Video Klip Pilihan

Saturday, July 12, 2008

|| Lawatan Kerja Rasmi Dan Ramah Mesra Kepimpinan PMRAM ke DPM ||

بسم الله الرحمن الرحيم

Sedar atau tidak, sudah 3 dewan perwakilan mahasiswa yang telah selamat diadakan 'Lawatan Kerja Rasmi dan Ramah Mesra ke DPM' oleh saff kepimpinan Badan Pengurus dan HEWI PMRAM. Pada hari ini pula, pihak kepimpinan PMRAM akan menyambung kembali baki 5 dewan perwakilan mahasiswa/wi untuk dilawati. Apa yang pasti lawatan kali pertama untuk sesi ini adalah untuk memperkenalkan secara rasmi saff kepimpinan PMRAM kepada seluruh ahli di muhafazah.

Selain itu juga, lawatan rasmi dan ramah mesra kali ini adalah bertujuan untuk merapatkan jurang persaudaraan dan ukhuwah yang sekian lama terbina. Dalam erti kata yang lain, lawatan ini juga adalah untuk menyelesaikan masalah-masalah yang mungkin timbul di benak minda ahli yang tidak terluah untuk meminta penjelasan, penerangan dan penghuraian yang sebenar-benarnya daripada sesiapa melainkan pihak yang berwajib.

Andai diperhatikan lawatan kerja dan ramah mesra yang diadakan pada sesi kali ini agak lewat sehingga ada suara yang mengatakan sambutan ahli untuk bersama kepimpinan PMRAM akan berkurangan berbanding tahun sebelumnya. Akan tetapi hakikatnya, berpandukan 3 DPM yang telah dilawati sebelum ini, Shibin, Shoubra dan Dumyat menunjukkan sokongan dan sambutan yang amat menggalakkan daripada ahli yang berada di DPM tersebut berbanding sebelumnya.

Harapan yang diimpikan oleh seluruh saff kepimpinan PMRAM pada sesi ini supaya seluruh ahli yang berada di muhafazah-muhafazah yang akan dilawati selepas ini dapat memberikan respon yang terbaik. Melalui slot-slot yang diadakan terutamanya slot soal jawab, cadangan dan muhasabah supaya kalian mampu melontarkan permasalahan yang timbul di persekitaran PMRAM seterusnya memberikan idea yang praktikal demi meningkatkan kualiti program dan aktiviti yang bakal dijalankan.

Sesungguhnya setiap pergerakan dan keberjayaan sesebuah program yang akan dilaksanakan oleh PMRAM bergantung kepada komitmen yang terbit dari setiap individu ahli PMRAM yang dikasihi sekalian. Semoga tema PMRAM 'Julang Thaqafah Bakti Dicurah' dan juga tema HEWI PMRAM 'Julang Izzah Teguh Wahdah' yang dicanang-canang pada sesi ini 2008 ini dapat direalisasikan dengan jayanya dengan bantuan kalian semua.

Suka untuk penulis nyatakan di sini, selaku Ketua Lajnah Muhafazah yang bertanggungjawab dalam program 'Lawatan Kerja Rasmi dan Ramah Mesra ke DPM' mengharapkan sokongan dari semua pihak bagi menjayakan agenda ini. Pengakhiran bagi program kali ini yang diharapkan mampu menatijahkan sebuah kesefahaman amal dan kesatuan fikrah disamping meribat ukhuwah menghilangkan sebarang kekusutan yang selama ini membelenggu minda ahli sekalian.

Buat seluruh pimpinan dan ahli di DPM Tanta, Damanhur, Zaqaziq, Mansurah dan Iskandariah, nantikan kemunculan kami di markaz-markaz DPM kalian pada tarikh dan masa yang ditetapkan. Semoga mendapat rahmat dan petunjuk Allah melalui program yang dijalankan ini.

Salam mahabbah buat semua ahli DPM,
Naib Presiden II PMRAM 2008,
Merangkap Ketua Lajnah Muhafazah.


Nukilan Ilham Nurani,

MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa

No comments: