Video Klip Pilihan

Thursday, February 08, 2007

.:: 8 Februari 1985 - 8 Februari 2007 = 22 Tahun Umurku ::.


Bagaikan sebuah mimpi! Percaya atau tidak umurku dah menjangkau 22 tahun rupanya...

Sesungguhnya perjalanan hidup kita ini masih panjang walaupun sebenarnya jangka hayat kita semakin hari semakin berkurangan namun perjalanan dalam kehidupan ini tetap perlu diteruskan dengan penuh tabah,sabar dan tawadhu' semata-mata mengharapkan keredhaanNya. Salam ukhuwah bersemi bunga silaturrahim dihiasi sinaran iman dan siraman ketakwaan. Sememangnya dalam kehidupan seharian manusia tidak dapat lari dari bersosial dan berinteraksi sesama insani untuk berkenal-kenalan lantas melahirkan bibit-bibit kasih sayang seterusnya melahirkan sebuah masyarakat yang penyayang dan bertolak ansur serta saling memahami antara satu sama lain. Begitu jugalah yang terpundak dinaluri insaniku yang memerlukan sokongan dan kasih sayang kalian semua dalam meneruskan ombak kehidupan yang semakin bergelora. Thanks for all of your support. May everything we had did before and soon will redemn guideline from The Almighty. Wassalam.

MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa

1 comment:

Jiwa Rasa said...

Salam ulangtahun.

Moga dipanjangkan umur dalam iman dan diberikan kemurahan rezeki yang barakah..