Video Klip Pilihan

Tuesday, January 30, 2007

.:: Muharram : Bulan Allah SWT dan peristiwanya ::.

Bulan Muharram adalah bulan yang pertama dalam kalendar hijriah yang dimuliakan oleh Allah Subhanahu Wa Taala selepas bulan Ramadhan maka hendaklah kita berpuasa pada bulan Muharram kerana bulan tersebut merupakan bulan Allah dan padanya juga Allah Subhanallhu Ta'ala menerima taubat satu kaum dan padanya juga Allah Subhanahu Wata'ala diterima taubat ke atas kaum yang lain sebagaimana yang dinyatakan dalam sebuah hadith Nabi S.A.W dalam sebuah kitab 'Fatwa Muasirah' karangan Dr. Yusof Al-Qardhawi jilid 1 mukasurat 403 apabila Baginda ditanya oleh seorang lelaki mengenai puasa yang sunat sabdanya :

إن كنت صائما بعد رمضان فصم المحرم فإنه شهر الله ، فيه يوم تاب الله على قوم ، ويتوب فيه على قوم آخرين

Dan kalau dilihat dalam kitab rujukan yang dinyatakan di atas sememangnya menyatakan kelebihan berpuasa di hari Asyura iaitu pada 10 Muharram yang cukup besar selepas bulan Ramadhan. Dalam hadith yang lain turut menyatakan tentang kelebihan hari Asyura.

رواه مسلم وغيره عن أبى قتادة قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : صوم يوم عرفة يكفر سنتين : ماضية ومستقبلة وصوم يوم عاشوراء يكفر سنة ماضية

Di sini kalau kita lihat berdasarkan hadith di atas sememangnya Muharram memberikan kelebihan yang cukup besar kepada sesiapa yang cenderung ke arah kebaikan dan kebajikan demi untuk mencapai redha Allah Subhanahu Wa Taala. Dalam pada itu ulama turut membahaskan adakah dosa yang telah lalu yang diampunkan itu adakah termasuk dosa-dosa besar? Lalu dijawab oleh Sheikh Yusof Al-Qardhawi bahawasanya hadith tersebut tidak tertakluk kepada dosa besar atau dosa kecil. Tetapi ada dikalangan ulama yang mengaitkannya dengan dosa yang kecil dengan dikuatkan dengan hadith lain yang diriwayatkan dalam Shahih Muslim juga yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah dalam Sabda Nabi S.A.W :

الصلوات الخمس والجمعة الى الجمعة ورمضان الى رمضان مكفرات ما بينهن إذا اجتنب الكبائر

أو كما قال النبى صلى الله عليه وسلم


Walau apapun perbahasan ulama mengenai hadith tersebut namun Allah Subhanahu Wa Taala tetap akan mengampunkan segala dosa-dosa hambanya selagi mana hambanya itu tidak melakukan dosa yang besar dan dan sentiasa bertaubat memohon keampunan disamping melakukan amalan-amalan yang yang boleh membantu untuk mendapatkan keampunanNya seperti menunaikan solat-solat sunat, bersedekah, menunaikan haji, umrah, berpuasa dan sebagainya sebagaimana yang termaktub di dalam Mukjizat teragung Nabi S.A.W, firman Allah S.W.T :

إن الحسنات يذهبن السيئات

Dan bersabda Nabi S.A.W:

وأتبع السيئة الحسنة تمحها


Apa yang dapat disimpulkan di sini melalui penerangan sebentar tadi perlunya perlaksanaan setiap amalan kebajikan yang dilakukan itu selagi mana tidak terlibat dalam kancah dosa-dosa besar maka di sana akan terhapuslah segala dosa-dosa kecil tidak mengira masa mahupun keadaan tertentu cuma Nabi S.A.W menjelaskan mengenai kelebihan yang lebih bernilai pada bulan Muharram.

Namun begitu, apa yang ingin saya kongsikan bersama sahabat-sahabat seperjuangan se'Akidah' dan Iman mengenai peristiwa disebalik Muharram iaitu berkaitan dengan berpuasa Asyura yang mana terdapat percanggahan apabila berlaku persamaan dengan puasa Asyura juga diamalkan oleh ahli-ahli kitab di kalangan yahudi dan nasrani sebagai tanda pengagungan mereka terhadap kaabah. Sedikit sebanyak perkara ini memberikan nilai tambah thaqafah yang tidak semua diantara kita yang mengetahuinya dan mengkajinya. Yang mana kalau dilihat dalam kitab rujukan yang sama dan sepanjang pengetahuan saya dalam mengikuti ceramah agama.

Pendirian Yahudi terhadap puasa Asyura.

جاء فى الحديث : أن النبى صلى الله عليه وسلم حين قدم المدينة وجد اليهود يصومون عاشوراء, فصام وأمر بصيامه

Hadith yang dibentangkan di atas adalah hadith yang disepakati diriwayatkan oleh Ibnu Abbas yang mana diceritakan ketika mana Nabi S.A.W tiba di Madinah Munawwarah maka Baginda S.A.W melihat orang yahudi berpuasa pada hari Asyura lalu Baginda S.A.W berkata : Apakah ini? Maka mereka berkata : Hari yang penuh dgn kebaikan di mana Allah S.W.T telah menyelamatkan padanya Nabi Musa A.S dan Bani Israel daripada musuhnya iaitu Firaun dan tenteranya, maka berpuasalah Nabi Musa A.S. Maka Nabi S.A.W berkata bersabda : aku lebih berhak bersama Musa A.S daripada kamu. Maka Baginda S.A.W berpuasa dan mengarahkan supaya umatnya turut berpuasa.

Apa yang kita perhatikan di sini berdasarkan peristiwa Nabi S.A.W itu bahawasanya arahan berpuasa ini bukanlah bermaksud Islam mengikut kepada Yahudi tetapi sebagai menetapkan dan menguatkan syariat yang pernah di lakukan oleh Nabi Musa A.S yang mana menunjukkan agama Allah itu satu tiada duanya selain Islam semenjak dahulu sehinggalah sekarang juga menyambung dan menguatkan segala syariat yang pernah dilaksanakan oleh umat dan nabi terdahulu kerana para anbia' alaihimussalam adalah utusan Allah S.W.T yang membawa risalah yang sama iaitu Islam yang suci. Maka arahan dari Nabi S.A.W di sini adalaha sebagaimana arahan Nabi Musa A.S sebagai menguatkan syariat yang terdahulu.

Dalam peristiwa yang lain juga ada riwayat lain menyatakan bahawa pada hari Asyura ini jugalah Nabi Nuh A.S diselamatkan oleh Allah S.W.T dari banjir besar yang menimpa umatnya sebagai balasan terhadap pengingkaran mereka terhadap risalah yang dibawa oleh utusan Allah S.W.T terhadap mereka. Sehinggalah kapal Nabi Nuh A.S mendarat di atas Gunung Juudi sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas. Maka berpuasalah Nabi Nuh A.S sebagai tanda kesyukuran.

Dalam hadith yang lain juga turut menyatakan mengenai pendirian Nabi S.A.W terhadap Yahudi tentang puasa Asyura ini. Maka selepas itu lantas Nabi S.A.W bersabda agar berpuasa lah pada hari Asyura dan berpalinglah dari yahudi dengan berpuasa sehari sebelumnya dan seha selepasnya berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad :

صوموا يوم عاشوراء, وخالفوا اليهود, وصوموا قبله يوما وبعده يوما

Akan tetapi ada di sana hadith lain yang mana menyatakan bahawa ketika mana ada sahabat yang bertanya perkarta yang sama lalu di jawab oleh Nabi S.A.W : Sekiranya berjumpa pada tahun seterusnya dengan izin Allah S.W.T kita akan berpuasa pada 9 Muharram. Akan tetapi sebelum sempat datangnya Muharram tahun berikutnya, Nabi S.A.W telah selamat bertemu Kekasihnya, Allah S.W.T.

Yang rajih dan sahihnya berdasarkan kefahaman Sheikh Yusof Al-Qardhawi dan rujukan hadith-hadith nabawi yang lain, sebenarnya tidaklah Nabi S.A.W menjawab sekadar berpuasa pada hari Asyura. Bahkan dikuatkan dan ditambah dengan berpuasa pada sebelumnya iaitu pada 9 Muharram untuk membezakan antara amalan ahli kitab.

Kesimpulannya sebagaimana yang disampaikan oleh Ibnu Al-Qayyim : Martabat puasa Asyura itu 3 : Yang paling sempurna adalah dengan berpuasa sebelumnya dan selepasnya sehari, seterusnya hanya dengan berpuasa pada 9 dan 10 Muharram sahaja, martabat ini adalah paling banyak diriwayatkan didalam hadith dan yang terakhir adalah hanya berpuasa pada hari Asyura sahaja.

Cukuplah sekadar ini penerangan mengenai kelebihan dan peristiwa disebalik bulan Muharram khususnya yang berkait dengan Asyura. Sebarang komen boleh dirujuk dalam kitab 'Fatwa Muasirah' karangan Dr. Sheikh Al-Qardhawi dalam jilid 1. Segala yang baik itu adalah datangya dari Allah S.W.T dan yang buruk itu adalah dari penulis sendiri. Akan tetapi hakikat kedua-duanya itu adalah milik Allah S.W.T mutlak.

Salam thaqafah ukhuwah berbunga kiambang bertaut.

MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa




Friday, January 26, 2007

.:: 12 Barisan di akhirat kelak ::.

Suatu ketika, Muaz b Jabal r.a mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: "Wahai
Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT:

"Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris" Surah an-Naba':18
Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan airmata. Lalu menjawab:

"Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan diiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing
dengan pembawaan mereka sendiri...." Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-


.::BARISAN PERTAMA::.


Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:
"Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


.::BARISAN KEDUA::.


Diiring dari kubur berbentuk babi hutan.Datanglah suara dari sisi Allah YangMaha Pengasih:
"Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


.::BARISAN KETIGA::.

Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking.
"Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


.::BARISAN KEEMPAT::.

Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka.
"Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jual beli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka..."


.::BARISAN KELIMA::.


Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar.
"Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


.::BARISAN KEENAM::.


Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan.
"Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


.::BARISAN KETUJUH::.


Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah.
"Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran,maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


.::BARISAN KELAPAN::.


Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.
"Mereka adalah orang yang berbuat zina,maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


.::BARISAN KESEMBILAN::.

Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh.
"Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


.::BARISAN KESEPULUH::.

Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta.
"Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


.::BARISAN KESEBELAS::.


Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran.
"Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


.::BARISAN KEDUA BELAS::.


Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan:
"Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat.

ALLAHUMMAJ 'ALNA MINAT TAWWABIN WAJ 'ALNA MINAL MUTATAHHIRIN


SaLaM PeRiNgAtAn BuAt SaHaBaT SeKaLiAn.
ZuLmArWa

.:: Panduan mencari sahabat menurut Imam Syafiee R.A::.

IMAM Al-Syafie banyak memberi pedoman dalam memilih kawan. Beliau juga mengakui sukar mencari sahabat sejati yang mahu berkongsi suka duka bersama.

Ketika menilai sahabat sejati pada waktu susah, katanya: “Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan.

“Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah.”
“Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku.

“Kukunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia.”
Imam Al-Syafie turut meminta kita berhati-hati memilih sahabat kerana sahabat yang baik akan membawa ke arah kebaikan dan begitu sebaliknya.

Katanya: “Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya.

“Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirehat.
“Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras.

“Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tidak sopan.

“Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya,tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.
“Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai.

“Dia akan memungkiri jalinan cinta yang terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia.”

Seseorang itu juga dapat menundukkan musuhnya dengan menunjukkan rasa persahabatan.
Imam Al-Syafie dalam hal ini berkata: “Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan.

“Ketika musuhku berada di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan.

“Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada orang yang kubenci, seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yangkucintai.”

MaHbUbU MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa

.:: Perkasakan kembali benteng pertahanan ::.

Salam ta'zim ukhuwah bertaut kasih. Mengharapkan Redha Ilahi semata. Berpaksikan keimanan dihiasi bersama taburan ketakwaan. Berteraskan landasan Al-Quran sepanjang zaman bertatahkan As-Sunnah penerang jalan kehidupan ke arah mardhatillah. Selama hampir sebulan aku bertungkus lumus menghadapi peperangan demi memastikan setakat mana kekuatan aku setelah aku mempelajari dan mendalami ilmu-ilmu di peringkat ke-3 ini. Bukan senang untuk mencapai sehingga ke tahap ini. Memang apa yang ingin kita capai itu tidaklah seindah seperti yang kita impikan dan kita bayangkan. Kerana apa teknik dan pencapaian kita ketika menuntut ilmu di Universiti Al-Azhar ini bukan seperti di universiti-universiti tempatan di negara kita mahupun di luar negara yang lain yang mana di sana kita akan dididik untuk mendisiplinkan diri dengan peraturan yang termaktub dalam polisi setiap daripada universiti yang tersebut. Bahkan untuk setiap mahasiswa/siswi yang ingin mendapatkan kejayan yang cemerlang begitu mudah dengan markah kehadiran yang penuh, melaksanakan setiap teisis yang di arahkan dan sebagainya yang banyak memberikan markah tambahan ke arah kecemerlangan.

Akan tetapi Al-Azhar tidak tidaklah sedemikian. Di sini penuntut tidak dilatih untuk mendisiplinkan diri. Bukan kerana Al Azhar tiada peraturan mahupun disiplin akan tetapi situasi kuantiti penuntut yang mencapai hampir 10,000 membuatkan Al-Azhar tidak mampu untuk mengawal keseluruhan disiplin penuntut hatta penuntut dari anak jati mesir sendiri. Demikian itu jugalah menyebabkan pentadbiran Al-Azhar tidak mampu untuk mengambil kedatangan setiap penuntut yang menuntut di universiti tersebut. Segalanya bergantung kepada usaha, kegigihan, dan kesungguhan penuntut itu sendiri untuk menguasai segala ilmu yang berada di kuliah mahupun di luar kuliah yang pelbagai memerlukan kepada keinginan dan keazaman diri penuntut itu sendiri.

Namun begitu, walau apapun yang diketahui dan sedia maklum pada setiap azhari Malaysia khususnya kita sewajarnya tidak manjadikan alasan kegagalan dalam peperiksaan itu adalah atas nasib dan takdir semata. Kerana setiap takdir yang tertulis yang mana bisa berubah dari sesuatu yang buruk kepada kabaikan dalam ertikata yang lain takdir yang mampu diubah dengan usaha, doa dan tawakal. Bukan takdir yang sememangnya sudah termaktub dalam Luh Mahfuz. Sesungguhnya Allah tidak akan menzalimi hambanya yang taat, patuh dan ikhlas akan tetapi segala keburukan itu hendaklah diletakkan pada diri kita sendiri walaupun sememangnya kebaikan dan keburukan itu datangya dari Allah.

Sebenarnya perjuangan aku ini belum selesai lagi. Walaupun aku dah selesai peperiksaan hari ini, akan tetapi aku diberikan peluang untuk mendalami dengan sedalam-dalamnya asalib dan afkar raisiah dengan mampan lagi teratur untuk menghadapi peperangan yang lebih kepada mencabar kerana aku akan berhadapan ahli zikri untuk mendalami dan mengenal pasti tahap penguasaan aku pada bidang yang aku ceburi ini. walau apa jua keadaan sekalipun kita selaku penuntut ilmu Allah yang murni lagi luhur bak salju perlulah mempersiapkan diri kita dengan segala asalib ilmiah diniah lebih-lebih lagi dalam aspek akidah, syariah dan seterusnya akhlak yang akan melengkapkan keseluruhan kehidupan dengan aman, damai, tenteram. Bersama kita berusaha ke arah itu.

Chaiyok chaiyok! Aja aja fighting!

Mahbub Mardhatillah,
ZuLmArWa

Friday, January 19, 2007

.:: Kullu 'Am Waantum Bikhair - Salam Tahun Baru 1428 Hijrah ::.

"Ya Allah Wahai Tuhan Sekalian Alam.Ku bermohon dengan zatMu, ENGKAU ampunkanlah dosa-dosa kami pada tahun lepas dan tahun sebelumnya. Kami bermohon dengan kelebihan Asmaul Husna-Mu agar tahun baru ini kami dapat meningkatkan keimanan, ketakwaan, keikhlasan, amalan dan kesyukuran kami supaya ianya lebih baik dari tahun-tahun yang lepas.Dengan Rahmat & Kasih SayangMu Ya Allah. Amin Ya Rabbal Alamin.... Hanya kepadamulah kami bermohon dan kami berserah..."

Mahbub Mardhatillah,
ZuLmArWa


.:: Pengorbanan Satu Tuntutan Dalam Islam ::.

Assalamualaikum w.b.t kepada kalian. Selawat dan salam sentiasa dititipkan buat Junjungan Besar S.A.W atas segala penat lelah baginda demi umatnya. Sama-samala kita mensyukuri dan menghayati pengorbanan baginda lantas kita pantulkan kembali kepad adiri kita agar mengekori langkah itu walau tidak semua akan tetapi perlulah menjadi pandua kita dalam menongkah kancah kehidupan yang semakin mencabar lagi bergelora. Segalanya memerlukan pengorbanan. Bukan sekadar kita menghayati pengorbanan dalam sesebuah peristiwa lebih-lebih lagi pengorbanan yang dilalui par anbia' terdahulu dalam menyeru umat mereka kepada Tauhid dan kembali ke jalan yang sebenar-benarnya akan tetapi sewajarnya kita berusaha kearah itu kerana kita di pilih oleh Allah untuk meneruskan perjuangan yang beronak liku itu disertai dengan keikhlasan, pengorbanan yang jitu. Semoga Nukilan yang tidak seberapa ini mampu membangkitkan semangat kita kembali untuk bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu Allah walau di mana jua kita berada untuk kita kembali kepada masyarakat kita kelak dalam keadan yang benar-benar bersedia dengan izinNya. Salam Imtihan. Semoga imtihan kali ini menjadikan kita lebih ihtimam untuk menguji tahap pemahaman kita terhadap sesuatu ilmu setakat yang telah dipelajari. Doakan agar kejayaan milik kita bersama.



Mahbub Mardhatillah,
ZuLmArWa

.:: Dugaan Seorang Pejuang Fisabilillah ::.


Salam ta'zim kehadapan semua sahabat sidang pembaca sekalian. Alhamdulillah, setinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Maha Pencipta yang berkuasa terhadap tiap-tiap sesuatu. Selawat dan salam di hadiahkan kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W kerana dengan segala penat lelah tanpa jemu baginda berserta para sahabat kita dapat menikmati nikmat Iman dan Islam yang begitu besar nilainya disisi seorang mu'min. Aku pun turut memanjatkan setinggi kesyukuran kerana DIA masih memberi peluang kepada aku untuk meneruskan kehidupan untuk terus berbakti kepadaNya walaupun aku baru sahaja kebah dari satu ujian berupa demam diikuti pening kepala yang teramat sakit. Alhamdulillah demam dah mula kebah. Cuma pening kepala dan batuk yang masih belum kebah lagi. Biasalah bagi seorang yang bergelar pejuang fisabilllah memang akan diuji bilamana kita telah mencapai satu tahap maka kita akan diuji di tahap yang seterusnya. Menuntut ilmu adalah salah satu cabang jihad fisabilillah yang kecil. Akan tetapi cukup besar kedudukannya di sisi Allah sehingga mana Nabi S.A.W sendiri bersabda yang mana mafhumnya orang yang menuntut ilmu itu adalah fisabilillah sehinggalah dia pulang ke negaranya@masyarakatnya. Begitu besar ganjaran kita selaku penuntut ilmu Allah ini. Tetapi apa yang cukup aku kesalkan setelah mana mendengar, memerhati dan melihat sendiri situasi azhari khususnya pelajar Johor yang baru sampai di Kaherah, aku dapati mereka lebih mementingkan kelompok mereka dan tidak bercampur dengan senior-senior yang lain. Kalau macam aku ni tak kisah sangat. Bagi aku kalau diorang tak nak mulakan aku mulakan. Yelah kadangkala dalam sesuatu perkara kita perlu mengalah. Perlu mengetepikan ego kita. Sama-samalah kita bermuhasabah demi kebaikan kita bersama dan tidak menyalahkan satu pihak semata-mata. Seterusnya apa yang ingin aku sentuh adalah mengenai perjalanan usrah. Apa yang aku dengar dari seseorang yang cukup bengang dengan sikap segelintir sahabatnya yang mengambil sambil lewa terhadap usrah dengan alasan mereka datang sini nak belajar semata-mata. Ya Allah bukakanlah hati mereka untuk memahami tujuan sebenar usrah itu sendiri diadakan dan kepentingannya. Insyaallah pada Islamic Circle (IC) yang akan diadakan semata-mata untukmemberikan penerangan kepada mereka tentang tujuan dan kepentingan usrah itu sendiri. Apa yang menjada harapan aku dan saf kepimpinan BKPJM khususnya agar ukhuwah sesama kita akan berterusan dan tidak akan lenyap semata-mata kerana ada diantara kita yang menganggap kedatangan mereka ke sini adalah untuk belajar semata-mata. Perbetulkan niat kita dan sama-sama kita rebut peluang-peluang ilmu yang bukan hanya terdapat di kuliah sahaja tanpa kita menitik beratkan soal ukhwah sesama kita yang mana sangat diambil berat oleh ulama-ulama terkemuka seperti Imam Hasan Imam Al-Ghazali dan banyak lagi. Oleh itu sama-sama kita menghidupkan biah solehah yang pernah wujud suatu ketika dahulu di zaman kegemilangan Islam.

MaHbUbU MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa

Thursday, January 18, 2007

.:: Bersama Hidupkan Biah Solehah ::.

10 Wasiat Imam As-Syahid Hassan Al-Banna
  • Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walau bagaimana keadaan sekalipun.
  • Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu,pergilah ke majlis- majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.
  • Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya Syiar Islam.
  • Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara,sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.
  • Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
  • Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
  • Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu rasmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
  • Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.
  • Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.
  • Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.

SaLaM PeRjUaNgAn,

ZuLmArWa

.:: Structure Of Kaabah ::.






SaLaM iMtIhAn 2007,
ZuLmArWa

.:: Azimat Ibunda - Far East : Halawatul Iman ::.

Langit tirmizi menghantar dirimu
Menuju jalan pulang
Hari- hari indah bersamamu
Bertabur di tanah kenangan

Wajah berona simpati
Kau tatapi
Buat kali terakhir
Sedih dan sayu dari kamar akhlak
Mengundang airmata

Hanya rindu dan doa buatmu
Semoga kau tenang dan bahagia
Agar syurga menjadi milikmu
Bukan hanya di telapak kakimu

Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ayah ibu

Menumpang di segenap ruang
Yang ada di lubuk berkasihan
Begitu indah setiap detik
Di dalam rahimmu

Sehingga teramat asyik
Setiap saat di pangkuanmu
Keperitan itu
Kau rasa indah demi anakmu

Setitis airmata ibu
Yang gugur kerana kesedihan
Segaris luka di hati ibu
Kerna kederhakaan

Tertutup pintu syurga
Jika tiada keampunannya
Azimat ini ku tanam
Di lubuk hati yang dalam

Di tirai malam aku bersandarkan
Pada dinding kepiluan
Bersenandungkan merdu suara anak
Terlena di rajuk dan rindu

Tiada yang terindah di dunia
Dapat menggantikanmu
Pilihan yang terbaik takkan dapat
Mengisi lorong hatiku


Mahbub Mardhatillah,
ZuLmArWa

.:: Menanti di Barzakh - Far East : Halawatul Iman ::.

Ku merintihAku menangis
Ku meratap
Aku mengharap
Ku meminta
Dihidupkan semula
Agar dapat kembali
Ke dunia nyata

Perjalanan lumpur
Melengkapi sebuah kembara
Singgah ke rahim bonda
Sebelum menjejak ke dunia

Menanti di barzakh
Sebelum berangkat ke mahsyar
Diperhitung amalan
Penentu syurga atau sebaliknya

Tanah yang basah berwarna merah
Semerah mawar dan juga rindu
Tujuh langkah pun baru berlalu
Seusai talqin bernada syahdu

Tenang dan damai di pusaraku
Nisan batu menjadi tugu
Namun tak siapa pun tahu resah
Penantianku

Terbangkitnya aku
Dari sebuah kematian
Seakan ku dengari
Tangis mereka yang ku tinggalkan

Kehidupan di sini
Bukan suatu khayalan
Tetapi ia suatu hal kejadian

Kembali roh kembali
Kembalilah ke dalam diri
Sendirian sendiri
Sendiri bertemankan sepi

Hanya kain putih yang
Membaluti tubuhku
Terkujur dan kaku
Jasad di dalam keranda kayu

Ajal yang datang di muka pintu
Tiada siapa yang memberitahu
Tiada siapa pun dapat hindari
Tiada siapa yang terkecuali

Lemah jemari nafas terhenti
Tidak tergambar sakitnya mati
Cukup sekali
Tak sanggup untuk ku mengulangi

Jantung berdegup kencang
Menantikan malaikat datang
Menggigil ketakutan
Gelap pekat di pandangan

Selama ini diceritakan
Kini aku merasakan
Di alam barzakh
Jasad dikebumikan


Mahbubu Mardahatillah,
ZuLmArWa

.:: Mutiara Kata - Pedoman Bersama ::.

  • Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda : " Tiada seorang Muslim yang tiba padanya waktu solat fardhu lalu dia menyempurnakan wudhuk & khusyuk serta rukuk sujudnya menjadi penebus dosanya yang telah lalu selama mana dia tidak berbuat dosa besar & yang demikian itu sepanjang masa," riwayat Muslim dari Uthman R.A.

  • Sabda Nabi S.A.W :"Nikah adalah sunnahku maka sesiapa yang tidak melakukan sunnahku bukanlah daripada golonganku."

  • Bertakwalah kepada Allah, dirikanlah solat, bayarlah zakat, kerjakanlah haji di Baitullah & buatlah umrah, berbaktilah akan kedua org tuamu.

  • Dari Sahabat Anas R.A :"Dinamakan bulan ini dgn bulan Ramadhan kerana dapat melupuskan dosa."

  • Berkata yang baik itu mudah tapi membuat perkara yang baik itu susah.Yng paling susah ialah ikhlas dalam membuat perkara yang baik.

  • Seorang yang pemaaf, Allah akan menambahkan kemuliaannya, seorang yang tawaduk kepada Allah maka Allah menaikkan darjatnya.

  • Hormatilah kedua org tuamu, berbaktilah akan kedua org tuamu. Jgnlah kamu mengangkatkan suara di sisi mereka.

  • Sesungguhnya amalan sedekah & silaturrahim adalah 2 perkara yang boleh menyebabkan Allah menambahkan umur seseorang.

  • Apabila salah seorang kamu berdoa hendaklah dia memulanya dengan memuji Tuhannya kemudian selawat S.A.W setelah itu baru dia berdoa menurut kehendaknya.

  • Sesiapa yang sentiasa mengingat-Ku & memohon pada-Ku akan aku berikan sesuatu yang lebih baik dari apa yang dia minta.

  • Didiklah keluargamu, berbelanjalah hartamu ke atas mereka. Jangan kamu tinggikan lidahmu terhadap mereka. Takutkanlah mereka pada zat Allah.

  • Siapa yang merendahkan dirinya kerana Allah nescaya akan diangkat oleh Allah. Siapa yang menyombong nescaya akan direndahkan oleh Allah.Siapa yang sederhana nescaya akan dikayakan oleh Allah. Siapa yang membazir nescaya akan dimiskinkan oleh Allah.Dan siapa yang banyak berzikir nescaya akan dicintai oleh Allah.
MaHbUbU MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa

Tuesday, January 16, 2007

.:: Salam Ukhuwah Kiambang Bertaut Kembali ::.

Assalamualaikum.... Kaifa halukum jamian al-an?Kaifa imtihanukum?La'allahu yusahhillana bittaufiqihi wannajah. Amin ya robbal alamin. Alhamdulillah kesyukuran dirafa'kan setingginya terhadap Tuhan sekalian makhluk Allah Subhanahu Wa Taala. Juga selawat dan salam di hadiahkan terhadap Junjungan Besar Nabi S.A.W atas segala penat lelah baginda selama 23 tahun dalam menyebarkan aqidah yang suci lagi murni sehingga kita dapat merasai kemanisan iman dan dan Islam yang begitu manis sekiranya kita menghayati setiap amalan yang difardhukan kepada kita dengan penuh ikhlas dan tawadhu semata-mata untuk mencapai keredhaan Allah selama mana kita masih diberikan kesempatan di dunia yang fana. Walau apa jua ujian yang melanda kita juga terhadap masyarakat kita di Tanah Air sekarang yang ditimpa bencana banjir yang tidak berkesudahan. Yang mana kalau kita lihat dari kacamata Islam ia bukanlah merupakan bencana alam semata-mata tetapi merupakan satu peringatan terhadap umat Islam di Malaysia khususnya dan dunia Islam amnya. Haruslah kita semua mengambil iktibar dari apa yang sedang diturunkan oleh Allah terhadap umat Islam yang bakal kita hadapi selaku da'ie yang menuntut ilmu Allah untuk menyeru mereka kembali kepada Allah dan berpegang teguh dengan Quran dan Sunnah tanpa sangsi walau sedikitpun.

Dan kalau kita lihat antara faktor yang lain yang mana keadaan sosial masyarakat Islam di tanah air kita bukan lagi berada di tahap yang biasa akan tetapi telah berada di tahap yang kritikal. Janganlah sampai janji Allah seperti yang termaktub di dalam Al-Quran akan berulang kembali akibat ingkarnya mereka terhadap hukum Allah. Yang mana kalau kita lihat tahap akidah di Tanah Air kita sudah hampir lumpuh akibat fenomena murtad yang semakin menjadi-jadi tanpa satu pencegahan dari pihak yang bertanggungjawab. Apakah ini yang kita inginkan dan impikan selama ini sebuah negara yang aman dan damai dengan pelaksanaan segala Ibadah dalam kondisi yang penuh khusyuk akan tercabut dengan fenomena yang rosak ini? Ingatlah bahawasanya Allah akan menukarkan sesuatu kaum itu dengan kaum yang lebih baik seandainya kaum yang sedia ada tidak taat dengan segala perintah dan arahanNya seperti yang termaktub dalam Alquran.(Boleh rujuk dalam fehres alquran)

Dalam masa yang sama peranan ulama yang sedia ada yang bersama-sama menyokong pihak atasan terkunci mulut mereka dari memperkatakan mengenai kebenaran dan menegakkannya. Malah institusi dan peranan agama diperkecilkan skopnya hanya dikhususkan kepada perkara-perkara tertentu dan untuk melaksanakan perkara tersebut pun perlu mendapat keizinan dari pihak atasan tersebut. Mengapa urusan agama dalam menegakkan kebenaran yang nyata menyeleweng perlu mendapat keizinan dari mereka sedangkan sudah nyata kemungkaran? Kalau kita rujuk dalam pengajian Usuluddin di Universiti Al-Azhar dalam bidang dakwah yang mana di sana digariskan bahawasanya antara usul dakwah bagi seorang da'ie
hendaklah jauh dari komplot atau berhubungan dengan pihak pemerintah.(Boleh rujuk kitab usul dakwah thn 3 syu'bah dakwah kuliah usuluddin Kaherah)

Kemanakah perginya laungan-laungan negara Islam yang diwar-warkan selama ini? Apakah cukup hanya dengan canangan sebuah sistem negara Islam akan tetapi perlaksanaan di dalamnya kosong habuk pun tiada! Memang sesungguhnya kita tidak menafikan sesungguhnya dalam perlaksanaan sesuatu dengan sistem Ilam itu memerlukan tadrij supaya masyarakat yang kurang mendalami agama dapat menerimanya sedikit demi sedikit. Tetapi kalau kita lihat bagaikan tiada sesuatu usaha untuk memperbaiki institusi Islam dari aspek muamalahnya(kurang ditekankan), sosial yang semakin lumpuh dan akidah yang semakin samar dikalangan masyarakat negara kita. Kita tidak lagi mampu untuk meletakkan melayu itu sebagai Islam kerana jelas bahawa ramai dikalangan melayu yang telah murtad! Akan tetapi Allah tidak akan membiarkan agamaNya dihina dan terbiar. Allah menggantikan dengan penerimaan Islam dikalangan paderi kristian, dan golongan agamawan yang lain yang kurang yakin terhadap kabenaran agama mereka sendiri.

Ingatlah sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang tidak melaksanakan apa yang diperkatakan sebagaimana dalam firmanNya dalam surah As-Sof :

( يأيها الذين ءامنوا لما تقولون ما لا تفعلون * كبر مقتا عند الله أن تقولون ما لا تفعلون )

Semoga dengan peringatan yang tidak seberapa ini dapat kita bersama saling ingat-mengingati antara satu sama lain dalam kebenaran dan dalam kesabaran. Sebarang komen dan teguran boleh diajukan kepada ana ataupun terus kepada emel saya elhakim_elegant@yahoo.com atau di blog saya http://muthaqqafazhari8233.blogspot.com. Sekian untuk peringatan bersama.

Salam hormat penuh ta'zim. Wassalam.

Mahbub Mardhatillah,
ZuLmArWa