بسم الله الرحمن الرحيم
Tanpa disedari hari ini kita telah pun berada di hari yang ke-9 di bulan pertama dalam tahun baru hijrah 1430. Tidak hairanlah dikatakan bahawa semakin bertambahnya hari, maka semakin meningkatlah umur seseorang sekaligus semakin berkuranglah jangka hayat makhluk yang dicipta ALLAH. Maha suci ALLAH yang sempurna dan tiada cacat cela kekurangan.Di kesempatan yang tidak seberapa ini penulis mengajak diri penulis dan orang-orang yang mengaku beriman kepada ALLAH dan RASULNYA untuk terus mengabdikan diri kepada RABBULJALIL dengan melakukan segala yang diperintah. Sekaligus meninggalkan segalanya yang dilarang. Sebagai tanda syukur dan mengharapkan redhaNYA, seharusnya seorang hamba itu melakukan sesuatu yang amat disukai tuannya.
Berpedomankan dari ajaran dan didikan dari 'Buah Hati' RABBULKARIM, seharusnya kita selaku umatnya mengikut segala jejak langkah yang dilakukan oleh Junjungan Besar SAW di sepanjang hayatnya. Meskipun umum mengetahui BAGINDA itu maksum dan dijamin syurga bahkan masih tetap beramal ibadah bersujud memohon hidayah dan maghfirah Tuhannya. Apatah lagi umatnya yang kadangkala menyimpang jauh dari jalanNYA.
Mungkin kemunculan entri ini agak terlewat sehingga ada di kalangan kalian yang tidak mengetahuinya bahkan mungkin terlupa akan Taqwim Hijriah yang diasaskan oleh Khalifah Ar-Rasyidin yang ke-2 melihat umat ISLAM yang terlalu mengagung-agungkan Taqwim Masihi. Sekadar ingin berkongsi ilmu dan makluman mengenai amalan Sunnatunnabi SAW yang mengamalkan puasa sunat Tasu'a dan 'Asyura berdasarkan kepada riwayat hadith berikut yang cukup masyhur.
Ketika RASULULLAH SAW kembali ke Madinah (dari berpergian) beliau mendapatkan orang-orang Yahudi yang sedang berpuasa, kemudian beliau berkata kepada mereka : “Hari apa yang kalian berpuasa ini?” Mereka menjawab : “Hari ini adalah hari yang sangat mulia, hari di mana ALLAH telah menyelamatkan NABI MUSA AS dan kaumnya serta menenggelamkan Fir’aun beserta tentaranya. Oleh karena MUSA AS berpuasa pada hari tersebut sebagai rasa syukur kepada ALLAH, maka kami ikut berpuasa.
Kemudian RASULULLAH SAW berkata: “Kami lebih berhak dan lebih utama dalam mengikuti NABI MUSA AS daripada kalian.” Selanjutnya NABI MUHAMMAD SAW berpuasa dan menganjurkan umatnya untuk berpuasa pada hari 'Asyura. Bahkan beliau kemudian menganjurkan agar umatnya berpuasa dua hari, yaitu pada hari kesembilan dan kesepuluh pada bulan Muharram, dan puasa tersebut dikenal dengan puasa Tasu'a dan 'Asyura.
Disamping hadith di atas, masih banyak hadith yang menerangkan mengenai pahala orang yang berpuasa pada hari tersebut. Semoga informasi yang sedikit ini mampu memberikan semangat baru kepada setiap individu muslim untuk terus meningkatkan amal ibadah kepada RABBULJALIL sebagai tanda syukur atas nikmat yang telah dicurahkan. Untuk menelusuri jalan menuju ILAHI tidak boleh tidak perlu mengikut cara hidup yang ditunjukkan melalui Sirah Insan Teragung sepanjang zaman. Tidak lain dialah MUHAMMAD RASULULLAH SAW. Penghulu para NABI.
Bagi mereka yang mungkin terlepas untuk melakukan puasa Tasu'a yang berlaku pada hari ini, maka bolehlah kalian melakukan puasa tersebut pada 11 Muharram memandangkan ianya sebagai langkah untuk membezakan antara puasa umat Islam dan agama lain. Ini sesuai dengan saranan JUNJUNGAN NUBUWWAH yang memesan agar diiringi puasa dengan berpuasa pada sebelumnya (Tasu'a) ataupun selepasnya.
Selamat beramal dengan Sunnatunnabi SAW di akhir zaman yang semakin luput amalan ini dari kehidupan umat Islam itu sendiri kerana kesibukan duniawi yang diterapkan oleh musuh-musuh ISLAM. Segala balasan dan imbalan moga ALLAH mengganjarkan yang setimpal bergantung kepada keikhlasan yang bertamu di hati sanubari.
Nukilan Ilham Nurani,
MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa
MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa
4 comments:
Mari doakan muslim palestina
iya teruskan utk berdoa utk umat Islam di Palestin dan umumnya!!!...
moga Allah sentiasa melindungi mereka dan kita yg sentiasa berusaha mempertahankan Islam dari terus diinjak2...
allahuakbar!!!
Salam ziarah..
Salam perjuangan..
Andai doa ini sahajalah sumbangan yg mampu kami berikan utk membantu saudara2 kami di palestin, maka terimalah permohonan dan doa kami ini wahai tuhan yg maha pengasih lagi maha penyayang... :)
Post a Comment