بسم الله الرحمن الرحيم
Minggu-minggu terakhir bulan Julai memasuki bulan Ogos merupakan saat-saat yang mendebarkan. Kedengaran di sana sini natijah demi natijah telah pun diumumkan. Pengumuman yang dibuat melalui dinding-dinding fakulti masing-masing seterusnya disebar luaskan dari mulut ke mulut. Begitulah keadaan yang kebiasaannya berlaku tatkala natijah peperiksaan dipaparkan secara rasmi selepas natijah kontrol yang masih belum boleh diterima sepenuhnya dikeluarkan.
Setakat ini, para siswa siswi Fakulti Bahasa Arab dan Pengajian ISLAM telah mengetahui natijah masing-masing secara rasmi. Begitu juga siswa siswi Fakulti Perubatan. Ketentuan ALLAH mengatasi segalanya. Di sana pasti ada yang lulus dan ada yang gagal.
Segalanya di luar jangkaan otak manusia. Tiada siapa yang menyangka ujian yang ALLAH akan berikan kali ini. Ujian kelulusan ataupun kegagalan. Kita hanya mampu berusaha yang terbaik ketika berlangsungnya peperiksaan. Diikuti dengan doa, istiqamah dan tawakal sebagai tongkat bagi memohon ihsan dariNYA.
Apabila disandarkan keimanan dan ketakwaan kepada ALLAH, ditambah dengan kecintaan dan kerinduan yang tidak berbelah bahagi kepadaNYA sudah pasti di sana banyak tribulasi yang menanti.
Buat sahabat-sahabat, adik-adik siswa siswi yang telah mengetahui natijah masing-masing, bersyukurlah di atas setiap ketentuan itu. Baik yang berjaya mahupun yang tidak berjaya. Pasti ada hikmah disebalik ketentuan yang MAHA ESA. Banyakkan bersabar dan kuatkan semangat moga ada sinar kejayaan menanti di kemudian hari.
Usah dilayan putus asa. Usah dituruti patah hati. Pasakkan sepenuh kepercayaan kepada ALLAH yang mengatur segala percaturan dalam hidup manusia. Berbekalkan usaha, doa, istiqamah, tawakal dan redha akan ketentuanNYA meningkatkan ketakwaan dengan manisnya iman dalam diri.
Begitu juga buat diriku dan kalian yang masih menanti natijah dengan penuh kebimbangan, teruskan berdoa, berharap dan meminta hanya kepadaNYA moga diberikan natijah yang cemerlang. Tanamkan azam dan cita-cita moga ketentuan yang bakal diterima adalah semata-mata keranaNYA. Demi membantu ISLAM, memartabatkan ADDIN di Malaysia seterusnya berbakti kepada umat ISLAM.
Kata Muthaqqaf : Tahniah kepada yang berjaya dan yang tidak berjaya. Hakikatnya kita berjaya melalui peperiksaan untuk menguji tahap penguasaan kita terhadap satu-satu ilmu. Cumanya tahap pemahaman yang kita fahami masih belum menepati kehendak pensyarah memerlukan kita untuk memahaminya dengan lebih mendalam. Harapannya moga ilmu-ilmu yang diperolehi mampu meyakinkan kita untuk terjun berhadapan di gelanggang masyarakat kelak.

Selebihnya redha akan setiap natijah dan takdir yang ditentukanNYA. Mungkin ada hikmah disebalik ketentuan itu. Bersangka baiklah terhadap ALLAH yang maha berkuasa akan tiap-tiap sesuatu. Keyakinan terhadap usaha yang digembleng dengan sepenuh hati tidak semestinya membuahkan kejayaan walaupun itu adalah syarat untuk berjaya.
Apabila disandarkan keimanan dan ketakwaan kepada ALLAH, ditambah dengan kecintaan dan kerinduan yang tidak berbelah bahagi kepadaNYA sudah pasti di sana banyak tribulasi yang menanti.
Buat sahabat-sahabat, adik-adik siswa siswi yang telah mengetahui natijah masing-masing, bersyukurlah di atas setiap ketentuan itu. Baik yang berjaya mahupun yang tidak berjaya. Pasti ada hikmah disebalik ketentuan yang MAHA ESA. Banyakkan bersabar dan kuatkan semangat moga ada sinar kejayaan menanti di kemudian hari.
Usah dilayan putus asa. Usah dituruti patah hati. Pasakkan sepenuh kepercayaan kepada ALLAH yang mengatur segala percaturan dalam hidup manusia. Berbekalkan usaha, doa, istiqamah, tawakal dan redha akan ketentuanNYA meningkatkan ketakwaan dengan manisnya iman dalam diri.
Begitu juga buat diriku dan kalian yang masih menanti natijah dengan penuh kebimbangan, teruskan berdoa, berharap dan meminta hanya kepadaNYA moga diberikan natijah yang cemerlang. Tanamkan azam dan cita-cita moga ketentuan yang bakal diterima adalah semata-mata keranaNYA. Demi membantu ISLAM, memartabatkan ADDIN di Malaysia seterusnya berbakti kepada umat ISLAM.
Kata Muthaqqaf : Tahniah kepada yang berjaya dan yang tidak berjaya. Hakikatnya kita berjaya melalui peperiksaan untuk menguji tahap penguasaan kita terhadap satu-satu ilmu. Cumanya tahap pemahaman yang kita fahami masih belum menepati kehendak pensyarah memerlukan kita untuk memahaminya dengan lebih mendalam. Harapannya moga ilmu-ilmu yang diperolehi mampu meyakinkan kita untuk terjun berhadapan di gelanggang masyarakat kelak.
Nukilan Ilham Nurani,
MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa
MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa