بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah dengan penuh rasa tunduk dan syukur dipanjatkan ke hadratNYA kerana berjaya juga kita mengerjakan rukun ISLAM yang ke-3 iaitu berpuasa sebulan di bulan Ramadhan. Moga segala kebaikan, kebajikan, dan segala macam anugerah yang disediakan di dalamnya dapat kita bawa pulang untuk diteruskan pada hari-hari selepasnya sehinggalah dipertemukan pada Ramadhan yang berikutnya.
Sedih. Itulah perasaan yang mungkin bersemi di jam terakhir sebelum kemunculan Syawal sebagai hari kemenangan bagi mereka yang berjaya mengerjakan ibadah Ramadhan dengan penuh keimanan dan keinsafan mengharapkan keredhaan ALLAH. Itulah juga sikap yang ditunjukkan oleh orang-orang terdahulu tatkala Ramadhan bakal menyingsing.
Kini kita telah pun melangkah ke 9 Syawal dan berbaki tiga suku bulan sebelum berpindah ke bulan berikutnya. Suka untuk saya mengingatkan diri saya dan saudara-saudara seagama sekalian untuk kita sama-sama meneruskan pengabdian ini. Bersama kita kerjakan puasa 6 hari daripada bulan Syawal ini sebagai tanda syukur kepadaNYA.
Terpulang kepada kita samada ingin melaksanakannya secara berturut-turut, berselang seli ataupun pada setiap hari Isnin dan Khamis. Semoga ianya akan lebih menguatkan dan menambahkan keimanan kita kepada ALLAH.
Salam Syawal yang mulia kepada semua. Semoga kita memperolehi rahmat, inayah, hidayah dan taufiq daripadaNYA setiap masa dan ketika.
FI RI'AYATILLAH, FI AMANILLAH...
Kata Muthaqqaf : Ayuh pertingkatkan amal ibadah kita bukan bermusim akan tetapi konsisten sepanjang masa demi mencuri secebis kasih sayang ALLAH yang tinggi nilainya.
Nukilan Ilham Nurani,
MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa
MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa
2 comments:
salam ustaz,
jika ada pilihan barang mengandungi bahan syubhah dan satu lagi barangan boikot?
bagaimana pula pendapat ulama' berkenaan hal ini?
Pernah berbicang mengenai hal ini ttp disebabkan tiada ilmu, perbincangan hanya sekadar rasional bersama ilmu yg tidak tahu menahu sumbernya..
bolehkah perjelaskan ttg hal ini dan memberikan beberapa info?
jzkk
salam... andai di situ dh mmg langsung xder brgn alternatif produk muslim buatan Malaysia as Halal Food,HPA pilihlah yg diboikot...
sebaik-baiknya xyah makan ke dua2nya... carilah yg alternatif...
yg diboikot mmg ianya halal tapi dek kerana ianya jelas memberikan sumbangan untuk mengancurkan umat ISLAM lebih baik xyah...
apapun pilihan dan rasional terletak di tgn kita...
yg syubhah dh jelas kita perlu tglkn terus... tgl yg boikot yg perlu kita kuatkan smgt utk memeranginya...
salam perjuangan... :)
Post a Comment