Video Klip Pilihan

Friday, August 01, 2008

|| Ketika Musibah Datang ||

بسم الله الرحمن الرحيم

Sujud syukur yang tidak berbelah bahagi ku panjatkan ke hadrat Ilahi, Allah Rabbul Izzati yang maha memberikan mudarat dan penyakit kepada hamba-hambaNya lantaran itu tidak lupa untuk mengirimkan penawar dan penyembuh akan setiap musibah itu. Itu menunjukkan kekuasaanNya yang maha mengetahui akan tiap sesuatu tanpa membiarkan hamba-hambaNya terkial-kial tanpa haluan.


Hampir 3 hari jari jemari ini tidak mencipta sebarang entri untuk dikongsi bersama sidang pembaca sekalian. Apa tidaknya, selama masa tersebut penulis telah ditimpa musibah, berupa demam panas yang disertai dengan batuk, selesema dan pening kepala. Sakitnya tidak terkata. hanya yang melaluinya sahaja merasai keperitannya.

Sebahagian pemerhati dan penuntut mengatakan demam yang dilalui di Mesir ini cukup berbeza dengan seolah-olah azab yang amat memeritkan berbanding demam yang dialami di Malaysia. Memang tidak dapat dinafikan.


Apa jua azab dan musibah yang menimpa diri seseorang itu perlu diingat itu merupakan suatu ujian dari Allah untuk menguji ketahanan imannya. Untuk meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah supaya kembali kepadaNya. Sememangnya manusia itu tidak akan terlepas dari godaan, tipudaya dan hasutan Syaitan jua Iblis terlaknat. Yang sentiasa menyuruh manusia melakukan kemaksiatan kepadaNya.


Pernah juga penulis terdengar beberapa ungkapan yang selalu disebut cuma tidak dapat dipastikan dipetik daripada Kitabullah ataupun Sunnatun Nabi. Bahawa setiap ujian, musibah mahupun penyakit yang menimpa seseorang mukmin itu adalah penghapus kepada dosa-dosa yang pernah dilakukan iaitu dosa-dosa kecil. Semoga apa yang menimpa diri ini merupakan penghapus kepada dosa-dosa yang pernah dilakukan secara sengaja mahupun tidak.


Kata Muthaqqaf : Sekadar sebuah peringatan bersama.


Nukilan Ilham Nurani,

MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa

No comments: