Video Klip Pilihan

Saturday, August 01, 2009

|| Ketenangan Yang Dipinggirkan ||

بسم الله الرحمن الرحيم

Selama ini kita terutamanya saya sndiri sering memikirkan mengapakah segumpal daging yang bernama hati ini terkadang tidak keruan. Terkadang segala kerja yang dilakukan serba tak kena.

Nak katakan tidak menunaikan kewajipan kepada SANG PENCIPTA, alhamdulillah masih mampu tegak berdiri dengan izinNYA.

Nak katakan menantikan natijah yang sememangnya mendebarkan, tidak juga. Nak katakan teringatkan 'orang Malaysia', tidak juga.

Fikir-fikirkan berkenaan tugasan dan amalan harian, biasalah kadangkala buat kadangkala tertinggal. Yang penting yang wajib dilakukan sebaik mungkin. Insya-ALLAH selepas itu, akan mudah untuk melaksanakan selainnya. Jadi perkara ini bukan sebab ketidak keruan hati ini.

Namun selepas di amati beberapa ketika selepas membangunkan diri dari lena kealpaan terhadap amanah dan tanggungjawab yang terpundak, itulah penyebabnya. Manakan tidak, sebagai seorang naqib kepada sahabat-sahabat usrah, fasilitator kepada ahli-ahli muzakarah berkelompok dan yang seumpama dengannya yang perlu dilaksanakan sekali pertemuan dalam seminggu.

Disamping amanah dan taklifan selainnya yang hakikatnya memberikan kesan kepada mereka yang menerima sesebuah taklifan itu. Seandainya tiada apa-apa perasaan, maka muhasabah diri kembali apakah kita sanggup mengkhianati taklifan yang diberikan.

Akibatnya di dunia mungkin seolah-olah tiada apa. Akan tetapi di akhirat sebelah kaki berada di neraka manakala sebelah lagi di syurga. Andai tersilap langkah, maka siksaan yang amat dahsyat akan dikenakan apabila mengkhianati taklifan yang diterima sebelum itu.

Itulah pelengkap kepada juzuk-juzuk ketenangan yang lain. Andai ketenangan terhadap amanah dan taklifan ini tidak dirasai oleh si penerima taklifan, mungkin ada silapnya dari sudut niat perlaksanaan dan matlamat menyimpang dari matlamat yang sebenar.

Ramai di kalangan kita yang masih belum berjaya melunaskan amanah dan taklifan tersebut. Segalanya berbalik kepada diri sendiri yang mencipta alasan samada sengaja setelah mendapat khidmat nasihat daripada para syaitan dan nafsu ataupun malaikat dan iman.

Moga coretan ringkas entri kali ini mampu memberikan sedikit sebanyak idea dan menjadi batu loncatan kepada kita untuk berubah menjadi pemimpin yang lebih baik. Bukan setakat baik pada pandangan manusia semata-mata, bahkan amat baik pada pandangan ALLAH terutamanya.

Kata Muthaqqaf : Pengalaman dalam kehidupan terbukti berkesan dalam mematangkan manusia terhadap peranan yang perlu dimainkan. Moga mampu memandu fungsi 'khalifah' yang menjadi kunci kejayaan hidup di dunia dan akhirat.

Nukilan Ilham Nurani,

MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa