Video Klip Pilihan

Tuesday, August 05, 2008

|| Bulan Kecelaruan ||

بسم الله الرحمن الرحيم

Bulan ini merupakan bulan yang begitu memenatkan dengan keterlibatan penulis dalam setiap program dan aktiviti yang dianjurkan oleh pihak persatuan itu. Sungguh setiap masa yang terluang pasti di sana terdapat sesuatu program yang perlu penulis dan sahabat pimpinan yang lain hadapi dalam keadaan siap siaga. Panggilan mesyuarat demi mesyuarat pastinya mengundang keletihan yang tidak mampu dibendung akan tetapi harus ditelan jua.

Itulah rutin harian yang penulis harus terima apabila berada ditampuk pimpinan lebih-lebih lagi apabila kepercayaan yang sepenuhnya telah mereka berikan kepada barisan kepimpinan sesi ini. Sebuah kepercayaan yang diharapkan dapat membantu mereka dalam menyelesaikan masalah-masalah yang timbul disamping merealisasikan tema 'Julang Thaqafah Bakti Dicurah' untuk kepentingan rakyat.

Bulan Ogos merupakan bulan kemerdekaan negara Malaysia yang tercinta. Pada tarikh keramat kemerdekaan itu juga bakal menyaksikan permulaan awal puasa di bulan yang penuh dengan kemuliaan, kerahmatan dan keampunan yang melelebihi bulan-bulan yang lain. Semoga kemerdekaan yang ke-51 yang disusuli dengan bulan ibadah dan tarbiyah itu mempu mematangkan kita untuk menyoroti setiap bingkisan perjuangan para ulama dalam mencurahkan peranan mereka dalam menegakkan Islam melalui kewujudan sesebuah negara yang merdeka.


Pada bulan ini juga,iaitu pada hari ini merupakan hari penentuan kepada penerus langkah penulis dalam mengorak sejarah hidup penulis yang seterusnya. Samada penulis akan menamatkan pengajian di peringkat Sarjana Muda ini dengan natijah yang membanggakan ataupun masih mendudukinya dengan menambah tempoh masa dokumen perjalanan ke luar Malaysia yang bakal berakhir pada Mac 2009.

Walau apapun situasi keputusan yang bakal menerjah keluar, seharusnya setiap penuntut ilmu Allah itu berlapang dada menerima ketentuanNya. Setiap yang tertulis di papan kenyataan itu merupakan daya usaha yang telah dilakukan. Disamping ketekunan tadahan doa dan munajat saban waktu memohon rahmat dan kasih sayangNya. Dikuatkan lagi tawakal yang tinggi demi menggantungkan hati secara telus hanya kepada Allah semata-mata tanpa disandarkan kepada makhluk yang sediakala lemah.

Oleh itu perlulah setiap orang mempunyai ketahanan mental dan fizikal dalam menerima ketentuan Allah yang tanpa disangka-sangka bakal mengubah segalanya dalam sekelip mata. Kesabaran, keimanan, ketabahan dan kecekalan seseorang akan diuji pada ketika ini samada mampu tegak berdiri ataupun tersungkur layu futur rebah ke pangkuan hawa nafsu dan syaitan.

Nukilan Ilham Nurani,

MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa

2 comments:

Anonymous said...

Ujian Allah paling banyak kena ke atas org yg mengaku hndk memperjuangkan agamanya

Mohd Rasul Bin Amat said...

syukran atas sokongan dan suntikan semangat yg diberikan...

salam perjuangan utk anda...:D