Video Klip Pilihan

Wednesday, September 05, 2007

.:: Mahasiswa dan AUKU ::.

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sidang pembaca yang senantiasa berada di bawah payungan rahmat dan redha Ilahi. Sejak akhir-akhir ini mahasiswa di Perlembahan Nil ini khususnya dikejutkan dengan berita megenai sumbangan sebanyak RM 27500 yang dipohon oleh wakil Kelab UMNO dari negeri Selangor dengan objektif dan matlamat yang tertentu untuk mencapai dan melaksanakan projek mereka. Apapun yang mereka ingin laksanakan dan telah lakukan semua itu tidak sepatutnya berlaku sebagaimana yang mereka sendiri harap-harapkan selaku wakil kerajaan negeri untuk menjaga kebajikan pelajar negeri masing-masing bukanlah menyusahkan, mengongkong dan menyekat pelajar dari melakukan aktiviti harian mereka selaku mahasiswa dan mahasiswi universiti yang menjadi pemangkin kepada pimpinan negara di masa mendatang.

Sewajarnya kita selaku mahasiswa dan mahasiswi sudah mampu untuk membuat keputusan sendiri dalam menentukan hala tuju kehidupan mereka dengan neraca timbangan ilmu yang telah dan sedang dituntut. Akan tetapi sebaliknya pula terjadi apabila pelajar-pelajar yang baru sampai disekat, dihalang dan dikawal bagaikan pelajar yang berada di sekolah menengah. Apa halnya yang berlaku sebenarnya? Mengapa perkara sebegini mesti berlaku pada masyarakat pelajar di universiti di Perlembahan Nil ini? Mengapa kerajaan ingin menyekat dan menghalang segala aktiviti pelajar supaya tidak terjebak dengan sebarang program dan aktiviti yang dilaksanakan oleh PMRAM? Adakah kerana PMRAM melaksanakan program yang berunsurkan Islamic? Entah saya merasakan mereka-mereka itu berfikiran terlalu sempit sehinggakan takut akan kehilangan kuasa dan lepasan Al-Azhar terutamanya akan menjadi penentang kuat mereka.

Segalanya adalah hak individu untuk menentukan kepercayaan mereka kepada sesiapa yang mereka percayai. Bukannya hak pegawai, kedutaan bahkan mana-mana persatuan lain untuk menghasut mahupun memaksa pelajar tertentu untuk mengikut dan menyokong mereka kelak di Malaysia. Dan yang pastinya PMRAM bukanlah sebuah persatuan dan badan yang diasaskan atas mana-mana parti politik tanah air mahupun Mesir sendiri akan tetapi sebagaimana yang kalian semua maklumi ianya merupakan sebuah persatuan induk yang sejak awal 1930 an dahulu menjaga kebajikan ahli dari pelbagai aspek selagi mana mereka berada di Ardul Kinanah ini. Mereka yang berada dibawah naungan PMRAM apabila pulang ke tanah air berhak membuat keputusan mereka untuk berada di atas platform parti mana yang mereka rasa sesuai dan setimpal dgn neraca timbangan ilmu mereka.

Berbalik kepada AUKU atau istilah panjangnya Akta Universiti dan Kolej Universiti yang berkuatkuasa di Malaysia sememangnya menghalang dan menyekat
keterlibatan mahasiswa dan mahasiswi dalam arena politik negara. Baru-baru ini kita disensasikan oleh rancangan tv negara jiran kita, Indonesia didalam rancangan Metro Kampus yang mana menyentuh soal AUKU. Berbanding dengan negara jiran, mereka melihat kebebasan dan aktiviti kepolitikan mahasiswa dan mahasiswi di Malaysia seumpama dengar, melihat dan patuh di atas segala percaturan politik yang berlaku tanpa diberikan peluang dan kuasa untuk masuk campur memberikan kritikan terhadap kerajaan yang memerintah sebagaimana negara jiran itu. Ada benarnya juga kalam mereka itu kerana golongan mahasiswa inilah merupakan pemangkin dan pelapis kepada generasi kepimpinan sekarang untuk menerajui kepimpinan akan datang.

Suasana kampus di Mesir pula tidaklah sedemikian. Seharusnya akta AUKU tersebut tidak sama sekali boleh dilaksanakan di Perlembahan Nil ini kerana berbeza dari segi suasana dan keadaan semasa Malaysia. Akan tetapi akta tersebut tetap digunapakai terhadap golongan kampus di Mesir ini. Oleh yang demikin, sewajarnya pihak kedutaan dan yang seumpama dengannya tidak sama sekali membenarkan sebarang kelab dan persatuan yang berbaur politik diasaskan di Ardul Kinanah ini. Akan tetapi atas alasan yang tidak masuk dek akal mereka berikan bahawa pertubuhan Kelab UMNO luar negara yang terpaksa saya sebut secara jelas diwujudkan atas alasan menyokong dasar kerajaan. Bukankah sama sahaja dengan platform berpolitik di Malaysia melalui penglibatan dan penyertaan ke atas kelab tersebut? Mereka yang menubuhkan akta tersebut mereka sendiri pula yang melanggar akta yang mereka sendiri war-warkan sebelum ini.

Adakah wajar perkara ini berlaku? Fikir-fikirkan dan muhasabah bersama kepincangan yang ketara berlaku dalam pentadbiran dan perlaksanaan yang mereka cipta sendiri. Kita semua telahpun matang dan dewasa dalam menentukan yang mana hak dan yang mana batil. Usah gadaikan maruah agama kerana material dan maddiyah yang ditawarkan kerana golongan ulama yang sebenar adalah mereka yang menyelamatkan diri mereka terutamanya dari dicampakan dan menjadi bahan api neraka kelak. Janganlah kerana kesempitan hidup agama yang menjadi taruhan kita yang terakhir. Golongan mahasiswa dan mahasiswi seharusnya sedar akan amanah yang bakal terpundak. Tidak mengira samada golongan agamawan terutamanya dan golongan ilmuan juga cendekiawan secara umumnya kita semua memikul amanah dan tanggungjawab mengubah dan mengembalikan politik ISLAM yang pernah diasaskan pada zaman Rasulullah dan para sahabat suatu ketika dahulu.

Fikir-fikirkan dan renungkan bersama untuk kemaslahatan ISLAM bukanlah politik, ekonomi juga sosial akan tetapi merangkumi kesemua aspek itu didalam ISLAM yang lengkap.

Nukilan Ilham Nurani,

MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa

No comments: