Video Klip Pilihan

Monday, June 01, 2009

|| UMNO/BN : Sudah-Sudahlah Tu ||

بسم الله الرحمن الرحيم

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Dr. Mansor Othman yang memenangi pilihanraya Penanti yang menyaksikan pertandingan 4 penjuru berhadapan 3 calon bebas. Dr. Mansor yang merupakan calon PKR dari Pakatan Rakyat menang hampir majoriti sebanyak 6, 052 undian dari keseluruhan 7, 100 pengundi yang membuang undi sebagaimana yang dilaporkan oleh media arus perdana dan alternatif. Beliau mengekalkan kerusi Penanti yang pernah disandang oleh Fairus Khairuddin juga dari PKR yang meletakkan jawatan dari DUN Penanti dan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang merangkap bahagian hal ehwal agama ISLAM.

Manakala 3 calon bebas yang mencabar Dr. Mansor kesemuanya hilang wang deposit sebanyak RM5, 000 meskipun ada dikalangan calon bebas yang merupakan bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang menjaja cerita dongeng kononnya ada ahli majlis tertinggi PKR datang berjumpanya supaya menarik diri dengan menawarkan jawatan dan wang lumayan. Malahan beliau turut mengemukakan bukti rakaman perbualan kepada pihak media dan SPRM sendiri untuk didedahkan sebelum hari pengundian.

Akhirnya, habuk pun tiada. Calon bebas yang mendakwa dirinya mendapat sokongan ahli wanita UMNO itu kalah teruk dan memalukan dirinya sendiri sedangkan dakwaan yang dijaja sebelum ini bagaikan satu upahan untuk melonjakkan populariti undian terhadapnya.

Syabas dan tahniah buat Kak Minah kerana berjaya untuk memalukan diri anda yang tiada hasilnya. Semoga anda tidak berputus asa untuk menjadi calon di mana-mana pilihanraya kecil untuk mewakili UMNO/BN yang tidak mahu meletakkan calon kerana ianya merupakan pembaziran wang rakyat.


Itu perihal tentang calon bebas yang tidak semena-mena mendapat nama buruk dengan dakwaan yang entah betul entah tidak.

Ini pula perihal tentang UMNO/BN yang tidak meletakkan calon dalam pilihanraya di Penanti akan tetapi sibuk pula untuk memberikan ulasan memburuk-burukkan kemenangan besar calon PR itu. Bukan BN pun yang sibuk 'jaga tepi kain' orang. Tapi UMNO yang tidak senang duduk dengan kejayaan 'strike' PR dalam rentetan pilihanraya kecil yang berlangsung.

Hinggakan ketua Pemuda UMNO turun ke kawasan Penanti sebelum hari mengundi meminta kepada ahli-ahli UMNO agar tidak turun mengundi pada hari tersebut memandangkan mereka tidak menghantar calon. Adakah patut beliau menghasut sedemikian rupa dalam keadaan pihak polis yang selama ini bertungkus lumus menangkap aktivis-aktivis anti UMNO/BN yang mengadakan sebarang perhimpunan demi keadilan berdiam diri?

Inikan pula beliau menghasut para pengundi supaya jangan keluar mengundi dan ini jelas bersalahan dengan demokrasi dan kewajipan rakyat untuk keluar mengundi di kawasan mereka meskipun tiada calon dari parti mereka. Rakyat semakin jelek dan kesal dengan diskriminasi pihak polis yang jelas-jelas menjadi kuda tunggangan satu-satu pihak yang menggunakan platform 'kerajaan' menyalahgunakan kuasa dengan sewenang-wenangnya.

Selain itu juga, SPRM yang di rebranding pada akhir zaman Tun Pak Lah kelihatannya masih tidak menjadi badan yang bebas. SPRM hanya bertindak menurunkan dan merampas bendera selain PKR yang bertanding akan tetapi tidak melakukan sebarang tindakan kepada bendera dan ceramah yang dianjurkan oleh UMNO sehingga mengakibatkan peratus undian paling merosot dalam pilihanraya negara.


Itu tidak termasuk dengan 15 kenduri yang diadakan pada hari mengundi yang dinafikan bukan didalangi oleh UMNO yang jelas mahu memastikan kekalahan calon PKR. Namun, ALLAH lebih berkuasa dalam menentukan tiap-tiap sesuatu dan DIAlah yang memegang hati-hati manusia dalam membuat pilihan yang terbaik walaupun di kanan kiri, atas bawah, depan dan belakang hasutan demi hasutan menerpa.

Pengundi yang seramai 7, 100 daripada 15, 384 yang mencatatkan 46.15% yang keluar mengundi. Siapakah yang mengkhianati demokrasi? Siapakah yang membelakangi gahnya demokrasi yang disanjung selama ini kalau bukan mereka UMNO/BN?

Sejurus kemenangan calon PR semalam tiada sebarang suara-suara UMNO/BN berkumandang disangka mereka akur dengan keputusan rakyat Penanti. Tiba-tiba hari ini, di media arus perdana berkumandang suara TPM yang merupakan Timbalan Pengerusi UMNO mendakwa bahawa kemenangan PKR itu adalah lebih rendah berbanding pilihanraya yang lepas. Sedangkan andai diamati majoriti amat berbeza iaitu 2, 219 majoriti yang dimenangi oleh Fairus berbanding 5, 558 majoriti yang dimenangi oleh Dr. Mansor semalam!


Bagaimanakah Menteri Pelajaran yang memegang portfolio tersebut boleh melakukan silap pengiraan tambah tolak? Memang pelik dan mengundang kebingungan kepada sesiapa sahaja yang melakukan perbandingan tersebut. Apa pula pandangan anda? Masih ingin menyebelahi mereka sedangkan majoriti rakyat sudah memihak kepada PR memandangkan UMNO/BN semakin tersepit dengan pelbagai isu, masalah, rasuah, politik wang, pembunuhan dan sebagainya.

Malahan bekas DUN PKR Perak yang menyokong UMNO/BN hingga menyebabkan penggulingan kerajaan PR Perak yang terlibat dengan politik wang masih belum selesai dan diterima oleh UMNO/BN semata-mata ingin merampas kerajaan Perak yang dipilih oleh rakyat. Semoga di sana masih ada sinar kejayaan dan kemenangan di celah-celah kesempitan dan fitnah yang ditabur oleh mereka yang tidak berpuas hati dengan hukuman yang telah diterima sebagai pengajaran.

Soal muak tidak muak para pengundi terhadap sesuatu pihak seharusnya dipandang berat tanpa melemparkan kenyataan tersebut kepada pihak lawan sedangkan mereka tidak turut serta dalam sesebuah pertandingan atas alasan yang bodoh. Walhal mereka gian untuk mengutip kemenangan yang tidak bersisa menanti hilang dibawa angin lalu.


Apa yang pasti, semoga pilihanraya kecil DUN Manek Urai yang menyaksikan penglibatan UMNO/BN untuk merampas kerusi yang telah lama dipegang oleh PAS/PR kerana kematian penyandangnya. Saya yakin dan pasti para pengundi di DUN Manek Urai bijak membuat pilihan dengan jasa dan bakti yang telah diberikan oleh kerajaan PAS Kelantan di bawah pimpinan Mursyidul Am PAS, Dato' Seri Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat seiring pesatnya pembangunan dan institusi agama yang terpenting.

Saya menanti apakah pula kenyataan dan dakwaan yang akan dikeluarkan oleh UMNO/BN apabila mereka kecundang di DUN Manek Urai nanti, insyaALLAH. Sama-sama berdoa untuk kemenangan ISLAM dan berpihak kepada kebenaran selagi mana ianya masih diutamakan.

Kata Muthaqqaf : Di mana ada ISLAM, di situ penulis akan mengwakafkan diri sepenuhnya demi agama ALLAH semata-mata kerana ALLAH jua.

Nukilan Ilham Nurani,

MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa

4 comments:

Anonymous said...

poyo!!!

Mohd Rasul Bin Amat said...

apahal lak poyo poyo...
klu nk back up umno tpi xnk gtau identiti baik xyah jadi back up bro...
pigidah...
ingat ISLAM dan ALLAH walau di mana jua kita berada bro...
:)

Anonymous said...

aku SB....
xyah ngade2 nak tau identiti aku...
yg penting...watch out!!!
anta sdang dperhatikn....

Mohd Rasul Bin Amat said...

SB?
perhatikanla...
aku xkisah...
insyaallah ALLAH sntiasa bersama mereka yg memperjuangkan agamaNYA dan kebenaran...
terpulang pd ko la nk jadi SB UMNO/BN ke sapa2 xkisahla...
xder hal la en SB...