Video Klip Pilihan

Tuesday, August 18, 2009

|| Undian Anda Adalah Penentuan! ||

بسم الله الرحمن الرحيم


Hari ini merupakan hari penentuan untuk Badan Kebajikan Pelajar Johor Di Mesir (BKPJM) bagi menentukan siapa bakal kepimpinan yang bakal menyambung kesinambungan agenda badan kebajikan untuk anak-anak Johor di Mesir. Meneruskan segala agenda disamping menambah baik segala kekurangan demi memastikan kebersamaan ahli dapat disatukan.

Bertempat di Rumah Johor Haiyu Thamin, Madinat Nasr bermula pada jam 8 pagi akan dimulakan dengan acara perasmian dan pembuangan undi bagi calon-calon yang bertanding. Untuk itu diminta kepada seluruh anak-anak Johor yang berada di Perlembahan Nil ini dapat turun ke Kaherah bagi menunaikan tanggungjawab selaku ahli. Bagi memilih calon AJKT yang selayaknya menerajui kepimpinan akan datang.


Dan buat julung-julung kalinya pada tahun ini berlaku pertandingan bagi merebut jawatan Yang Dipertua berbanding calon AJKT yang memang kerap berlaku. Ianya sekaligus membidas kalam-kalam nista yang bermulut busuk mengatakan AJKT di BKAN dan DPM tidak telus kerana setiap calon yang naik menang tanpa bertanding!


Untuk itu saya selaku pengarah Lajnah Khas Mesyuarat Agung Tahunan BKPJM pada tahun ini yang layak membuang undi untuk menentukan calon YDP dan AJKT akan datang dengan berbesar hati mengharapkan seluruh ahli Johor yang berada di Kaherah dan cawangan dapat memilih calon tersebut yang selayaknya. Pastikan anda datang membuang undi pada waktu yang ditetapkan bagi mengelakkan undian anda menjadi sia-sia.

Masing-masing calon yang bertanding mempunyai sumbangan dan jasa masing-masing seterusnya matlamat tersendiri demi memastikan BKPJM terus ke hadapan membentuk para siswa siswi yang berketrampilan, berthaqafah dan berwibawa untuk berhadapan dengan masyarakat kelak.

Buatlah pilihan yang terbaik. Bulatkan tekad dengan memilih calon yang sebaiknya yang mampu membawa ahli Johor khususnya terpimpin menuju mardhatillah dengan prinsip ISLAM yang kamil. Andai masih wujud kesangsian, bermohonlah kepada ALLAH agar memberikan petunjukNYA dalam membuat pilihan yang terbaik yang benar-benar memenuhi ciri-ciri kepimpinan ISLAM yang digariskan.

Selamat membuang undi!

Kata Muthaqqaf : Undian anda adalah penentu kepada kesinambungan pentadbiran BKPJM bagi sesi akan datang. Undilah Ustaz Basir Mohammed untuk memastikan segala perancangan dari sudut kecemerlangan, pembentukan syakhsiah muslim dan agenda kebajikan dapat diperkasakan seterusnya diperbaiki sekaligus menyatukan kembali perpaduan ahli Johor agar kembali kukuh atas dasar ISLAM yang syumul. Tunaikan kewajipan, undilah untuk kebaikan sejagat! Undilah Ustaz Basir Mohammed sebagai calon YDP BKPJM bagi sesi 2009/2010!

Nukilan Ilham Nurani,

MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa

2 comments:

Anonymous said...

kau pengarah, siap kau pun promote calon

Mohd Rasul Bin Amat said...

hahahaha..
apsal lak xleh?
aku bukannya Pengarah SPR yg mmg semestinya mesti neutral...
ko ni pun...
aku just Pengarah Lajnah Mesyuarat Agung Tahunan yg dibenarkan membuang undi...
so aku pun berhak la nak promote mana2 calon yg aku rasa layak n sesuai...