Video Klip Pilihan

Tuesday, March 04, 2008

.:: Bangsat Kau ISRAEL LAKNATULLAH!!! ::.

بسم الله الرحمن الرحيم



Nukilan semula oleh Muthaqqaf Azhari.

BANDAR GAZA 2 Mac – Presiden Palestin Mahmoud Abbas yang mengetuai Kumpulan Fatah, telah menggantung rundingan damai dengan regim Isreal selepas tentera Yahudi meneruskan operasi besar-besaran ke atas pejuang Palestin.

Sekurang-kurangnya tujuh rakyat Palestin terbunuh dalam serangan terbaru Israel di Genting Gaza awal hari ini.


Rejim Yahudi itu mengancam untuk memperhebatkan serangannya dengan menyerang pejabat Perdana Menteri Ismail Haniyeh dan hampir 70 rakyat Palestin terkorban sejak dua hari lalu sekalipun mendapat kutukan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Tentera darat dan udara Israel beroperasi di kawasan tersebut buat hari kedua berturut-turut.

Dua orang lagi meninggal dunia akibat kecederaan yang mereka alami dalam serangan Israel di pekan Jalaliya, utara Gaza.

Sejumlah 100 orang, kebanyakannya penduduk awam, terbunuh sejak tentera Israel melancarkan serangan di Gaza pada Rabu lalu.

Mereka termasuk 66 orang terdiri daripada kanak-kanak dan orang awam lain yang maut dalam serangan Israel sejak awal semalam.

Serangan besar-besaran dari darat dan udara itu bertujuan menyekat bedilan roket pejuang Palestin ke selatan Israel yang telah membunuh 14 Yahudi sejak 2000.

Ismail yang memimpin Kumpulan Hamas mentadbir Gaza telah meminta para pemimpin negara-negara Arab termasuk Arab Saudi menghentikan keganasan itu.

Beliau juga menyeru supaya perbincangan mengenai perdamaian diadakan antara dua kumpulan yang bermusuhan iaitu antara Fatah dan Hamas.

Sementara itu di New York, Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon semalam mengutuk tindakan Israel menggunakan kekerasan “keterlaluan dan melampaui batas” ke atas penduduk Palestin di Genting Gaza.

Dalam sidang tergempar Majlis Keselamatan yang diadakan bagi membincangkan pertempuran Israel-Palestin yang makin sengit, Ki-moon turut mengecam serangan roket Palestin ke atas selatan Israel.

Majlis Keselamatan dalam kenyataannya mengutuk keganasan di Gaza dan menggesa semua pihak mematuhi kewajipan masing-masing di bawah undang-undang antarabangsa.

“Sungguhpun kita mengakui hak Israel untuk mempertahankan diri, saya mengutuk penggunaan kekerasan yang keterlaluan dan melampaui batas ke atas begitu ramai penduduk awam, termasuk kanak-kanak.

“Saya menggesa Israel menghentikan serangan sedemikian,” kata Ki-moon pada sidang tergempar itu.

Wakil Tetap Palestin ke PBB, Riyad Mansour berkata, tindakan rejim Yahudi termasuk penutupan semua pintu sempadan ke Genting Gaza merupakan jenayah perang.


“Tindakan sedemikian jelas diharamkan oleh undang-undang antarabangsa tetapi dilakukan oleh rejim pada tahap dan skop yang menyamai jenayah perang,” kata Riyadh kepada Majlis itu.

Sidang tergempar itu diadakan atas permintaan anggota bukan tetap Majlis Keselamatan, Libya bagi pihak Liga Arab dan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas.

Delegasi Libya mengedarkan draf resolusi mengutuk Israel kepada anggota lain dalam Majlis Keselamatan.

Mesir turut membuka sempadannya dengan Genting Gaza bagi memberi rawatan kepada penduduk Palestin yang cedera.

Masih selesa membeli produk ISRAEL LAKNATULLAH?!! Masih kenyang makan di McD? Masih seronok ber'shopping' di Tesco? Seksanya saudara kita di sana hanya Allah swt yang paling mengetahui. Diujinya mereka dengan derita, diujinya kita dengan harta. Fikir-fikirkanlah, bagaimana anda membelanjakan harta anda. Dan ingatlah bahawa anda jualah yang akan dipertanggungjawabkan atas apa yg anda lakukan. "Tidak sempurna iman seseorang itu sebelum dia mengasihi saudaranya atau baginda bersabda sebelum dia mengasihi jiran tetangganya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri." (Hadis riwayat Anas b Malik).

Umat Islam diseru untuk membantu rakyat palestin!!!

BOIKOT BARANGAN YAHUDI!!!

MANA-MANA YANG MEMBELI BARANGAN YAHUDI HARAP DAPAT BERTAUBAT KERANA IA ADALAH DOSA BESAR DAN HARAM HUKUMNYA KERANA MEMBANTU KEWANGAN MEREKA UNTUK MEMBEDIL UMAT ISLAM!!!

SENTIASA MEMBUAT SOLAT SUNAT HAJAT DAN MEMBACA QUNUT NAZILAH MENDOAKAN UMAT ISLAM PALESTIN...

INFAKKAN HARTA DAN APA YANG MAMPU UNTUK UMAT ISLAM PALESTIN...

TAQARUBKAN DIRI ANDA KEPADA ALLAH SWT!!!

SEMOGA IA MENJADI BEKALAN YANG TERBAIK DI AKHIRAT KELAK…


Nukilan Ilham Nurani,

MaHbUb MaRdHaTiLLaH,

ZuLmArWa

No comments: