Video Klip Pilihan

Friday, April 17, 2009

|| Hancurnya Sebuah Identiti ||

بسم الله الرحمن الرحيم

Memang sah. Tidak perlu disangkal lagi berdasarkan maklumat yang sahih ditambah dengan bukti yang kukuh. Rata-rata umum masyarakat Azhari telah pun mengetahui mengenai program yang menjahanamkan identiti Azhari sekaligus bakal mencabut nama pendaulat ISLAM. Apakah ini yang dikatakan dengan membentuk modal insan yang bakal memimpin ISLAM dan negara kelak? Dan adakah budaya seumpama ini ingin disemai terhadap penadah ilmu ALLAH yang diajar untuk menjaga segala adab dan moraliti terhadap ilmu yang suci bersih itu?

Yang paling teruk apabila Bazaria ASEAN yang dianjurkan bercampur baur di antara lelaki dan perempuan tanpa ditetapkan kawasan yang tertentu. Daripada para peniaga yang tanpa segan silu berniaga bersebelahan apatah lagi para pengunjung. Manusia yang dikurniakan nafsu oleh ALLAH tidak akan lepas dari ikhtilat dalam situasi tersebut sekiranya tiada pencegahan sejak dari awal. Apa yang saya lihat, penganjur yang melibatkan seluruh persatuan mahasiswa Malaysia di Mesir kecuali PMRAM, BKAN dan DPM ini seolah-olah sudah hilang pedoman agama. Apa yang mereka lihat hanya keseronokan, kepuasan hati dan tidak keterlaluan hanya mengikut nafsu semata melalui peruntukan yang amat besar. Tidak hairanlah mereka hilang akal.


Bahkan ada dicelah-celah ribuan mahasiswa yang katanya bercita-cita untuk menaikkan syiar ISLAM menafikan mengenai fenomena yang tidak sihat ini. Sebelum ini bukan main naik tocang menghentam PMRAM buat program waktu kuliah dan sebagainya. Saya rasa mahasiswa yang cerdik lagi pandai sehingga berjaya mendapat tempat di Universiti Al-Azhar dan sewaktu dengannya bijak dalam memikirkan isu yang saya utarakan ini.

Paling memeranjatkan saya setelah melihat ahli jawatankuasa program yang terdiri dari wakil-wakil persatuan mahasiswa Mesir dari kalangan [IJAN] sebagaimana saya sebutkan dalam artikel sebelum ini 'buat bodoh' macam tak bersalah mengheret para Azhari khususnya ke kancah maksiat. Teganya mereka menjemput para penari dari Indonesia untuk mempersembahkan tarian joget kebudayaan mereka di khalayak. Bahkan turut disaksikan oleh Pengarah JPMK dan beberapa orang pegawai KBMK/JPMK dididik dengan pendidikan agama yang hebat!

Di manakah mereka di kalangan ABIM dan ISMA (JIM) yang dikenali memartabatkan ISLAM sehingga membiarkan tarian joget ini dipertontonkan! Nadi UMNO Mesir tidak perlu dipersalahkan kerana mereka memang sudah kebal dan kerap menghiasi program-program mereka dengan manhaj sedemikian. Mujurlah saya tidak hadir memikirkan pasti perkara yang sama akan berlaku seperti tahun sebelumnya. Rupanya lebih teruk! Saya berharap pertubuhan tersebut [ABIM dan ISMA (JIM)] di masa mendatang seharusnya menjaga ISLAM dengan sebaik-baiknya bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berulang kembali.


Saya mengucapkan tahniah kepada barisan kepimpinan PMRAM sesi 2009 yang diketuai oleh Presiden sendiri ketika mana mengadakan lawatan rasmi ke Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) dan Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) bertemu dengan pengarah dan Datuk Duta supaya ditangguhkan program tersebut. Namun tindak balas yang diterima amat mengecewakan dengan alasan segala persiapan telah dilakukan. Apapun usaha kalian untuk menyuarakan suara ahli amat dihargai memandangkan program tersebut amat hampir dengan bulan peperiksaan.

Saya berharap kepada sesiapa yang berkenaan untuk membuat permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh mahasiswa di Mesir ini kerana menghidangkan tarian joget yang jelas mencabut identiti mahasiswa ISLAM! Usah samakan keadaan di Malaysia dan selainnya sehingga merosakkan agenda pembentukan modal insan RABBANI yang bakal mengubah budaya yang tidak sihat ini di tanah air kelak. Saya juga meminta kepada seluruh mahasiswa ISLAM yang waras supaya sama-sama beristighfar kepada ALLAH atas apa yang telah berlaku kerana kegagalan kita untuk mencegah perjalanan program tersebut.

Untuk akhirnya berikut saya sertakan rakaman video yang sempat direkod oleh seorang sahabat secara tidak langsung sebagai bukti untuk menolak kenyataan yang menafikan dan menyokong tarian joget khususnya dan program tersebut umumnya. Seandainya ingin diadakan tarian joget itu khususkan untuk Hawa kerana apa yang ada pada kaum Hawa seluruhnya adalah aurat dan HARAM bagi kaum lelaki ajnabi melihatnya tanpa sebab yang membolehkan menurut pandangan majoriti ulama.

***Atas beberapa teguran, video yang menyiarkan tarian tersebut dikeluarkan. Sesiapa yang ingin menontonnya kalian sekadar menyaksikannya di link ini. Terima kasih atas segala teguran yang diberikan. Penulis sekadar ingin menyatakan pandangan dan berkenaan ketidak wajaran beberapa perkara teknikal yang seolah-olah dibiarkan tanpa sebarang teguran.

Kata Muthaqqaf : Penulis tidak hadir di sepanjang 3 hari Festival ASEAN tersebut berlangsung. Namun atas rasa sensitiviti sebagai seorang yang cintakan biah yang solehah dan tiada sesiapa yang merasakan ianya satu kesalahan yang perlu di tegur, maka penulis mulakan langkah agar ianya tidak berulang kembali. Jangan sekali-kali kalian cuba untuk mencabut keizzahan ISLAM yang tersemat sebelum ianya dipersoal di hadapan ALLAH kelak!


Nukilan Ilham Nurani,

MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa

25 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum.
ini baru tarian joget.
dah nak kecoh2.
di malaysia tu bersepah hiburan2 seperti ini.
bahkan ada yg lebih best lagi.
apa yang warga alazhar ni boleh buat?
balik malaysia skadar duduk diam.
kalau di mesir ni boleh la cakap besar.gaya pemimpin.
ini betul dan itu salah.
balik kampung...tanam jagung la..

Muthaqqaf Azhari said...

waalaikumussalam...
sbb itulah kena didik kt sini lg...
dh klu dr kt mesir dh nk dididik mcm kt msia yg dh sedia hancur xpayahla aku nk sibuk2 bgtau dan heboh2...
kalau ko nk menyokong dgn joget2 yg dibuat tu...
moga Allah pelihara kami yg mencintai biah solehah islamiah yg ditekankan oleh Rasulullah SAW...
drpd berdiam diri mcm merestui program tersebut lbih baik protes utk mengecam program2 sedemekian berulang lagi...
ya, kita yg tau tentang kehancuran kt Msia tu akan dipertanggungjawabkan kelak!
dh tau kenalah laksanakan tanggungjawab ni...
dan tanggungjawab ini xkn terlaksana andai pemerintah negara sendiri pandang enteng perkara ini...
fikir2kanla jgn duduk nk menghentam org yg cintakan kebenaran!

Anonymous said...

sila layari utk penjelasan:

http://ismamesir.com/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=134:kenyataan-rasmi-penglibatan-isma-mesir-dalam-feksas-09&catid=54:setempat&Itemid=113

Muthaqqaf Azhari said...

syukran atas makluman tersebut...

Yang Pelik said...

Saya musykil dgn kenyataan saudara ttg penglibatan JIM (yg mmg xder langsung kat ardhil kinanah ni) dan ABIM yang bila sy teliti balik xder langsung terlibat dengan karnival tu, tidakkah hal ni mempunyai unsur fitnah atas dua organisasi NGO tersebut? Wallahu'alam

Anonymous said...

salam
Semoga Allah merahmati akhi, mengasihi, memberi petunjuk dan mengampunkan keterlanjuran akhi..Moga akhi lebih berhati2 mengeluarkan kenyatan, menyelidiki serta tidak terburu2 menghukum pihak2 tertentu..

Yang Pelik said...

Lagi satu, akronim 'I' dalam JIM stands for Islah manakala dlm ISMA stands for Ikatan, bukannya Islam seperti yang saudara war-warkan.

Muthaqqaf Azhari said...

Salam... trima kasih atas segala teguan yg diberikan... segala yg salah dan silap telah saya perbetulkan...

ala kulli hal keberadaan mereka (ABIM) di ARMA setidak2nya berusaha menyekat dan menghalang dr sebarang ikhtilat dan perkara yg tidak diingini dari terjadi...

Andai PMRAM ditempatkan di ARMA sudah pasti keadaan sebegitu tidak akan dibiarkan bermaharajalela...

Namun segalanya adalah kehendak ALLAH utk menunjukkan kpd masyarakat pelajar berkenaan kekhalalan yg berlaku sbg pegajaran kpd semua pihak...

Anonymous said...

haaa..........
lain kali siasat dlu...
ni main ckp semberono jek!!!
tak habis2 mengangkat diri sndri...
hish!!! geramnye...
hahaha!!!
"Andai PMRAM ditempatkan di ARMA sudah pasti keadaan sebegitu tidak akan dibiarkan bermaharajalela..."
alamatnye...ntah ape la yg akn jadi pada arma....

Muthaqqaf Azhari said...

xpuas hati lg ker?
kan saya dh ckp andai ditentukan ALLAH...
PMRAM tidak akan pernah menganjurkan dan meredhai program2 yg melanggar etika dan disiplin ISLAM yg syumul dan cantik sistemnye...
dh3la tu...
sama2 bermuhasabah...
yg dh bersalah kembali ke jalan ALLAH...
usah nk menuding pd saya dan beberapa org yg terang2 xbersetuju dgn program tersebut krn membelakangkan lunas2 ISLAM yg indah itu...

Yang Pelik said...

saya masih keliru dengan statement ISMA(JIM) kerana kedua-duanya adalah dua badan yg berbeza. Kenapa masih perlu dikaitkan lagi JIM dlm hal ini? ISMA sendiri dah mengeluarkan kenyataan rasmi mereka, jd adakah mereka masih berhak dipersalahkan?

Muthaqqaf Azhari said...

terpulang pd penilaian masing2...
pertubuhan yg berbeza tpi saluran yg sama...
dh mmg mereka ada dan melibatkan diri utk menaikkan nm Malaysia di persada antarabangsa...
so terimala seadanya...
dan muhasabah akan dtg supaya dpt membersihkan nama pertubuhan yg anda sanjungi itu...

Anonymous said...

tu la..saya pon pelik..tabyyun la dulu ustaz..

Anonymous said...

cukup2 la tu ustaz..better mohon maaf kat individu2/badan2 yg ustaz dah kate tu..atau fitnah la kot sebab banyak yg x benar...

Anonymous said...

"Memang sah. Tidak perlu disangkal lagi berdasarkan maklumat yang sahih ditambah dengan bukti yang kukuh."

Anonymous said...

takde maknanya dia ni nak minta maaf.
nanti jatuh pulak saham dia.

Muthaqqaf Azhari said...

tula pelik gak...
saya dh bape kali minta maaf...
mmg budaya maaf memaafi dituntut dlm ISLAM...
tpi wajarkah saya je yg kena minta maaf sdgkan isu yg paling memalukan ini tiada pihak yg membuat maaf secara terbuka selain ISMA??
setakat nk mohon maaf dh byk dh saya mohon maaf...
korang je yg xabis2...
dh klu benang dh basah xyahlah nk ditegakkan...
tetap akan jatuh...

firdausahmad said...

da terang lagi bersuluh..xde black out pn...kalu da silap tu ngaku je...org cume nk tegur kesilapn..so terima jela..jgn la nk salahkn org yg mnegur pulak...huh~

Muthaqqaf Azhari said...

ni nk tegur sape?
sape yg xterima dan xngaku atas kesilapan?
okla saya mengaku dan dh mohon maaf pun atas kesilapan maklumat dan telah mengubahnya pun...
harap smua dapat berlapang dada dgn apa yg telah terjadi dan buat pihak yg berkenaan yg masih xmengaku silap mengakulah sblm dihadapkan di hadapan ALLAH kelak...
bukan ssh sgt pun nk mohon maaf...
takut jatuh maruah diri dr maruah ISLAM ker??

Anonymous said...

ISMA= JIM pastu tak puas hati buat KONSIS=ALAMI ...ala semua org kt IPTA tahu..ikhwah laa sangat..lepas ni ape lagi tah nk ditubuh..asyik tak puas hati jer..nyampah..

Anonymous said...

kkdg sedih tgk keadaan ISMA..sanggup bersama umno semata-mata ingin menaikan namanya..mula2 nk jgk join ISMA..tp tgk ISMA ni asyik tarik org yg best jer, pastu cari yg berduit, mcm2 laa..pastu bagtau ade link ngan IKHWAN betul ker ..ana dgr ngan kwn AQ zaqaziq laa..

budak xreti said...

salam membuka langkah ... amboi suma pakat bubuh ko rasul nih... ish2 ISMA..korang kalo xmkn cabai jgn laa duk minta air .. tp awat kuat minta air nih pedas ker... tu la ckp power tp bila buat program haru biru ..bukan nk kata tp betui pa ..tgk lanih riuh dah pasal joget biar pon hangpa xanjur tp hangpa dlm komoditi pengajur jugak tau ... Aku rasa kalo program nih best n xde kes camni mesti hang pa banggakan .. tp bila kes jadi camni mula pakat jadi cerca merba abih...mula marah bila org kutuk hang pa abih .. dah mmg silp pon ... silp buat program tak selidik elok2 ... pastu pakat nak lepas tgn .. masalh sekarang org duk bincang maruah budak mesir woi .. aku malu gila tepon mesia kene kutuk ... padahal aku ni xtau pon .... ini sapa lagi... aku tau korang cuma urus nasyid jaa.. tp cuba hang pa pikiaq bala duk terima kat saPA.. kalo orang lain xkena xpa laaaa.. masalah silp maklumat tu biasa laaa tp dia tegur hang pa terima laaa sudah laaaa.... jangan jadi haprak abih ... aku nih xreti protokol program tp aku tau nk betanggungjwab pasal banda ada kait dgn kita ... jangan jadi kera masuk kampung plak .... relak rasul hang xpayah mintak maap .... belajar laa piki .

Anonymous said...

kawan2 dah nak exam lah tk yah gaduh2.... kite focus kan utk xm dulu k... tak baik gaduh2 sesama islam...

Anonymous said...

wow.. ade time seh korang nak kecoh2 pasal ni.. apapepon selamat berimtihan.. kullu bittaufiq wannajah amin..

firdausahmad said...

owh~ maaf..jgn salah fhm..peace....cume untuk menegur org yg bersalah (mereka menganjurkn tarian yg mereka tidak ketahui)kerana kesalahan mereka..w/pn selepas mengetahuinya, mereka tetap meneruskn tarian tersebut...mereka yg perlu mnta maaf dan bukannya anda...mereka yg mengatakn bahawa skill tarbiyah mereka lebih hebat tp telah melakukn perkara yg sgt2 memalukan..memalukan pendokong agama dan islam itu sendiri...islam will dominate the world..