بسم الله الرحمن الرحيم
Kala itu masih tersemat di hati,
Saat jiwa memugar bahagia,
Mendakap sebuah kenikmatan,
Anugerah kurniaan Rabbul Jalal.
Laungan kemerdekaan gamat bergema,
Terpancar syukur nan abadi,
Mengecap kebebasan belenggu durjana,
Merencat pembinaan arca keimanan.
Dikala riang menyambut hari kebebasan,
Usah lupa batasan kehidupan,
Ramai yang alpa tersimpang jauh,
Meratah kemaksiatan berdosa kepadaNya.
Ke mana perginya hakikat kemerdekaan,
Kala manusia terus hanyut dengan murka Ilahi,
Ke mana perginya erti kebebasan,
Kala manusia masih mendustakan ayat-ayat Allah.
Adakah jatidiri muslim telah dirompak rakus,
Meninggalkan sisa-sisa kufur berbuku di sanubari,
Ke manakah hilangnya ketaatan rabbani,
Apakah telah terkubur di lautan kemaksiatan.
Ayuh umat Muhammad!
Bangkitlah mengenal hakikat sebuah kemerdekaan,
Sedarlah umat Mumhammad!
Kembali merenung erti kebebasan,
Merungkai kalam Rabbani,
Menurut pautan Nubuwwah,
Memartabat Ad-Din,
Hingga ke titisan darah terakhir.
Muthaqqaf Azhari,
30 Ogos 2008,
Hostel Anak-Anak Johor Mesir.
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Luahan rasa bersempena,
Jalur Gemilang ke-51,
Perpaduan Teras Kejayaan.
Nukilan Ilham Nurani,
MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa
MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa
No comments:
Post a Comment