Video Klip Pilihan

Saturday, March 08, 2008

.:: Ini Dah Melampau!!! ::.

بسم الله الرحمن الرحيم


Hati siapa yang tidak berang apabila ISLAM yang kita sayangi dan pertahani ini diinjak-injak dan dihina sebegitu melampau. Seandainya dari pihak kuffar memang rasa di hati ini bagaikan nak rejam dan bunuh terus. Akan tetapi yang menjadikan aku dan beberapa sahabat yang membaca keratan akhbar tersebut semalam, 6 Mac 2008 apabila parti komponen kerajaan mengeluarkan kenyataan "PERGI JAHANAM DENGAN ISLAM, HIDUP MELAYU!!!". Kenyataan tersebut tidak diwar-warkan di dada-dada akhbar arus perdana yang dilihat lebih menyokong dan menyebelahi kerajaan. Keratan akhbar tersebut boleh didapati di Tranungkite dan Harakah Daily bertarikh 6 Mac 2008.


Bagi sesiapa yang mempunyai sensitiviti keimanan yang kental dan utuh kepada ALLAH dan RasulNya serta Hari Akhirat tidak boleh tidak merasa marah terhadap tindakan yang melampaui batasan. Mereka semamangnya merasa marah terhadap parti pembangkang yang dirasakan semakin berpengaruh dan mendapat sokongan rakyat. Kalau dilihat mereka dengan sewenang-wenangnya menghamburkan fitnah yang berasas untuk membangkitkan kebencian rakyat kepada parti-parti lain dan mengekalkan majoriti 2/3 kerusi kepada mereka. Namun tidak sepatutnya dilemparkan kemarahan tersebut terhadap agama yang bakal membangkitkan sensitiviti perkauman dan keagamaan!!!



Sememangya kita lihat demokrasi yang diwar-warkan oleh kerajaan tika ini seolah-olah sekadar mainan di mulut sahaja, tidak pada realitinya. Ini kerana demokrasi yang sebenarnya ialah memberikan ruang untuk bersuara kepada semua pihak tanpa menyekat hak tersebut. Akan tetapi hak tersebut dinafikan dan disekat dengan pelbagai cara bagi memastikan mereka terus mendapat mandat memerintah. Bagi mereka yang cerdik akalnya tentu dapat melihat suasana berat sebelah yang melanda Malaysia dari media massa, elektronik, sehinggakan Suruhanjaya Pilihanraya sendiri mendatangkan keraguan untuk memenangkan kerajaan yang sedia ada dengan helah dan penipuan yang tidak diketahui.

Seandainya diikutkan naluri hati yang waras ini, memang malas untuk melayan penyebaran fitnah yang dilontarkan. Akan tetapi apabila melihat fitnah yang dilemparkan melampaui batasan seorang muslim sehingga menghina dan mencerca ISLAM dengan kenyataan yang boleh membawa kepada KUFUR kerana menghina ISLAM. Mereka merasa marah terhadap pihak lawan tidak sepatutnya melepaskan kemarahan atas kegagalan mereka terhadap ISLAM sebuah agama anutan mereka dan majoriti rakyat Malaysia. Bagi rakyat Malaysia yang beragama ISLAM sekiranya tiada sensitiviti terhadap perkara ini maka nantikanlah azab di sisi ALLAH di akhirat kelak!!!

Esok, Sabtu 8 Mac 2008 merupakan tarikh mengundi yang bakal menentukan peneraju pimpinan di 5 tahun yang mendatang. Adakah mereka bakal mengekalkan kerajaan yang sedia ada untuk meneraju negara dengan kemajuan dan pembangunan yang terus maju kehadapan dalam masa yang sama mengasingkan peranan agama. Ataupun mereka akan menukarnya dengan pucuk pimpinan yang lebih mementingkan peranan agama dalam institusi kehidupan dalam negara, kehidupan dan seluruh aspek seiring dengan kemajuan dan pembangunan. Seandainya aku berada dalam suasana politik tanah air sememangnya aku akan mempertahankan gahnya sebuah agama yang tinggi di sisi ALLAH.

Tidak terlintas di hati ini untuk mencampakkan diri ke dalam arena politik. Akan tetapi penceburan diri ini bukanlah menunjukkan peribadi sesebuah persatuan yang penulis ceburi akan tetapi ianya merupakan hak peribadi seseorang. Bahkan sebenarnya politik ini bukanlah sesuatu yang terpisah dari agama. Bahkan ianya merupakan sebahagian dari agama yang dituntut untuk dilaksanakan menurut acuan dan landasan ISLAM sesuai dengan ajaran Nabi Muhammad S.A.W. berpolitik ketika membentuk kerajaan ISLAM di Madinah ketika itu.


Seandainya sesuatu perkara itu menyentuh soal maruah agama, sememangnya penulis akan bangkit untuk mempertahankan dengan apa cara sekalipun hatta menggadai harta dan nyawa. Kerana itulah tuntutan ISLAM yang sebenar kepada para penganutnya supaya bangun mempertahankan ISLAM dari dicerobohi oleh musuh-musuh ISLAM yang sentiasa hasad terhadap kesucian agama ini.

Walau apapun yang terjadi semoga sensitiviti terhadap agama yang kita sayangi perlu dipasakkan dengan kukuh di dada. Sensitiviti yang terpasak sehingga berupaya mempertaruhkan jiwa, harta dan raga semata-mata untuk mempertahankannya dari dihina, dinjak-injak dan dicerca dengan sewenang-wenangnya. Jadilah penolong kepada agama ALLAH dan janganlah menjadi musuh kerana sekiranya memusuhi ISLAM bermakna memusuhi ALLAH! Kepada seluruh sahabat dan saudara-saudaraku di Tanah Air selamat mengundi dan pastikan kalian semua berdoa, bermunajat semoga pilihan yang dibuat merupakan pilihan yang tepat untuk mempertahankan ISLAM.

Semoga ALLAH membantu ISLAM di Malaysia dan mengurniakan kemenangan kepada ISLAM setelah dipermainkan sekian lama berkat usaha pejuang-pejuang agama ALLAH yang ikhlas di Malaysia. Kepada seluruh sahabat dan saudaraku di luar negara bersamalah kita berdoa dan bermunajat semoga yang terbaik yang bakal menerajui negara kita melalui undian rakyat. Semoga doa dan munajat kita semua di kejauhan mampu membantu walaupun sedikit kepada memarabatkan ISLAM di Tanah Air tercinta.

Nukilan Ilham Nurani,

MaHbUb MaRdHaTiLLaH,

ZuLmArWa

1 comment:

FiQ OnLinE said...

Pergi Isu "PERGI JAHANAMLAH ISLAM" yang di maksudkan itu bukan kepada ISLAM untuk semua tetap maksud nye yang di lemparkan itu untuk PARTI PAS! bagi orang yang tidak tahu maksud nya akan berkata BN bergitu jahil! tapi hakikat nya dan maksud yang ingin di sampaikan telah di salah tafsir!