Video Klip Pilihan

Friday, May 18, 2007

.:: Berterusan Walaupun Sedikit ::.

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum W.B.T. Syukur ke atas hadratnya atas kesempatan yg sedikit ini untuk melakar secebis mutiara buat ikutan kita bersama sebagaimana yang pernah dilaksanakan oleh Junjungan Besar S.A.W suatu ketika dahulu. Selawat dan Salam bersama kita utuskan agar kelak kita beroleh syafaat dari Baginda.

  • SEBAIK-BAIK solat itu adalah dilaksanakan pada AWAL WAKTU. SEBAIK-BAIK solat pada awal waktu itu adalah solat secara BERJEMAAH. SEBAIK-BAIK solat berjemaah itu adalah dilaksanakan di Rumah Allah (Masjid / Surau).
  • PERBANYAKKANLAH mengingati Allah pada setiap waktu dan ketika kerana itulah cara untuk kita mendekatkan diri denganNya sekaligus mengelakkan diri kita dari terjebak dengan perkara-perkara yang dimurkaiNya.
  • JAGALAH hati dan perasaan saudaramu kerana mungkin kerana sesuatu perkara yg tidak disukainya menyebabkan hubungan antara dua saudara itu akan renggang dan tidak serasi. BERUSAHALAH membahagiakannya dan berdoalah akan kejayaan untuknya setiap masa.
  • Jika kasih dilestarikan sayang semuanya indah di pandang mata. Tanda kasih yang abadi dalam senang jua dalam kesempitan.Terkadang kasih sayang sesama insan bisa mengundang KEREDHAAN ALLAH jika kita menghargainya dan memuliakannya.
  • Belajarlah BERTERIMA KASIH dan MENERIMA KASIH DAN SAYANG dari orang lain sebagaimana kita memahami konsep MEMAAFKAN DAN MEMINTA MAAF kepada orang lain agar diri sentiasa berada dalam kondisi yang tenang dan aman.
  • Sudah menjadi NALURI INSANI ingin menyayangi dan disayangi, merindui dan dirindui, mengasihi dan dikasihi sesama saudara se'Islam' selain sesama keluarga yang telah sedia berputik.
  • MANUSIA YANG LUAR BIASA bukan sahaja bisa memberikan manfaat kepada diri sendiri, bahkan bisa memberikan manfaat kepada orang lain dan ikutan ke arah kebaikan dalam apa jua perihal.
  • Berusahalah untuk MENANGIS walaupun pada permulaanya bukan untukNya. Namun lestarikan semampu mungkin semata-mata untukNya agar setiap titisan yang jatuh itu bisa menjauhkan jasad kita dari bahana api neraka.
  • Jadikan hari ini lebih baik dari semalam nescaya BERUNTUNGLAH. Sekiranya lebih teruk dari semalam nescaya CELAKALAH. Sekiranya tiada sebarang perubahan nescaya SIA-SIALAH.
Semoga taburan mutiara yang ku persembahkan buat kalian semua ini sedikit sebanyak memberikan 1001 keinsafan buat kita bersama. Juga bisa menjadi simpulan azimat agar tersemat rapi di ingatan dan jiwa kita bersama dalam melayari liku-liku kehidupan mendatang. Salam hormat buat kalian yang sekian lama memberikan sokongan buat diri ini terus thabat dalam perjuangan yang menjadi pilihanku juga kalian semua. Salam ta'zim semoga bersama meneruskan perjuangan yang tiada titik noktahnya selagi kalimah Allah masih rapuh di dada insani.


Cetusan Ilham Nurani,

MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa

No comments: