Video Klip Pilihan

Monday, June 04, 2007

.:: Halalkah Setiap Apa Yang Kita Gunakan? ::.

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera buat sekalian sahabat sidang ilmuan ulpro dan protaz. Semoga kita semua bersama sentiasa dibawah payung lindungan rahmat dan redha Ilahi hendaknya. Selawat dan salam yang sebanyak-banyaknya bersama kita utuskan kehadrat Junjungan Besar S.A.W atas segala kesungguhan tanpa mengenal erti penat dan jemu dalam menjalankan amanat sebagai seorang utusan untuk seluruh umat manusia sehinggalah kehembusan nafasnya yang terakhir. Sungguh besar usaha yang dilakukan oleh Baginda dan dibantu oleh para sahabat yang mengharapkan ganjaran syahid dan syurga dalam membantu insan yang mereka dan kita semua paling sayangi.

Agak-agak apa topik yang ingin saya ketengahkan pada kesempatan ini? Mungkin kalian tertanya-tanya apa pula isu yang ingin saya mainkan pada kali ini kan? Berdasarkan tajuk besar yang terpampang di kepala artikel ini, semestinya saya tidak akan membicarakan sesuatu yang tidak bersifat ilmiah walaupun ada ketikanya saya mempersembahkan lirik-lirik lagu yang menjadi ilham untuk saya terus berjuang dan berbakti dalam arena penulisan ini. Seperti yang kita hayati, baca, dengar dan mengetahuinya melalui mana-mana sumber inspirasi mengenai perjuangan Junjungan Besar Nabi S.A.W dan para sahabat Radiallahu Anhum dalam menyebarkan Islam itu sendiri hingga berjaya mempelopori 3/4 dari dunia.


Pada ketika itu kita sememangnya bangsa, agama dan kuasa utama dalam apa jua bidang pada ketika itu sehingalah Islam mula jatuh sirna sekitar tahun 1930 an dan akhirnya tersungkur pada tahun 1942. Di saat keizzahan Islam di pandang tinggi oleh seluruh umat manusia di dunia pada ketika itu kitalah yang menguasai segala macam produk, bekalan makanan dan segala apa jua yang dianggap penting yang menjadi keperluan manusia mahupun tahsiniat semata. Namun setelah tersungkurnya Khilafah Islamiah, maka segalanya berubah. Umat Islam semakin mundur dari segi pembangunan, penghasilan produk dan sebagainya. Kesudahannya sekarang kita terpaksa bergantung pada hasil produk mereka yang mana setelah dikaji dan diselidiki didapati terdapat pelbagai bahan yang menyebabkan produk itu tergolong dalam produk yang haram bagi orang-orang Islam.


Untuk itu perlulah di pihak orang-orang Islam yang mengetahuinya untuk meakukan satu perubahan bahkan telah jatuh hukum Fardhu Ain ke atas kita yang mengetahuinya untuk menghasilkan produk yang jauh dari segala unsur-unsur syubhat dan haram. Menurut satu kajian dari sebuah syarikat penghasilan produk-produk Islam di Malaysia Islamic Manufacturing Products (IMP), hampir keseluruhan produk makanan, kecantikan, dan segala produk yang menjadi keperluan umat Islam dipelopori oleh pengeluar bukan Islam mengandungi unsur-unsur dari B.A.B.I walaupun sedikit. Hinggakan seorang dari orang cina kafir di Malaysia mengatakan "Lu olang Islam lu pikir lu olang talak makan babi ka? Cukup umur lu 40 thn lu olang sudah makan sekor babi lo..." Kita cukup jelas bahawa yang mereka sasarkan adalah menghancurkan akhlak, peribadi, kelakuan orang-orang Islam dan paling utama sasaran mereka adalah melenyapkan Islam itu sendiri dari muka bumi ini.

Itu adalah dari sudut pandangan di negara dan tanah air yang kita cintai yang memang kita lihat dengan ketara pelbagai kesan dari sumber makanan yang tidak suci dan bersih melahirkan anak-anak yang runtuh akhlak dan moralnya sehingga tahap yang paling kritikal berlakunya aktiviti pertukaran agama sesuka hati mereka persis menukar pakaian setiap hari. Inilah fenomena berbahaya yang melanda umat Islam di Malaysia yang perlu dibendung dari akar umbi lagi selain kita lihat dari perspektif pemerintahan kerajaan yang tidak mengambil cakna terhadap isu Islam itu sendiri. Entah apa yang dikejarkan dalam arena politiknya pun tiada siapa yang mengetahuinya kecuali dia dan konco-konconya.


Dari sudut saya (kami) di Mesir pula fenomena ini tidaklah begitu ketara. Dengan kata lain Mesir yang majorotinya diduduki oleh penganut yang beragama Islam. Namun tidak dapat lari juga dari masalah yang sama kerana Mesir yang mempunyai hubungan rapat dengan Amerika banyak mengimport produk negara laknat itu kemudian diwar-warkan bahawa itu adalah keluaran dari negara mereka sendiri. Mungkin sukar untuk mendatangkan bukti yang jelas tapi itu adalah hakikatnya yang perlu kita telan bersama dalam masa yang sama melakukan paradigma ke arah revolusi untuk memastikan sumber kekuatan kita H.A.L.A.L dan S.U.C.I. dari S.Y.U.B.H.A.T dan unsur-unsur H.A.R.A.M Apakah tindakan kita selanjutnya setelah membaca artikel ini? Saya secara individu merasa takut dan lebih berhati-hati dalam mendapatkan sumber tenaga bagi perjalanan hidup seharian kita lebih-lebih lagi produk yang 'DIBOIKOT' bukan kerana kita tahu itu adalah halal tapi kerani produk yang mereka hasilkan itu adakah sumbernya suci dari segala syubhat.



Saya tinggalkan mafhum sebuah hadith yang telah diriwayatkan oleh Nabi S.A.W :

" Sesungguhnya makanan yang paling berkat dan halal adalah hasil yang di tanam sendiri dituai dan dijadikan sebagai sumber makanan."


Nukilan Ilham Nurani,

MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa

No comments: