بسم الله الرحمن الرحيم
Malam ini merupakan malam 27 Rejab yang mana pada malam ini berlakunya sebuah peristiwa yang begitu penting kepada umat ISLAM. Iaitu kewajipan solat yang telah pun saya jelaskan pada artikel-artikel sebelumnya. Selain kewajipan paling utama itu, disingkapkan juga pelbagai peristiwa berupa azab siksaan yang dikenakan ke atas mereka yang melanggar perintah ALLAH diperlihatkan kepada NABI SAW. Seterusnya disampaikan kepada kita sebagai peringatan supaya beringat-ingat dahulu.
Namun makhluk yang bernama manusia ini tidak akan pernah merasa insaf kecuali apabila telah diperlihatkan kepadanya. Benarlah kata NABI SAW kepada sahabatnya yang bermaksud : "seandainya kalian semua tahu apa yang aku tahu, nescaya kalian akan lebih banyak menangis daripada ketawa..."
Hening malam gelap yang membungkus,
Desir angin tiada kedengaran,
Gemuruh suara memanggil,
Membangunkan RASUL dari tidurnya.
Jibril berwajah putih bersih,
Bersayap bergemerlapan,
Dari Mekah ke Sidratul Muntaha,
Buraq menawan tujuh petala.
Membelah langit
Langit perak bertatahkan bintang,
Bergantungan rantai-rantai keemasan,
Tiada iblis dan juga syaitan,
Dapat mendengarkan rahsianya TUHAN.
Tabir akhirat disingkapkan,
Membenarkan apa yang diwahyukan,
Dosa pahala dijelaskan,
Dipamerkan tiap pembalasan.
Langit perak bertatahkan bintang,
Bergantungan rantai-rantai keemasan,
Tiada iblis dan juga syaitan,
Dapat mendengarkan rahsianya TUHAN.
Dipertemukan dengan NABI-NABI,
Diperlihatkan ragam malaikat,
Diperbentangkan hari kebangkitan,
Diwajibkan lima waktu sembahyang.
Israk mikraj yang amat panjang,
Disingkatkan menjadi semalaman,
Sukarnya untuk dipercaya,
Hanya keimanan yang membenarkannya.
Kata Muthaqqaf : Moga lirik lagu dan video klip yang merupakan ringkasan kepada perjalanan panjang INSAN TERAGUNG melalui peristiwa Israk Mikraj mampu mengetuk pintu hati kita untuk lebih mendekatkan diri kepada ALLAH seiring meningkatkan kecintaan kepada RASULULLAH SAW. Salam Israk Mikraj!
Nukilan Ilham Nurani,
MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa
MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa
No comments:
Post a Comment