بسم الله الرحمن الرحيم
Semenjak PRU12 yang menyaksikan kejatuhan institusi ke'Melayu'an dan kekuasaan sebuah barisan bersifat nasional kononnya namun dilihat sebaliknya apabila terlalu lama berada di kemuncak. Memang benarlah manusia akan mudah lupa dengan amanah dan tujuan sebenar menjadi seorang ketua apabila dikelilingi kilauan harta seandainya asas pegangan agama tiada dalam diri.
Satu persatu kebobrokan dan kebocoran dalam pentadbiran negeri-negeri yang pernah ditadbir oleh gabungan barisan yang bersifat nasional sehingga mengetepikan kepentingan rakyat kerana mengejar harta dan kebendaan.
Perkara ini bukan rekaan dan mainan politik apabila kebobrokan yang didedahkan tiada sanggahan sebaliknya mereka berusaha untuk menutupinya dari terus disensasikan di khalayak rakyat jelata. Rakyat yang dicelikkan dengan kemajuan teknologi maklumat dan intelektual yang tinggi tidak mudah diperbodohkan sekali lagi andai terbukti kebobrokan yang terjadi.
Semenjak PRU12 banyaknya isu yang berlaku bersama pendedahan yang dilontarkan untuk tatapan rakyat setelah kebanyakan negeri dimenangi oleh gabungan Pakatan Rakyat yang dipilih oleh rakyat sendiri. Setelah lebih setahun memerintah negeri-negeri yang pernah diperintah oleh Barisan Nasional khususnya UMNO yang menjadi ketuanya hak rakyat lebih terjamin berbanding apabila ditadbir oleh mereka.
Rakyat yang berada di bawah pemerintahan kerajaan baru Pakatan Rakyat lebih mengetahui bagaimana hak mereka yang selama ini dinafikan mampu direalisasikan sedikit demi sedikit berbanding sebelumnya.
Selasa ini akan berlangsungnya PRK bagi ADUN Manek Urai setelah penyandangnya daripada calon PAS kembali bertemu ALLAH. Namun arus perubahan yang diinginkan oleh rakyat sesekali tidak berubah sepertimana PRK sebelumnya kecuali di Batang Ai, Sarawak yang jelas sukar untuk memperolehi maklumat yang terperinci berkenaan isu semasa yang menyembam Barisan Nasional di Semenanjung Malaysia.
Pihak UMNO yang bertanding melawan calon PAS yang dengan izin akan terus mempertahankan kerusi tersebut dengan majoriti yang lebih besar sebagaimana pandangan beberapa penganalisa politik. UMNO yang kini dilihat ketandusan modal untuk menjatuhkan kerajaan PAS dan Pakatan Rakyat lebih gemar memainkan isu terkebelakangnya Manek Urai khususnya dan Kelantan amnya dari sudut kemajuan dan infrastruktur.
Sebagaimana biasa mereka menawarkan akan menjadikan Manek Urai sebagai 'anak emas' sekiranya UMNO merampas kerusi tersebut dengan memberikan sepenuh perhatian melalui kerajaan persekutuan. Mereka juga mengatakan kerajaan Kelantan tidak mampu memartabatkan ISLAM di negeri Serambi Mekah itu apabila hanya mengeluarkan peruntukan sebanyak RM400 juta berbanding kerajaan persekutuan yang mencecah RM1 bilion.
Malah mereka menuduh kerajaan di bawah Pakatan Rakyat tidak mempunyai kemampuan untuk membangunkan negeri dengan sebaiknya berbanding mereka. Bukankah itu suatu putar belit yang cuba dimainkan untuk memperbodohkan rakyat supaya memastikan memilih Barisan Nasional sampai bila-bila untuk memberikan kemajuan dan pembangunan kepada mereka.
Rakyat jelas dan celik dengan permainan politik Barisan Nasional dan UMNO ini yang tidak akan berubah penyakitnya walau diberikan vaksin yang kuat sekalipun kerana segala doktrin kebendaan telah beraja di dalam hati sanubari mereka.
Penawarnya tidak lain hanyalah kembali kepada asas pegangan berlandaskan ISLAM. Meskipun mereka mendakwa mereka merupakan pejuang ISLAM yang sebenar berbanding PAS dek kerana mereka tubuh lebih awal pada tahun 1946 berbanding PAS pada tahun 1951. Namun sejarah membuktikan perjuangan mereka menegakkan ISLAM hanyalah gimik politik semata-mata untuk mengaburi mata rakyat bahawa mereka memperjuangkan ISLAM. 'Tragedi Natrah' sebagai contoh.
Isu memperjuangkan ISLAM ini jugalah yang dimainkan oleh UMNO untuk menambat hati penyokong setia Tok Guru bagi memastikan kemenangan berpihak kepada mereka selain melaga-lagakan antara pimpinan.
Kepada para pengundi untuk PRK Manek Urai semoga ALLAH berikan petunjuk dan bantuan NYA untuk kalian membuat pilihan yang terbaik. Manakala untuk para penyokong ISLAM dan PAS bersamalah kita memohon keampunan daripada ALLAH agar memberikan kemenangan kepada calon PAS agar perjuangan memartabat Melayu dan ISLAM dapat terus dipertahankan.
Semoga kejayaan, kemenangan dan kegemilangan berpihak kepada ISLAM melalui calon PAS yang akan bertanding bagi mengekalkan kesinambungan perjuangan menegakkan ISLAM yang selama ini diusahakan oleh PAS di Malaysia untuk menggamit redha ALLAH. Seterusnya memahamkan rakyat ISLAM dan bukan ISLAM mengenai keadilan ISLAM yang diajarkan oleh NABI SAW.
Moga ISLAM akan terus menyinar dan memayungi umat manusia seluruhnya dengan keadilan sejagat yang tiada dalam agama lain. ISLAM Memimpin Perubahan, ISLAM Untuk Semua bukanlah retorik bahkan ianya suatu kebenaran yang seharusnya direalisasikan oleh semua individu muslim bukan memperlekehkannya. Salam perjuangan untuk semua!
Kata Muthaqqaf : Semoga kita semua terus thabat dan istiqomah untuk meneruskan silsilah perjuangan para UTUSAN ALLAH dan pewaris yang mengikut jejak langkah yang mulia ini.

Suara demokrasi daripada rakyat semakin bergema memuncak mengharapkan keadilan dan hak yang dideklamasikan acap kali apabila menjelang PRU. Namun janji hanya tinggal janji. Banyak perkara yang diharapkan memberikan kemudahan dan kesenangan untuk rakyat terutamanya umat ISLAM hilang entah ke mana.
Semenjak PRU12 banyaknya isu yang berlaku bersama pendedahan yang dilontarkan untuk tatapan rakyat setelah kebanyakan negeri dimenangi oleh gabungan Pakatan Rakyat yang dipilih oleh rakyat sendiri. Setelah lebih setahun memerintah negeri-negeri yang pernah diperintah oleh Barisan Nasional khususnya UMNO yang menjadi ketuanya hak rakyat lebih terjamin berbanding apabila ditadbir oleh mereka.
Rakyat yang berada di bawah pemerintahan kerajaan baru Pakatan Rakyat lebih mengetahui bagaimana hak mereka yang selama ini dinafikan mampu direalisasikan sedikit demi sedikit berbanding sebelumnya.
Selasa ini akan berlangsungnya PRK bagi ADUN Manek Urai setelah penyandangnya daripada calon PAS kembali bertemu ALLAH. Namun arus perubahan yang diinginkan oleh rakyat sesekali tidak berubah sepertimana PRK sebelumnya kecuali di Batang Ai, Sarawak yang jelas sukar untuk memperolehi maklumat yang terperinci berkenaan isu semasa yang menyembam Barisan Nasional di Semenanjung Malaysia.
Pihak UMNO yang bertanding melawan calon PAS yang dengan izin akan terus mempertahankan kerusi tersebut dengan majoriti yang lebih besar sebagaimana pandangan beberapa penganalisa politik. UMNO yang kini dilihat ketandusan modal untuk menjatuhkan kerajaan PAS dan Pakatan Rakyat lebih gemar memainkan isu terkebelakangnya Manek Urai khususnya dan Kelantan amnya dari sudut kemajuan dan infrastruktur.
Sebagaimana biasa mereka menawarkan akan menjadikan Manek Urai sebagai 'anak emas' sekiranya UMNO merampas kerusi tersebut dengan memberikan sepenuh perhatian melalui kerajaan persekutuan. Mereka juga mengatakan kerajaan Kelantan tidak mampu memartabatkan ISLAM di negeri Serambi Mekah itu apabila hanya mengeluarkan peruntukan sebanyak RM400 juta berbanding kerajaan persekutuan yang mencecah RM1 bilion.
Bolehlah mereka mendabik dada sedemikian kerana mereka yang mengawal keluar masuk wang negara tetapi menafikan peruntukan yang sepatutnya turut disalurkan kepada negeri-negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat sebagaimana negeri-negeri yang mereka kuasai. Oleh kerana tiada peruntukan yang disalurkan bagaimana untuk memastikan segala pembangunan dar pelbagai sudut mampu dibangunkan dengan jayanya.
Malah mereka menuduh kerajaan di bawah Pakatan Rakyat tidak mempunyai kemampuan untuk membangunkan negeri dengan sebaiknya berbanding mereka. Bukankah itu suatu putar belit yang cuba dimainkan untuk memperbodohkan rakyat supaya memastikan memilih Barisan Nasional sampai bila-bila untuk memberikan kemajuan dan pembangunan kepada mereka.
Rakyat jelas dan celik dengan permainan politik Barisan Nasional dan UMNO ini yang tidak akan berubah penyakitnya walau diberikan vaksin yang kuat sekalipun kerana segala doktrin kebendaan telah beraja di dalam hati sanubari mereka.
Penawarnya tidak lain hanyalah kembali kepada asas pegangan berlandaskan ISLAM. Meskipun mereka mendakwa mereka merupakan pejuang ISLAM yang sebenar berbanding PAS dek kerana mereka tubuh lebih awal pada tahun 1946 berbanding PAS pada tahun 1951. Namun sejarah membuktikan perjuangan mereka menegakkan ISLAM hanyalah gimik politik semata-mata untuk mengaburi mata rakyat bahawa mereka memperjuangkan ISLAM. 'Tragedi Natrah' sebagai contoh.
Isu memperjuangkan ISLAM ini jugalah yang dimainkan oleh UMNO untuk menambat hati penyokong setia Tok Guru bagi memastikan kemenangan berpihak kepada mereka selain melaga-lagakan antara pimpinan.
Apapun cubaan, dugaan dan permainan politik yang dimainkan oleh pihak lawan untuk merampas kerusi Manek Urai diharap ianya hanyalah mimpi di siang hari. Rakyat Kelantan meskipun jauh ketinggalan dari sudut pembangunan yang dalam proses seiring dengan pembangunan agama dan modal insan. Bukan hanya membangun dari sudut kemajuan material semata-mata.
Kepada para pengundi untuk PRK Manek Urai semoga ALLAH berikan petunjuk dan bantuan NYA untuk kalian membuat pilihan yang terbaik. Manakala untuk para penyokong ISLAM dan PAS bersamalah kita memohon keampunan daripada ALLAH agar memberikan kemenangan kepada calon PAS agar perjuangan memartabat Melayu dan ISLAM dapat terus dipertahankan.
Semoga kejayaan, kemenangan dan kegemilangan berpihak kepada ISLAM melalui calon PAS yang akan bertanding bagi mengekalkan kesinambungan perjuangan menegakkan ISLAM yang selama ini diusahakan oleh PAS di Malaysia untuk menggamit redha ALLAH. Seterusnya memahamkan rakyat ISLAM dan bukan ISLAM mengenai keadilan ISLAM yang diajarkan oleh NABI SAW.
Moga ISLAM akan terus menyinar dan memayungi umat manusia seluruhnya dengan keadilan sejagat yang tiada dalam agama lain. ISLAM Memimpin Perubahan, ISLAM Untuk Semua bukanlah retorik bahkan ianya suatu kebenaran yang seharusnya direalisasikan oleh semua individu muslim bukan memperlekehkannya. Salam perjuangan untuk semua!
Kata Muthaqqaf : Semoga kita semua terus thabat dan istiqomah untuk meneruskan silsilah perjuangan para UTUSAN ALLAH dan pewaris yang mengikut jejak langkah yang mulia ini.
Nukilan Ilham Nurani,
MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa
MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa
No comments:
Post a Comment