Video Klip Pilihan

Thursday, March 01, 2007

.:: Hiasi Jalan Dakwahmu Dengan Keberkatan ::.

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera ke atas sahabat-sahabat sidang ilmuan yang disayangi sekalian. Didoakan semoga kalian semua sentiasa berada dalam lingkungan rahmat dan redhanya selamanya. Segunung kesyukuran dihamparkan kehadrat Sang Pencipta Sekalian Alam yang mengurniakan pelbagai nikmat yang tidak terhinagga banyaknya. Alhamdulillah. Juga selaut ungkapan selawat dan salam dihadiahkan kepada Junjungan Besar S.A.W atas segala pengorbanan yang tidak dapat tidak perlu kita hayati bersama perjalanan hidup Insan Teragung ini. Dengan izinNya jugalah kita dapat menghirup udara iman dan Islam yang terpatri kukuh di dalam hati sanubari kita. Perlunya kita menghayati sirah perjuangan hidup Baginda S.A.W sejak awal penyebaran Islam hinggalah tersebarnya ke seluruh pelosok dunia.

Sebelum diri ini melangkah lebih jauh ke dalam medan perjuangan yang bakal mengurangkan peluang bagi diri ini untuk menyampaikan dan menerangkan kepada sidang ilmuan dan juga para pembaca yang setia melawati dan menziarahi laman yang tidak seberapa ini. Walau apapun yang akan ditentukan oleh Allah S.W.T dalam Luh Mahfuz merupakan ketetapan yang tidak boleh tidak bagi kita mengikuti susunannya. Akan tetapi masih ada peluang bagi diri kita untuk mengubah ketetapan yang sememangnya diberikan rukhsah kepada kita untuk mengubah sesuatu yang buruk itu. Insyaallah akan dibincangkan dalam topik yang mendatang.

Seingat saya pada tiga minggu yang lepas, ketika mana didalam satu kelas pengajian Sheikh Agil Yamani yang mana beliau memberikan satu garis panduan dan landasan bagi sesiapa yang ingin berdakwah, berkhutbah, berceramah dan seumpama dengannya juga bagi sesiapa yang terlibat dalam bidang dakwah melalui penulisan termasuklah media massa dan media cetak. Sekadar panduan kita bersama untuk memberikan impak dan kesan yang lebih mendalam pada sidang pendengar dan pembaca. Yang mana kalau dilihat seandainya para pendakwah dalam apa jua wasilah yang menginginkan keberkatan perlu mengikut landasan yang sememangnya telah dilaksanakan oleh para ulama, da'ie apatah para Anbia' Alaihimus Solatu Was Salam.

Apa yang disampaikan oleh sheikh kami yang banyak menerima ilmu-ilmu dan thaqafah Islam di bumi Yaman yang terkenal dengan bumi Ahli Baitnya kerana terdapat banyaknya Ahli Bait Rasulullah S.A.W yang berasal dari keturunan Saidina Husin R.A kalau tidak silap saya. Harap ditegur sekiranya ada sebarang kesilapan fakta. Keturunan dari Saidina Hasan R.A adalah keturunan yang lebih suka menetap di sesuatu tempat manakala keturunan dari Saidina Husin R.A pula keturunan yang lebih suka mengembara. Itulah sebab kalau dilihat nasab dari Saidina Husin R.A lebih banyak dan berkembang hingga ke Asia. Insyaallah untuk makluman lebih lanjut akan saya terangkan dalam keluaran mendatang.

Berbalik kepada perbincangan asal kita mengenai keberkatan dalam menyampaikan dakwah dalam apa jua wasilah yang digunakan. Antara perkara-perkara yang boleh dikatakan wajib bagi setiap da'ie dalam menyampaikan dakwahnya agar lebih berkesan dan berkat seperti yang berikut:

  • Dimulakan dengan Basmalah (Bismillahirrahmanirrahim)
  • Diikuti dengan Hamdalah (Alhamdulillah...)
  • Diikuti dengan Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Besar S.A.W
  • Kemudian disertai dengan "wa ba'du" atau "amma ba'di" dan Saidina Daud A.S org pertama yang memulakan uslub ini.
  • Dan yang terakhir adalah menerangkan tajuk yang ingin dibincangkan didalam dakwah atau penulisan tersebut.

Namun apa yang saya nak tekankan disini sebenarnya adalah saya dahpun sah menjadi Badan Pengurus PMRAM yang kita cinta dengan memegang portfolio Badan Kebajikan Dan Tabung Derma. Saya bersama-sama dengan sahabat-sahabat seperjuangan PMRAM akan berusaha memberikan yang terbaik kepada sahabat sekalian. Dalam masa yang sama, sokongan, doa, bantuan dan komitmen dari sahabat sekalian semua juga kami harap-harapkan untuk memastikan PMRAM akan terus bertahta di hati kita semua demi memartabatkan seruan Al-Azhar dan Islam itu sendiri.


Rasanya sudah cukup panjang lebar syarahan saya ini. Apa yang diharap dari penyampaian ini dapat memberikan sebanyak-banyaknya manfaat lantas memulakan satu jalan dakwah yang lebih berkesan dan diberkati. Moga-moga begitulah hendaknya. Dengan ini bermulalah perjalanan yang penuh cabaran yang mencabar keimanan dan ketahanan mental jua fizikal buat saya secara rasminya hari ini. Aja-aja fighting! Go go ichigo.

MaHbUb MaRdHaTiLLaH,

ZuLmArWa

No comments: