasa,
Sentuh kasihmu masih berbisa.

Namun segalanya tinggal kenangan,
Kepergianmu tertulis tanpa kembali,
Di sisi Allah dikau kuserahkan,
Mengharap rahmatMu harum mewangi.

Kala ini diriku benar-benar keseorangan,
Kehilangan abah masih terasa,
Kini kepergian mak menambah keperitan,
Hanya kalianku harap bantuan semasa.

Biar tangisan mengurang luka,
Biar esakan menghilang pedih,
Biar diam menambat cerita,
Biar sendirian melepas sedih.

Semakinku tatapi semakin sebak,
Semakinku hayati semakin retak,
Yang pastinya perjuangan masih berjarak,
Yang pastinya Allah rahmatNya tampak.

Ku harus kuatkan semangat ini,
Ku harus tabahkan dugaan ini,
Bantuan kalian kuharap disini,
Menongkat sepanjang perjalananku nanti.

Terima kasih kepada semua yang masih setia dan sanggup bersama-sama menemani kesepian diriku ini. Tiada apa yang mampu diri ini balas pada usaha yang kalian lakukan hanya sekalung ucapan terima kasih. Maaf atas segala kelemahan dan kesulitan yang lahir dari gerak laku diri ini. Hanya Allah yang berhak menghitung setiap amal baik yang kalian lakukan untuk diri yang serba kekurangan ini.

Buat ahli baitku, Tanjung Puteri, sahabat-sahabat Badan Pengurus PMRAM dan barisan HEWI PMRAM, sahabat-sahabat AJKT BKPJM dan HEWI nya serta semua sahabat-sahabat yang memahami keperitan dan penderitaan diri ini terimalah serangkap ungkapan yang lahir dari hati sanubari ini,

Maaf dipinta andai menyusahkan kalian,
Maaf dipohon andai menyedihkan kalian,
Maaf seandainya melukai kalian,
Maaf jua andai mengecewakan kalian.

Doakan diri ini akan terus tabah dan tetap mengharungi sisa perjalanan hidup yang belum pasti. Juga doakan kedua-dua punca kelahiran ini senantiasa dicucuri rahmat dan inayah-Nya. Dan kepada manusia yang membuat ibuku menderita dengan sihir dan hasad dengki mereka itu dikenakan balasan yang setimpal. Segalanya terserah kepada allah seandainya itu adalah benar.
Dengan itu penyerahan secara total kepada Allah segalanya.

Juga kesempatan yang ada ku turut mengucapkan takziah kepada keluarga Arwah Ustaz Abd Manan bekas ketua Peguam Syariah Negeri Johor yang pernah mengajar di Sekolah Menengah Islam dan Tahfiz, Pasir Gudang yang juga kembali ke sisi Allah pada hari dan tarikh yang sama tatkala pemergian bondaku.

IBUKU SELAMAT KEMBALI KE SISI ALLAH,
PADA 2 NOVEMBER 2007 BERSAMAAN 22 ZULKAEDAH 1428 HIJRAH,
NUKILAN HATI CORETAN BERSEJARAH,
1600 PM WAKTU TEMPATAN KAHERAH.

AL-FATIHAH....
Nukilan Ilham Nurani,

MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa

Sunday, December 02, 2007

.:: Ubah Mentaliti Orak Paradigma ::.

بسم الله الرحمن الرحيم

Kesyukuran yang infiniti dipanjatkan ke pada Allah SWT atas kesempatan ruang yang diberikan untuk ku menukilkan buat renungan kita bersama dalam membangunkan ISLAM di era akhir zaman yang penuh dengan onaknya. Selaut salam selawat ke hadrat Kekasih Sang Pencipta yang mencetuskan api hidayah sehingga berjaya menyambar hati-hati manusia yang sememangnya mencari cahaya kebenaran. Alhamdulillah melimpahi sepenuhnya ruang hati nuraniku dengan nur taufik dan hidayah Nya, Insyaallah. Juga kepada kalian semua. Saban hari dan saban tahun kila perhatikan pelbagai kerosakan telah berlaku di atas muka bumi ini dan berjayalah perancangan Yahudi Nasrani yang berkomplot bersama Syaitan Laknatullah untuk menyeatkan umat ISLAM dari mengikuti jalan kebenaran yang terbentang di hadapan mata.

Sedar ataupun tidak kita semakin menghampiri ke tahun yang berikutnya di penghujung tahun 2007 di awal bulan Disember ini. Disepanjang akhir bulan November yang lepas kalau dilihat pelbagai perkara negatif yang telah berlaku. Di penghujung tahun inilah kebiasaannya dilakukan pelbagai kajian dengan membandingkan statistik kajian tahun ini dengan tahun tahun sebelumnya. Maka kita lihat statistik yang dikeluarkan sungguh mengecewakan lantas meremukkan hati ini.

Sebuah akhbar nasional pro-kerajaan, Utusan Malaysia bertarikh 30 November 2007 menyatakan dengan bangganya 'Kes rogol meningkat, lebih 70 peratus mangsa 18 tahun ke bawah'. Apa perasaan anda apabila membaca kenyataan akhbar ini? Sememangnya ada yang akan mengatakan 'biasalah tu, dah tak boleh kawal nafsu...'. Dan pelbagai lagi jawapan yang seolah menggambarkan sesuatu yang normal. Adakah ini yang dimahukan oleh rakyat yang menganut agama ISLAM melihatkan fenomena rogol ini menjadi perkara biasa? Menurut statistik sebanyak 2,432 kes pada tahun ini berbanding 1,849 kes pada sesi lepas. Di manakah perginya gagasan ISLAM H*****I yang dicanang-canangkan selama ini? Apabila ditanyakan persoalan mengenai kesan perlaksanaannya maka jawapan yang akan dijawab pastinya 'kesannya bukan sekarang, memakan masa yang lama...'. Lama lagi sampai bila agaknya? Adakah mereka ingin melihat keruntuhan akhlak masyarakat yang berada di tahap yang kritikal barulah memulakan tindakan sewajarnya lantas mengeluarkan kenyataan 'saya pantang dicabar'?.

Apabila melihatkan situasi yang berlaku tika ini kita nilailah sendiri. Sememangnya insan yang mempunyai ilmu pengetahuan ISLAM yang kukuh sahajalah yang mampu menimbang tara segala perkara tersebut dengan dacing ilmu yang diperolehi semoga disinari dengan pancaran nur purnama hidayah dalam menimbang tara segalanya itu. Fikirkanlah dengan sematang yang mungkin jangan mengikut emosi semata-mata yang akhirnya membawa kepada kepada kehancuran seandainya tidak dipandu dengan suluhan Quran dan Sunnah.


Dalam satu lagi kenyataan akhbar nasional pro-pembangkang, Harakah Daily bertarikh 30 November 2007 pula menyatakan satu mentaliti yang realistik dan ada benarnya apabila diamati. Kenyataan seorang pemimpin pembangkang yang dipercayai ilmunya, Ustaz Haron Din menyatakan 'rakyat Malaysia ISLAM sememangnya inginkan perubahan akan tetapi mereka merasakan apabila ISLAM memerintah negara maka segala aktiviti sosial mereka akan hilang sama sekali'. Inilah realiti mentaliti yang dilihat membarah di minda masyarakat. Biarlah mereka susah dengan kenaikan pelbagai harga barangan, tol dan sebagainya. Apa yang penting 'periuk nasi' mereka tidak diganggu dalam menjalani kehidupan harian yang penuh dengan sosial maksiat semata-mata. Adakah benar apa dinyatakan oleh ulama' ini? Sememangnya menurut pengamatan beberapa orang pengkaji kebanyakan masyarakat mempunyai mentaliti sedemikian. Seandainya mentaliti ini tidak diubah akan memudaratkan masyarakat yang semakin serius masalah kerosakan akhlak ini sekaligus melumpuhkan institusi keagamaan yang ingin dibina.

Sekiranya diperhatikan sepintas lalu sememangnya usaha-usaha untuk mengubah keadaan yang semakin kritikal ini telah lama dijalankan akan tetapi wujud beberapa pihak dikalangan pemerintah kerajaan yang tidak senang dengan usaha tersebut mengadakan perlbagai sekatan. Adalah tidak masuk dek akal untuk mengadakan dan menjalankan aktiviti pengislahan dakwah masyarakat perlu untuk mendapatkan lesen, pengesahan dan kertas hitam di atas putih terlebih dahulu. Apa kejadahnya sampai ke tahap itu prosedur yang perlu dilakukan untuk membetulkan masalah keruntuhan akhlak yang berleluasa sekarang ini? Ada institusi keagamaan dan mufti untuk menegur sebarang kesalahan yang bertentangan dengan syarak tidak diendahkan. Bahkan dikecam dan diancam dengan bermacam-macam tindakan yang menakutkan.


Inilah realitinya suasana di Tanah Air yang berada di tahap yang paling merbahaya walaupun kita lihat pelbagai pembangunan dan kemodenan telah dilakukan untuk kesenangan rakyat. Akan tetapi aspek akhlak dan moral tidak disemai dengan sebaik-baiknya seiring dengan pembangunan yang dilaksanakan. Sia-sialah pembangunan yang dilakukan dalam masa yang sama masyarakat hancur akhlak dan moralnya sama seperti orang kafir yang sememangnya tidak menitik beratkan perkara ini. Bersama kita memikirkan masalah umat yang kita sayangi sebelum ianya dipersoalkan di hadapan Allah kelak sebelum sempat kita berusaha untuk mengubahnya.


Nukilan Ilham Nurani,

MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa