Video Klip Pilihan

Monday, June 18, 2007

.:: Mengapa aku diuji sebegini? ::.

بسم الله الرحمن الرحيم

Salamullahu alaikum. Syukur masih diberikan kesempatan, ruang dan peluang untuk melontarkan butir-butir mutiara yang saya perolehi di perlembahan Nil yang juga dikenali bumi Anbia dan bumi firaun. Kitalah yag perlu memilih samada berhaluan kanan ataupun kiri. Berpanjanganlah selawat dan salam kuutuskan ke hadrat Junjungan Besar S.A.W atas payah jerihnya suatu ketika dahulu hingga tertegaknya syiar Islam di muka bumi ini. Telah berkata Saidina Ali Karamullah Wajhahu R.A mafhumnya :

"Sesungguhnya aku sering diiuji oleh Allah, namun apabila aku tidak diujinya sekali, ku rasakan seperti DIA tidak menyayangi aku."

Semoga aku apa yang menimpa diri ini merupakan tanda sayangnya Allah kepada diri yang dhaif lagi hina ini. Dam di sana juga ada qaul kebanyakan tarikat sufi yang kerap bertandang di halwa telingaku juga bahawa orang yang banyak diuji itu juga sebenarnya sebagai penebus dosanya dan balasan kepada mereka. Semoga aku juga tergolong dikalangan kalam Khalifah Ar-Rasyidin ke-4 dan qaul kebanyakan tarikat sufi itu untuk mendatangkan suasana tenang dan damai di dalam diri ini. Moga-moga itulah yang diharapkan oleh itu akan dianugehrahi Allah tanpa disangka-sangka.

Baru seminggu lalu aku ditimpa musibah kehilangan 'Insan Tersayang' yang banyak memberikan harapan dalam menghubungkan aku dan keluarga, tunangku sahabat-sahabat dan taulan yang ku kenali. Terasa hiba di saat itu atas pemergiannya. Namun apakan daya mungkin itu sudah suratan takdir Ilahi juga niat di hati secara kebetulan menitipkan genggaman talian genggam yang terkini tanpa perginya yang lama itu. Walau apapun redhalah atas pemergiannya kerana 'dia', gadis Yahudi bernama 'Motorola L6' pun perlu aku boikot kerana merupakan anak kelahiran Yahudi. Boikot habis-habisan! Apapun syukur kerana aku telah menemui buah hati yang baru merupakan anak kelahiran Jepun. Aku memamg minat cerita dan drama bersiri negara 'matahari terbit' itu alhamdulillah dipertemukan dengan gadis benama 'Samsung E250'.

Dan yang berikutnya aku diduga lagi dengan kehadiran sepucuk emel dari seorang kawan yang memang aku tidak kenali secara rapat akan tetapi dia yang mengenaliku semasa aku menuntut di Maahad Johor dan dia menuntut di MARSAH. Namanya tidak perlulah di sensasikan. Nak diringkaskan dia minat yang teramat sangat dengan tunang aku. Hinggakan dia mengatakan kepada tunang aku bahawa dia akan buat apa sahaja untuk mendapatkannya. Sedarlah dan insaflah wahai saudaraku seputar hadith Rasulullah S.A.W mafhum sabdanya :

".... Haram meminang seorang lelaki ke atas tunang saudaranya yang lain...."

Riwayat Sahih Bukhari & Muslim dan Muttafaqun Alaihi

Jelas dari mafhum hadith di atas HARAMNYA untuk meminang seorang lelaki ke atas tunang saudaranya yang lain. Apa lagi yang hendak dibahaskan dan dikhilafkan di sana. Ada ke patut 'dia' menabur fitnah yang mengaibkan tunang saya. Saya sungguh tidak menyangka 'dia' sanggup melakukan apa sahaja demi untuk meruntuhkan, memutuskan hubungan dua insan semata-mata untuk kepentingan diri sendiri. Seandainya 'dia' berpegang teguh pada ajaran Al-Quran dan As-Sunnah semestinya dia tidak akan tergamak melakukan perkara yang memalukan itu. Sungguh memalukan dengan fikrah dan sulukiahnya merupakan lepasan golongan agamawan. Aku tak tahulah khabarkan apa lagi. Yang aku harapkan semoga tunangku yang tersayang semoga mengendahkan segala mesej, panggilan dan ajakan untuk keluar ke mana-mana. Itulah cara dan langkah terbaik muslimah solehah yang menjaga hubungan sesama manusia dan terhadap Allah yang utama.

Kepada kalian semua sahabat-sahabatku yang sentiasa menjadi pembakar semangat buatku agar kalian doakan semoga titian menuju kebahagiaan ini dijauhkan dari segala anasir-anasir luar yang hasad, dengki dan iri terhadap hubungan ini dan juga semoga hubungan yang sedia terikat ini jauh dari segala maksiat hingga kami disatukan kelak.

Nukilan Ilham Nurani,

MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa

No comments: