Video Klip Pilihan

Friday, March 30, 2007

.:: Utusan Untuk Dunia ::.



بسم الله الرحمن الرحيم


Suasana maya gelap gempita
Berterusan bengkangnya tanpa tujuan
Sembahan di hati tiada sempadan
Terus menerus menongkah arus
Kegelapan yang nyata semakin membelenggu
Hukum Tuhan lenyap di mata

Muncul sejarah hari dinanti
Alam buana terpana seketika
Abrahah nan gah habuan ulat
Kisra nan indah runtuh tiada diduga
Ketuhanan Majusi lenyap tanpa disangka
Gemerlap kiblat bumi arab
Tiba lahirnya riwayat teragung

Penantian semesta menyingkap rahsia
Sebutan terpuji tiada berpenghujung
Luar batasan ketentuan zaman
Insan utusan untuk dunia
Rangkuman mata kasar bahkan halus
Amanat anugerah tiada toloknya
Penutup utusan pelengkap dunia
Kekasih Yang Esa penghulu utusan
Ciptaan teristimewa kebanggaan ummah

Perjuangan mengalir rancak memuncak
Syiar Ilahi utama tergambar
Iringan gemblengan sahabat nan setia
Mendamba syahid cinta Penguasa
Menjanjikan keenakan nan abadi
Buat pencinta mutlak Ilahi
Membawa simfoni kesejahteraan sejagat

DIALAH utusan untuk dunia
Penyuluh sinar penghubung ketuhanan
Penyebar kebenaran tanpa jemu
Mendalam kasihnya menggunung cintanya
Mengharap ummah seiring langkah firdausi
Menuju rahmat mardhatillah
Sinar ketenangan pencetus mahmudah
Ikutan semasa qudwah sepanjang zaman
Salam untukmu duhai buah hatiku

DIALAH utusan untuk dunia...

( Bersempena dengan maulid nabawi dan bulan Rabiul Awal yang mulia ini )

Ciptaan Ilham Nurani,


MaHbUb MaRdHaTiLLaH,

ZuLmArWa


No comments: