Video Klip Pilihan

Tuesday, January 16, 2007

.:: Salam Ukhuwah Kiambang Bertaut Kembali ::.

Assalamualaikum.... Kaifa halukum jamian al-an?Kaifa imtihanukum?La'allahu yusahhillana bittaufiqihi wannajah. Amin ya robbal alamin. Alhamdulillah kesyukuran dirafa'kan setingginya terhadap Tuhan sekalian makhluk Allah Subhanahu Wa Taala. Juga selawat dan salam di hadiahkan terhadap Junjungan Besar Nabi S.A.W atas segala penat lelah baginda selama 23 tahun dalam menyebarkan aqidah yang suci lagi murni sehingga kita dapat merasai kemanisan iman dan dan Islam yang begitu manis sekiranya kita menghayati setiap amalan yang difardhukan kepada kita dengan penuh ikhlas dan tawadhu semata-mata untuk mencapai keredhaan Allah selama mana kita masih diberikan kesempatan di dunia yang fana. Walau apa jua ujian yang melanda kita juga terhadap masyarakat kita di Tanah Air sekarang yang ditimpa bencana banjir yang tidak berkesudahan. Yang mana kalau kita lihat dari kacamata Islam ia bukanlah merupakan bencana alam semata-mata tetapi merupakan satu peringatan terhadap umat Islam di Malaysia khususnya dan dunia Islam amnya. Haruslah kita semua mengambil iktibar dari apa yang sedang diturunkan oleh Allah terhadap umat Islam yang bakal kita hadapi selaku da'ie yang menuntut ilmu Allah untuk menyeru mereka kembali kepada Allah dan berpegang teguh dengan Quran dan Sunnah tanpa sangsi walau sedikitpun.

Dan kalau kita lihat antara faktor yang lain yang mana keadaan sosial masyarakat Islam di tanah air kita bukan lagi berada di tahap yang biasa akan tetapi telah berada di tahap yang kritikal. Janganlah sampai janji Allah seperti yang termaktub di dalam Al-Quran akan berulang kembali akibat ingkarnya mereka terhadap hukum Allah. Yang mana kalau kita lihat tahap akidah di Tanah Air kita sudah hampir lumpuh akibat fenomena murtad yang semakin menjadi-jadi tanpa satu pencegahan dari pihak yang bertanggungjawab. Apakah ini yang kita inginkan dan impikan selama ini sebuah negara yang aman dan damai dengan pelaksanaan segala Ibadah dalam kondisi yang penuh khusyuk akan tercabut dengan fenomena yang rosak ini? Ingatlah bahawasanya Allah akan menukarkan sesuatu kaum itu dengan kaum yang lebih baik seandainya kaum yang sedia ada tidak taat dengan segala perintah dan arahanNya seperti yang termaktub dalam Alquran.(Boleh rujuk dalam fehres alquran)

Dalam masa yang sama peranan ulama yang sedia ada yang bersama-sama menyokong pihak atasan terkunci mulut mereka dari memperkatakan mengenai kebenaran dan menegakkannya. Malah institusi dan peranan agama diperkecilkan skopnya hanya dikhususkan kepada perkara-perkara tertentu dan untuk melaksanakan perkara tersebut pun perlu mendapat keizinan dari pihak atasan tersebut. Mengapa urusan agama dalam menegakkan kebenaran yang nyata menyeleweng perlu mendapat keizinan dari mereka sedangkan sudah nyata kemungkaran? Kalau kita rujuk dalam pengajian Usuluddin di Universiti Al-Azhar dalam bidang dakwah yang mana di sana digariskan bahawasanya antara usul dakwah bagi seorang da'ie
hendaklah jauh dari komplot atau berhubungan dengan pihak pemerintah.(Boleh rujuk kitab usul dakwah thn 3 syu'bah dakwah kuliah usuluddin Kaherah)

Kemanakah perginya laungan-laungan negara Islam yang diwar-warkan selama ini? Apakah cukup hanya dengan canangan sebuah sistem negara Islam akan tetapi perlaksanaan di dalamnya kosong habuk pun tiada! Memang sesungguhnya kita tidak menafikan sesungguhnya dalam perlaksanaan sesuatu dengan sistem Ilam itu memerlukan tadrij supaya masyarakat yang kurang mendalami agama dapat menerimanya sedikit demi sedikit. Tetapi kalau kita lihat bagaikan tiada sesuatu usaha untuk memperbaiki institusi Islam dari aspek muamalahnya(kurang ditekankan), sosial yang semakin lumpuh dan akidah yang semakin samar dikalangan masyarakat negara kita. Kita tidak lagi mampu untuk meletakkan melayu itu sebagai Islam kerana jelas bahawa ramai dikalangan melayu yang telah murtad! Akan tetapi Allah tidak akan membiarkan agamaNya dihina dan terbiar. Allah menggantikan dengan penerimaan Islam dikalangan paderi kristian, dan golongan agamawan yang lain yang kurang yakin terhadap kabenaran agama mereka sendiri.

Ingatlah sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang tidak melaksanakan apa yang diperkatakan sebagaimana dalam firmanNya dalam surah As-Sof :

( يأيها الذين ءامنوا لما تقولون ما لا تفعلون * كبر مقتا عند الله أن تقولون ما لا تفعلون )

Semoga dengan peringatan yang tidak seberapa ini dapat kita bersama saling ingat-mengingati antara satu sama lain dalam kebenaran dan dalam kesabaran. Sebarang komen dan teguran boleh diajukan kepada ana ataupun terus kepada emel saya elhakim_elegant@yahoo.com atau di blog saya http://muthaqqafazhari8233.blogspot.com. Sekian untuk peringatan bersama.

Salam hormat penuh ta'zim. Wassalam.

Mahbub Mardhatillah,
ZuLmArWa

No comments: