بسم الله الرحمن الرحيم
Otak manusia sebenarnya jika dikaji oleh para pengkaji otak dilihat tidak mampu untuk menyimpan segala maklumat dengan sekaligus dalam satu masa. Walaupun mungkin ianya mampu menampung kapasiti tanpa had dalam satu masa umpamanya ketika study last minute, ianya hanya bertahan sementara waktu sahaja. Namun teknik tersebutlah yang banyak digunakan termasuklah penulis sendiri. Semoga Allah mengekalkan ilmu last minute tersebut.
Berikut penulis paparkan secebis penawar buat para pejuang-pejuang yang bakal dan sedang berhadapan dengan peperiksaan di Mesir dan seluruh pelusuk bumi. Terutamanya diri penulis sendiri yang semakin bermalas-malasan. Disamping menyuntik semangat kita semua untuk lebih bertenaga untuk menghadam semua ilmu-ilmu Allah yang sedikit itu. Semoga kejayaan milik kita bersama untuk memartabatkan kembali Islam yang kita cintai kelak. Semoga terhibur.
===================================
SAM: Kenapa kau cakap minum susu segar
boleh bawa maut?
DOL: Sebab semalam semasa aku tengah
minum, lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.
===================================
SAM: Kenapa kau marah tokey kedai 2
Ringgit tu?
DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia
mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit...
===================================
SAM: Kau kata binatang peliharaan kau mati
lemas? Mana kau tau dia mati lemas?
DOL: Sebab aku bela ikan emas. Aku jumpa
ia mati dalam air!
===================================
SAM: Semalam aku nampak hantu!
DOL: Uih! kau terkejut tak?
SAM: Taklah.... hantu tu yang terkejut tengok
aku.
DOL: Mana kau tahu?
DOL: Mana kau tahu?
SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam
jer....
===================================
SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa
masin?
DOL: Gula dah habis!
SAM: Yang kau pergi campur garam tu kenapa?
DOL: Kan aku dah kata, sebab gula dah habislah!
===================================
SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini
"candle light dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.
DOL: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil
elektrik, elektrik rumah aku dah kena potong!
===================================
SAM: Aku ada AIDS? Mana ada...
DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat negara ni
ada Aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada
Aids, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah
tahu...
===================================
SAM:Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin
teruk!
DOL: Ya ke? kalau macam ni aku kena banyak
berlatih agar dapat batuk dengan lebih baik
berlatih agar dapat batuk dengan lebih baik
lagi.
===================================
SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang
merompak kedai kita.
DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau, jangan
pasang signboard "SILA DATANG LAGI"
===================================
Kata Muthaqqaf:Terima kasih kepada Zulhilmi Friendster kerana mengizinkan penulis menyiarkan penawar duka ini.
===================================
Kata Muthaqqaf:Terima kasih kepada Zulhilmi Friendster kerana mengizinkan penulis menyiarkan penawar duka ini.
Nukilan Ilham Nurani,
MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa
MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa
No comments:
Post a Comment