بسم الله الرحمن الرحيم
Pertamanya penulis memohon jutaan kemaafan kepada semua sahabat kerana entri kali ini agak kelewatan untuk dikongsi bersama lantas menjadi amalan yang perlu dipertahankan sebagai seorabg pembela. Ala kulli hal, penulis berasa amat bersyukur ke hadratNYA kerana masih diberikan kesempatan ruang dan masa untuk penulis melakar sebuah perkongsian sebagai panduan kita bersama. Mungkin entri yang agak pendek di sekitar memperingati hari kelahiran JUNJUNGAN BESAR NABI SAW.
Sekiranya dilihat perbahasan ulama berkenaan dengan tarikh kelahiran INSAN TERAGUNG ini terdapat 2 pandangan yang paling banyak disepakati ulama. Tarikhnya adalah pada 9 Rabiul Awal yang jatuh pada hari ini dan juga 12 Rabiul Awal yang digunapakai bahkan dipegang oleh kebanyakan ulama dan masyarakat umum. Untuk tidak memanjangkan perbahasan berkenaan tarikh kelahiran PENGHULU SEKALIAN MAKHLUK ini, maka cukup diambil 2 tarikh yang diterima pakai oleh kebanyakan ulama sejak dahulu sehingga ke hari ini.
Penulis tidak berhasrat untuk bercerita secara lanjut berkenaan dengan sekitar sambutan hari kelahiran PENGHULU PARA NABI dan RASUL ini. Perkara ini jelas bukanlah sesuatu yang bertentangan untuk disambut sebagai tanda cinta, sayang, rindu, dan kasih umatnya terhadap NABInya yang merupakan makhluk terbaik di sisi RABBUL IZZATI.
Apakah sambutan memperingati JUNJUNGAN BESAR NABI SAW ini dianggap sebagai suatu yang bersalahan dengan SYARIAT ISLAMIAH kerana tidak pernah diadakan pada zaman sebelumnya? Lebih-lebih lagi sambutan memperingati kelahiran Sultan, Raja, pemimpin bahkan hari kelahiran mereka yang masih hidup tidak pula diisytiharkan sebagai sesuatu yang bersalahan dengan tuntutan Syara'!
Sekiranya sambutan memperingati hari kelahiran JUNJUNGAN BESAR NABI SAW ini tidak diraikan apakah kita mampu menjamin generasi akan datang benar-benar mengenang dan menghayati setiap langkah perjuangan dan perjalanan INSAN TERAGUNG yang dikasihi ALLAH ini? Jawapannya semestinya tidak memandangkan fenomena mendatang yang menyaksikan masyarakat terus terleka dengan keduniaan tanpa batasan ini.
Cukup sekadar ini dulu sedikit perkongsian yang mampu penulis aturkan buat tatapan semua tatkala mengenang saat kelahiran KEKASIH ALLAH yang menerangi segenap ruang alam semesta. Janganlah kiranya ingatan kita kepada RASULULLAH SAW ini hanya tertakluk pada hari dan bulan kelahiran BAGINDA semata-mata. Bahkan sewajibnya ingatan kita kepadanya berterusan berbentuk selawat setiap hari serta melalui pembacaan berkaitan sirah perjuangan dan perjalanan hidup UTUSAN TERAKHIR yang penuh ironinya untuk diikuti dalam gerakan dakwah ISLAMIAH.
Disamping itu juga, penulis menukilkan kembali kalam seorang sahabat penulis selaku pembentang berkenaan perbahasan MAULID NABI SAW ini untuk kita sama-sama meraikan hari kelahiran JUNJUNGAN BESAR NABI SAW dengan berpuasa sunat pada 2 hari yang menjadi titik perselisihan tarikh kelahiran BAGINDA SAW kerana BAGINDA SAW dalam sebuah hadith diriwayatkan bahawa BAGINDA SAW meraikan hari kelahirannya sendiri dengan berpuasa sunat.
Semoga dengan apa jua cara yang kita lakukan untuk membela sunnah RASULULLAH SAW dengan membela habis-habisan segala perkara baru yang baik untuk menunjukkan rasa cinta, sayang, kasih dan rindu kita kepadanya yang akhirnya menandakan kita cinta, sayang, kasih dan cinta kepada RABBUL JALIL. Semoga sentuhan ringkas ini mampu menaikkan semangat kita untuk terus memperjuangan sunnah INSAN TERAGUNG ini dalam apa jua keadaan kerana ALLAH demi ISLAM jua.
Kata Muthaqqaf : Salam MAULIDUR RASUL 1430. Semoga setiap langkah perjuangan RASULULLAH SAW yang merangkumi segala aspek kehidupan menjadi inspirasi dan aspirasi utama dalam menggapai redha ILAHI demi memperjuangkan ISLAM selagi nadi masih berdegup, selagi darah masih mengalir, selagi nyawa masih di jasad.
Nukilan Ilham Nurani,
MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa
No comments:
Post a Comment