Video Klip Pilihan

Thursday, August 06, 2009

|| Selangkah Mendekati Ramadhan ||

بسم الله الرحمن الرحيم

Sedar tak sedar malam ini sudah memasuki separuh daripada bulan Syaaban yang penuh dengan barakahnya. Terasa seperti baru semalam berakhirnya Rejab. Dek kerana kesibukan dunia sehingga tarikh-tarikh hari kebesaran ISLAM jarang diingati kerana dunia telah ditentukan dengan tarikh Masihi melebihi tarikh Hijri yang hanya digunakan untuk menentukan anak bulan Ramadhan, Hari Raya Aidilfitri dan yang seumpama dengannya.

Muhasabah kita bersama semoga memberikan perhatian yang lebih kepada hari-hari kebesaran ISLAM yang memperlihatkan keagungan dan kebesaran ALLAH yang MAHA BERKUASA atas tiap-tiap sesuatu agar kita dapat lebih mendekatkan diri kepada RABBUL JALIL dari semasa ke semasa.

Usah dipanjangkan perbahasan berkenaan boleh atau tidak untuk mengamalkan amalan yang dilakukan oleh kebanyakan masyarakat di nusantara. Kerana amalan tersebut tidak salah untuk di amalkan kerana membaca surah Yasin yang merupakan salah satu surah yang termaktub di dalam Al-Quran berserta niat yang tertentu. Kerana ia merupakan satu usaha dan harapan dari seorang hamba kepa ALLAH.

Begitu juga dengan zikir-zikir yang dibaca sekurang-kurangnya masyarakat tidak lalai dan leka dengan aktiviti lain yang tidak berfaedah jika dibandingkan dengan amalan yang jelas tidak bercanggah dengan syara' meskipun tidak pernah dilakukan pada zaman RASULULLAH SAW.

Cuma yang perlu diambil perhatian dari sudut hadis-hadis yang disandarkan kepada RASULULLAH SAW sebaiknya dikaji terlebih dahulu adakah ianya benar disebut oleh BAGINDA SAW atau hanya kalam para Sahabat, Tabi'in atau alim ulama Radiallahu Anhum. Sekiranya bukan dari BAGINDA SAW, ianya jelas berbohong dan menempah tempat di neraka jahannam!


Kelebihan Nisfu Sya’aban

Malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban adalah satu malam yang sunat dirayakan dalam syariat Islam kerana ia merupakan malam yang paling mustajab dan penuh rahmat.

Keagungan malamnya dengan malam Nisfu Syaaban adalah sepertimana keagungan Rejab dengan malam Israk Mikrajnya dan keagungan Ramadhan dengan malam Lailatul Qadarnya.

Pada malam Nisfu syaaban, malam yang diampunkan oleh ALLAH semua makhluknya. didatangi 300 rahmat, melainkan orang yg syirik, peminum arak, tukang nujum, kekal dalam zina, derhaka terhadap ibu bapa dan org yg tak menegur saudaranya.

ALLAH berfirman dalam hadith Qudsi yang bermaksud : "Adalah orang yg minta ampun padaKU, AKU ampunkan, org yg ditimpa bala AKU afiatkan, orang yg minta rezeki AKU berikan, demikianlah pertanyaan dan permintaan lainnya sehingga keluar fajar subuh..."

Tersebut dalam Kitab Iqna’ : Bahawa Jibril bersungguh-sungguh pada malam Nifsu Syaaban menunaikan segala hajat. Maka datanglah Jibril kepada RASULULLAH SAW kali keduanya, katanya: Ya MUHAMMAD, gembiralah kamu bahawa ALLAH telah diampunkan segala umatmu yang tiada menyekutukanNYA, angkatkan kepalamu, lalu RASULULLAH SAW mengangkat kepalanya, tiba-tiba terbuka segala pintu syurga (langit). Pada pintu langit 1, malaikat menyeru, kemenangan bagi orang yg ruku’ pada mlm ini. Pada pintu langit 2, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yg sujud. Pada yg ke 3, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang minta doa. Pada yang ke 4, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang berzikir. Pada yang ke 5, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang menangis takutkan ALLAH. Pada yang ke 6, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang mengamal amal kebajikan pada malam ini. Pada yang ke 7, malaikat menyeru kemengan bagi orang yang meminta, maka diterima permintaannya itu dan pada ke 8, malaikat menyeru adakah orang yang meminta ampun maka diampunkan baginya. Bertanya RASULULLAH SAW, sampai bila semua pintu ini dibuka? Sampai subuh, jawab malaikat.

Perlaksanaannya:

Lepas solat maghrib,

1. Baca Yaasin niatkan utk pjg umur dlm mentaati ALLAH, doa Yasin
2. Baca Yaasin, niatkan luaskan rezeki yg halal dan diberkati, doa Yaasin.
3. Baca Yaasin, niatkan mati dlm husnul khotimah, doa Yaasin.

Yang lain-lain (diiringi yg atas)

-Banyak Istighfar dan penghulu istighfar (boleh didapati di dalam Ma’thurat)
-Doakan keampunan ibubapa
-Baca Al-Quran
-Berzikir (tasbih, tahmid, tahlil, takbir...)
-Selawat ke atas RASULULLAH SAW
-Buat solat-solat sunat yg terdaya, Insya-ALLAH..

Marilah kita amalkan bersama…

(Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas)


Kata Muthaqqaf : Moga ianya menjadi pedoman untuk tatapan kita bersama. Salam Nisfu Syaaban. Salam rindu, kasih dan sayang dari seorang hamba yang kerdil buat kekasih hati yang tiada taranya, ALLAHU RABBI.

Nukilan Ilham Nurani,

MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa

No comments: