بسم الله الرحمن الرحيم
----------Sekarang bukan bermenung,
Zaman bermenung, (2x)
Mari bersama,
Bersama menjulang ISLAM. (2x)
----------
Apabila teringatkan bait lagu yang diubah suai liriknya oleh Ustaz Akhil Hai suatu ketika dahulu amat bertepatan dengan fenomena tika ini dan sedikit perubahan dari saya sendiri. Andai diamati dalam-dalam maksud sebenar yang ingin disampaikan melalui bait tersebut jelas mengarahkan setiap individu muslim yang berjuang di jalan ALLAH untuk bertindak melakukan perubahan segera mungkin.
Bukan lagi memerhati, melihat dari jauh dengan hanya berpeluk tubuh apatah lagi hanya terdetik dari lubuk hati menandakan rasa kekesalan atas kefasadan yang berlaku di sekeliling kita.
Bila lagi masanya untuk kita bertindak melakukan perubahan yang sememangnya bermula dari diri sendiri? Bila lagi kalau bukan sekarang ini! Sekarang bukan masanya untuk memupuk, menanam apatah lagi menyemai rasa tanggungjawab pada diri sendiri seandainya sesuatu yang telah diketahui akan baik buruk, hukum hakamnya akan tetapi masih tiada anjakan paradigma yang mengubah kebejatan yang kian meruncing ini.
Boikot Yang Tiada Nilainya
Menyentuh soal boikot sepertinya perkara ini dipandang sepi meskipun saban tahun kempen memboikot diperkasakan. Boikot yang dilancarkan bukan suatu mainan. Bukan bersifat suk-suka. Ramai yang menganggap pelaksanaan boikot yang hebat diperkatakan semenjak peristiwa pembunuhan tentera kuffar laknatullah bersama rejim zionis yang dilaknat ke atas negara-negara ISLAM bukanlah hanya sekadar gimik ugutan.
Bahkan sehingga kini kita sendiri lihat bagaimana rejim zionis dan sekutu-sekutunya yang dilaknat ALLAH masih terus membedil penduduk tanah haram Palestin semata-mata untuk menawan Baitul Maqdis. Usaha-usaha mereka ini tidak akan terhenti sampai bila-bila sehinggalah sampai ke suatu waktu yang ALLAH janjikan kemenangan ISLAM.
Untuk sampai kepada hari yang dijanjikan itu memerlukan usaha dan gembelingan yang padu dari seluruh masyarakat ISLAM di merata dunia demi mempertahankan kesucian ISLAM daripada terus diinjak-injak oleh musuh ALLAH itu.
Namun begitu, masih ramai lagi yang terlena akan perkara ini termasuklah para pejuang ISLAM dan penuntut ilmu ALLAH yang lebih mengerti mengenai perkara ini berbanding orang awam. Menurut pemerhatian yang penulis jalankan, masih ramai lagi yang bermudah-mudah malahan menganggap tidak mengapa membeli, menggunakan dan memakai segala produk yang maklum diboikot demi kepentingan saudara-saudara ISLAM di Palestin terutamanya.
Mengapa perkara ini terjadi? Mengapa masih ada di kalangan agamawan yang mengaku pejuang agama ALLAH memandang ringan perkara ini sedangkan mereka sedia maklum bahawa setiap sen dari pembelian tersebut menyumbang kepada setiap bedilan peluru yang dikenakan ke atas saudara seakidah mereka sendiri? Segala persoalan yang dilontarkan ini bukan untuk sentakan kalian sahaja. Bahkan lebih kepada hujahan ke atas diri saya sendiri yang terkadang sanggup membunuh saudara seakidah demi kepentingan diri sendiri!
Ayuh bangkit dan boikotlah segala produk Israel dan Amerika yang dilaknat ALLAH sehinggalah maruah ISLAM diangkat kembali kedudukannya!
Pilihan Yang Terbaik
Setiap individu diberikan kemampuan oleh ALLAH kuasa memilih. Pilihan yang dikurniakan oleh ALLAH untuk memilih antara jalan yang benar atau yang salah, jalan yang baik atau yang buruk, jalan ke syurga atau neraka. Tiap sesuatu itu telah pun diterangkan di dalam Al-Quran dan Sunnah dengan penjelasan yang panjang lebar dan cukup jelas.
Kebebasan memilih sememangnya berada di tangan manusia itu. Sebagai manusia yang menganut agama ISLAM, ditambah pula dengan kelebihan diletakkan oleh ALLAH berada di kalangan orang-orang yang mendalami agama ISLAM seharusnya pegangan ISLAM yang tulen jualah yang menjadi pegangan hidupnya.
Mutakhir ini di era akhir zaman yang timbul bermacam-bermacam perkara baru yang tidak pernah terjadi pada zaman RASULULLAH SAW dan para sahabat yang diredhai ALLAH. Namun tidak bermakna semua perkara baru itu ditolak oleh ISLAM dan tidak diterima ALLAH. Selagi mana perkara baru itu baik dan memberikan manfaat kepada umat manusia ianya diterima.
Untuk memastikan jalan menuju ke syurga, liku-liku untuk sampai ke matlamat tersebut tidak semudah yang digambarkan. Sehinggakan ada di kalangan manusia itu tergelincir di pertengahan jalan jatuh tersungkur ke lembah neraka akibat dari kelemahan iman dan keyakinan yang tidak utuh kepada ALLAH.
Jalan menuju ke syurga amatlah menderita. Kemanisan dunia yang penuh dengan nikmat yang bersifat sementara usah diendahkan dek kerana mampu melalaikan hingga mebawa jauh dari landasan ISLAM.
Pesanan demi pesanan telah diwariskan daripada para ilmuan dan agamawan ISLAM yang mementingkan aspek ISLAM yang perlu diperjuangkan agar para pencinta ilmu mestilah mengadaptasikan ilmu bersama perjuangan menegakkan ISLAM. Tiada kemanisan dalam perjuangan. Tiada kesenangan yang ditabur dalam misi membantu memperjuangkan ISLAM agar akhirnya menjadi syiar untuk umat manusia. Apa yang diharapkan agar sisipan kalam RABBANI dan bisikan wahyu NUBUWWAH meruntun hati-hati para pejuang mengharapkan pimpinan ARRAHMAN sentiasa mengiringi setiap jejak langkah seorang pejuang agama ALLAH.
Teruskan usaha dakwah dalam apa jua lapangan mengikut kemampuan diri masing-masing tanpa menghiraukan celaan dan hamburan cacian yang semestinya menjadi asam garam dalam perjuangan.
Didiklah keluargamu dengan ajaran ISLAM yang syumul. Sedarkanlah masyarakat sekelilingmu dengan tinta ISLAM yang tulen. Kuatkanlah ummahmu dengan syiar ISLAM yang adil penyuluh alam buana.
Jadikan ISLAM cahaya kehidupan. Elakkan fahaman kebangsaan dalam etika hidup kerana fahaman tersebut bisa meruntuhkan kekuatan ISLAM yang datang untuk semua umat manusia bukan untuk bangsa tertentu. Bersatulah di bawah ISLAM dengan bersama membantu sebuah gerakan yang benar-benar membawa ideologi ISLAM untuk keselamatan hidup di dunia akhirat.
Buatlah pilihan yang tepat untuk menempatkan kita di tempat yang benar-benar memperjuangkan ISLAM dengan sebaiknya merangkumi seluruh bangsa, agama dan ideologi bukan perjuangan perkauman yang sempit. Pilihlah sebuah landasan yang benar-benar membawa arus ADDIN yang diredhai ALLAH kerana itu sahajalah jalan yang mampu menjadi saksi dan hujah ketika berhadapan dengan ALLAH kelak.
Kata Muthaqqaf : Moga perkongsian ilmiah yang sedikit ini mampu memberikan injeksi yang semaksima mungkin demi memastikan kelangsungan perjalanan dakwah ISLAM terealisasi dengan jayanya. Terutamanya melalui lapangan politik yang akhirnya mampu merealisasikan segala tuntutan ISLAM melalui Quran dan Sunnah menuju pembentukan Khilafah ISLAMIAH yang gemilang sebagaimana suatu ketika dahulu.
Nukilan Ilham Nurani,
MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa
MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa
No comments:
Post a Comment