Video Klip Pilihan

Saturday, August 09, 2008

|| Hanya Satu Tiada Dua ||

بسم الله الرحمن الرحيم

Dia, seorang teman yang selama ini sering ku anggap sebagai seorang yang istimewa dalam hidupku. Seringkali ku merasakan tanpanya hidup terasa kosong, sepi dan kering kontang bagaikan padang pasir yang tandus. Cintaku kepadanya begitu tebal dan tinggi menggunung. Melangit luas kerinduan kepadanya kerana selama ini menggembirakanku. Membuatku tenang dan aman dalam dakapan. Akan tetapi adakah segalanya itu akan selamanya berada di sisi? Apakah setiap minit yang diimpi
akan sentiasa bersama hingga hujung nyawa?

Ku menarik nafas dalam-dalam lantas ku hembus helaan yang panjang. Ku terfikir sejenak akan setiap kenikmatan dan kepuasan diri yang sememangnya tidak akan kekal selamanya. Firman Allah yang kerap ku dengari sentiasa bermain di fikiran mengajak diri untuk memikirkan sejenak tentang kelangsungan hidup seterusnya. Satu kefahaman yang perlu disedari untuk memastikan hadaf sebenar hakikat kehidupan yang Allah campakkan kepada kita, selaku makhluk berakal.

Maksud firman Allah : " Semua makhluk yang diciptaNya akan hancur binasa. Yang kekal hanyalah Zat Tuhanmu yang Maha Agung dan Mulia".

Allah yang Maha Esa, Maha Berkuasa, Maha Mengetahui, Maha Melihat, Maha Mendengar dan maha segala-galanya. Segala sifat kesempurnaan miliknya tiada yang serupa dan seumpama denganNya. Jauh dari segala sifat kekurangan, tidak bertempat, tidak berkait dgn masa, tiada sebarang persoalan yang mampu dipersoalkan untukNya. Dialah sebaik-baik pencipta yang memahami akan kehendak dan keperluan hamba-hambaNya. Maha suci Allah yang meliputi rahmatNya akan seluruh makhluk tanpa sempadan.

Setelah ku gelintar setiap pesona alam dengan nikmat yang bersifat sementara itu, ku semakin pasti kasih sayang, kerinduan, cinta dan dakapan yang abadi hanyalah untuk Rabbul Izzati. Meskipun terkadang minda dan hati galak mengejar hamparan dunia yang kian uzur, iman yang sekelumit itu masih mengharapkan 'Yang Abadi' mengiringi perjalanan cinta insani ini. Tiada yang istimewa di sanubari melainkan dia Sang Arjuna hati. Semoga mampu diimplementasikan dalam arca kehidupan.

Sekadar coretan hati, luahan fikrah untuk renungan bersama. Turut penulis selitkan selembar lirik lagu berserta video klip yang benar-benar menyentuh sanubari untuk mencari yang istimewa. Hanya satu tiada dua. Sebuah lagu dendangan kumpulan Nice duet bersama Hazami bertajuk 'Istimewa Tiada Dua'. Selamat menghayati dan terhibur.

____________________________________________________________________________

ISTIMEWA TIADA DUA



Di mana letaknya
Sebuah cinta yang sejati
Cuma sementara
Tiada yang abadi

Diriku tersisih
Menagih sebutir harapan
Selalu merintih
Namun tiada jawapan

Lalu ku beralih arah
Temui kasih tiada bandingan
Yang satu selamanya
Ya Allah...

Di mana hilang
Sebuah cinta sejati
Ku mencari
Kasih tulus suci
Ku bahagia Kau selalu menemani
Kala hatiku.... Sunyi


Nukilan Ilham Nurani,

MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa

No comments: