Video Klip Pilihan

Tuesday, October 14, 2008

|| Hasrat Yang Tergantung ||

بسم الله الرحمن الرحيم

Sukar untukku luahkan hasrat hati ini. Namun apabila ianya telah terluah tidak ku sangka ianya mendapat tentangan daripada sesetengah pihak yang kurang bersetuju dengan hasrat murniku itu. Apakah salahku sehingga semuanya tidak bersetuju dengan hasrat yang turut dituntut oleh agama?! Mungkin kerana tidak mahu terhutang budi yang keterlaluan kepada mereka yang berbesar hati untuk memudahkan urusan kami untuk mendirikan sebuah tuntutan yang amat dituntut.

Sesungguhnya diri ini tidaklah terlalu mengharap ianya menjadi kenyataan akan tetapi apabila memikirkan ada baiknya untuk mempercepatkan perlaksanaannya. Bukan untuk menyusahkan semua akan tetapi tidak pula disangka-sangka hingga menyusahkan sesetengah pihak untuk turut memikirkannya. Apakan daya, andai ini merupakan suratan Ilahi, ku pasrah dengan ketentuannya. Pasti ada hikmah disebalik peristiwa ini.

Mungkin belum tiba masanya untukku meneruskan hajat yang suci lagi murni itu. Bersabarlah wahai jodoh yang telah ditentukan Allah untukku. Mungkin ada hikmah disebalik semua ini. Diri ini telah berusaha semampunya untuk merealisasikan hubungan ini supaya rasmi dan diredhainya. Apa yang mampu untuk kita lakukan sekarang ini adalah berdoa, berdoa dan terus berdoa. Disamping usaha yang berterusan. Jangan dilupa juga agar kita menjauhkan segala macam perkara-perkara yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah.

Semoga Allah berikan kekuatan kepada kita dalam menongkah arus dunia yang semakin mencabar menduga kekebalan iman dan kekuatan takwa yang amat tipis ini.

Inilah sebuah hasrat yang tergantung. Moga satu hari nanti akan menjadi kenyataan bagi mengelakkan sebuah kemaksiatan yang dimurkai.

Nukilan Ilham Nurani,

MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa

3 comments:

uday994 said...

salam muthaqqaf.....x pe..janganlah berputus asa....insyaALLAH kalau ada jodoh x kan ke mana...dlm urusan ni...mmg akan ada sesetengah pihak yang tidak sebulu dgn kita...mgkn mereka punya alasan tersendiri menafikan permintaan kamu...apa2 pun berdoalah kepada ALLAH agar hasrat murni kammu akan tercapai juga...pohonlah hidayah dan petunjuk dari ALLAH apa yang terbaik utk kamu ketika ini.....mgkn apa yang kita rasa terbaik utk kita skang tapi tidak lagi terbaik disisi-NYA......dan apa yang kita rasa kurang baik utk kita tp itulah yg selayaknya utk kita........rahmat ALLAH sangat luas utk hamba-hambaNYA

Anonymous said...

salam muthaqqaf...
kaifa haluk? sy doakn awk tbh mghadapi ujian yg mlnda... bukn senang untuk senang... jgn putus asa... ada hikmah disebalik ini semua...Allah lbh mengetahui apa yg terbaik untuk hambanya...mgkin prnikhn yg didamba lbh sesuai dilaksanakn ms akn dtg...

cube awk ltk kn diri awk ditmpat mrk yg mnntang kputusn awk.mgkin awk akn lakukn prkara yg sm...belajar menerima pndpt org lain...belajr memahmi perasan org lain...sy prcaya,pihak yg mnntang bukan lh krn hasad dengki,ttpi untuk kebaikan awk n tunang awk...

jgn abaikan perasaan tunang awk...sy kenal tunang awk,wlpn xberapa rapat...mgkin awk tkut si dia jatuh ke tgn org lain yang sedia mnnti si dia wlpn sudh mengetahui bhw kalian sudah bertunang...serahkn sume paNYA...jodoh pertemuan adalah kuasa Allah..setelah usaha yang padu kita lakukan, sebagai hambaNYA,kita tawakkal dan banyakkan berdoa....

usah diragui kesetiaan yang telah diberi oleh si dia yang telah sekian lm mnnti awk dengan pnuh kesabaran...hargailah segala pengorbann dan kesetiaan si dia...

Muthaqqaf Azhari said...

salam alaik buat anynomous dan uday994...moga kalian dan selain kalian yang sudi membaca posting ini sntiasa mndpt iringan rahmat dan hidayah dari Allah taala...

Apapun terima kasih atas setiapbutiran kata2 nasihat,perangsang dan semangat yang diberikan. Saya menerima dengan hati yang terbuka...

manusia terkadang hilang arah, dan lupa pada tuhan apabila masalah yang menimpa tidak ditimbang dengan neraca ilmu yang telah diterima.Saya termasuk dikalangan manusia tersebut kerana masih lemah dan tidak dapat lari dari salah dan silap...

Meskipun begitu, apa yang seharusnya dilakjukan adalah kembali kepada Allah dengan memohon hidayah dan rahmat dariNya semoga menguatkan hati ini dari tersasar jauh dari landasanNya...

Ini merupakan satu ujian dari berjuta-juta ujian yang sedia menanti untuk setiap hamba-hambaNya yang sedang memperbaiki iman dan takwa mereka dari semasa ke semasa....

alfun syukran... :)