بسم الله الرحمن الرحيم
Setiap tahun diri ini perlu berulang alik ke hospital bagi menjalani pemeriksaan kesihatan untuk memastikan perjalanan kehidupan yang sihat dan tenang. Syukur ke hadrat Ilahi atas keizinanNya memberikan kesempatan kepada diri ini semenjak 4 tahun yang lepas dengan memberikan kesihatan yang terbaik bagi memastikan kelangsungan perjalanan hidup yang harmoni.
Namun hidup ini tidak akan selamanya indah. Hari tidak sentiasa cerah. Jalan raya tidak sepanjang hari lengang. Sudah pasti ada walau seketika gangguan yang telah ditentukan Allah menunjukkan betapa hebatnya Allah yang menjadikan tiap-tiap sesuatu itu pasti ada pro dan kontranya.
Ku fikirkan setelah tahun pemeriksaan selama 4 tahun yang dijalani mampu menyembuhkan penyakit yang membelenggu diri selama ini. Namun apakan daya, sedang kegirangan menantikan laporan kesihatan yang diharapkan positif, tidak semena-mena kemalangan menimpa diri ini. Kemalangan yang tidak diduga yang ternyata sudah tertulis ke atas diri ini menyebabkan kecederaan yang amat teruk.
Setelah menjalani pemeriksaan dan pembedahan ke atas kecederaan yang teruk itu, tatkala itu lantas doktor membentang laporan kesihatan terkini yang begitu memeranjatkan semua pihak. Sehinggakan ada dikalangan ahli keluarga yang tidak dapat menerima laporan kesihatan tersebut yang membantutkan segala perancangan.
Laporan yang dikemukakan menyatakan aku terpaksa menerima rawatan di hospital tersebut dalam jangka setahun lagi sekiranya aku mampu mengikuti setiap nasihat kesihatan yang doktor gariskan. Seandainya aku menuruti setiap yang digariskan, kecederaan itu mampu sembuh sepenuhnya selepas setahun mengikut kepada laporan yang akan dikemukakan oleh doktor selepas jangka waktu itu.
Harapanku semoga kecederaan yang agak teruk sehingga mengakibatkan patah tulang dan keretakan pada 6 abdomen utama. Menyebabkan ianya perlu menjalani rawatan lanjut di hospital selama setahun. Maka dalam masa setahun itu aku mesti melalui rawatan yang rapi dan terperinci bagi memastikan jangka masa setahun yang diletakkan mampu menyembuhkan kecederaan itu sepenuhnya.
Bahkan aku turut terdengar ramai juga dikalangan sahabat-sahabat seperjuangan yang mengalami kecederaan yang teruk dan parah sehingga turut ditahan lagi di hospital untuk rawatan susulan. Semoga kita akan sama-sama diberikan kecekalan menghadapi ujian ini. Mungkin ada hikmah disebalik semua itu untuk kita memikirkannya.
Terima kasih kepada seluruh sahabat-sahabat yang sentiasa menyokong, mendokong dan menyuntik kata-kata semangat supaya diri ini ini tabah, sabar, kuat dan thabat meneruskan perjuangan untuk menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini.
Kata Muthaqqaf : Sesekali segala peristiwa dan kejadian yang berlaku di sekeliling kita merupakan inspirasi dan wasilah bagi menyampaikan sesuatu mesej secara tidak langsung menguji sejauh mana tahap kefahaman seseorang dalam mentatbiq ilmu yang diperolehi. Apa yang menimpa diri penulis dan sahabat-sahabat seperjuangan yang lain merupakan satu didikan ketahanan fizikal dan mental sebelum turun ke medan berhadapan masyarakat.

Nukilan Ilham Nurani,
MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa
MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa
2 comments:
salam..
agaknya anta ni sakit ape yea?
"confuse" kt cni ni.. :)
ape2 pun truskan b'dakwah di jalan Allah..ape yang blaku kadang2 tak t'jangkau di fikiran kita..kesakitan banyak mengingatkan kite bahawa hidup ni x sentiasa sihat walafiat..banyak2kan berdoa..smoga diberikan kecekalan hati utk lalui ari2 y mendatang.. (^_~)
salam....
sakit yg bukan sebarang sakit...
sakit yg begitu memeritkan...
apapun thanx 4 ur advises... (^_^)
Post a Comment