Video Klip Pilihan

Tuesday, March 25, 2008

.:: Dakwah Islamiah : Satu Tuntutan ::.

بسم الله الرحمن الرحيم

Dakwah Islamiah merupakan satu tanggungjawab dan amanah yang amat berat terpundak ke atas bahu-bahu para pembawa amanah ilmu Allah. Tuntutan dakwah ini merupakan sesuatu yang perlu dipandang serius oleh semua penuntut-penuntut ilmu Allah di institut-institut pengajian Islam di seluruh dunia. Perkara ini tidak sepatutnya dipandang lekeh dan enteng walaupun pada hakikatnya tujuan melanjutkan ilmu agama ini tidak difikirkan.

Oleh yang demikian, menjadi tanggungjawab penulis untuk mengingatkan diri penulis dan sahabat penuntut ilmu Allah walau di mana pun kalian berada. Perkara ini bukan sesuatu yang sekadar picisan bahkan ianya merupakan tuntutan wajib untuk mengajak manusia kepada kebenaran dan menghalang dari kemungkaran. Hakikat 'amar makruf nahi mungkar' merupakan tanggungjawab semua umat Islam untuk memastikan setiap tuntutan Islam dilaksanakan dan diikuti dengan sebaiknya.

Terpanggil penulis untuk mendedahkan sebuah fenomena penyelewengan akidah yang sedang dilancarkan oleh musuh-musuh Islam yang sentiasa merasa hasad terhadap kebenaran Islam. Baru sahaja sebentar tadi penulis diminta mengulas mengenai sebuah kejadian yang berlaku di sebuah sekolah di Tanah Air yang dalam diam cuba mempengaruhi remaja Melayu Islam dengan mendatangkan keraguan kepada agama anutan mereka sendiri. Betapa jahatnya mereka sehingga sanggup melakukan perkara terkutuk itu.

Diceritakan oleh sahabat penulis ketika beliau belajar di UIA, seorang pensyarah berbangsa India kafir yang mengajar
subjek Sejarah yang mengetahui banyak perkara selok-belok tentang Islam. Bahkan memahami bahasa arab itu sendiri. Perkara ini bukanlah sesuatu yang pelik kerana puak-puak kafir laknatullah memang berusaha mendalami segala perkara yang bersangkut paut dengan Islam termasuklah bahasa arab itu sendiri sebagai sumber memahami Al-Quran dan Sunnah sebagai sumber rujukan perundangan Islam.

Penulis yang berada dalam di Fakulti Usuluddin, Jabatan Dakwah dan Kebudayaan Islam merasakan perkara ini banyak menyentuh bidang yang penulis ceburi. Akan tetapi hakikatnya masalah dakwah Islamiah ini adalah tanggungjawab seluruh para penuntut yang telah diamanahkah ilmu agama kepadanya.


Hendak dijadikan cerita, pensyarah kafir tersebut telah melontarkan soalan yang bertujuan untuk meragukan sahabat penulis dan kawan-kawannya yang beragama Islam. Soalan tersebut menyentuh berkaitan dengan persoalan poligami bertanyakan soalan khusus untuk pelajar siswi adakah mereka bersetuju lelaki mengahwini lebih dari seorang sebagaimana Islam membolehkan kaum lelaki untuk berkahwin tidak lebih sehingga 4 orang sahaja.

Sahabat penulis merupakan seorang yang pernah menuntut di Universiti Islam Antarabangsa akan tetapi beliau bukan berada dalam jurusan agama. Maka keseluruhan pelajar siswi yang disoal keseluruhannya menjawab mereka tidak bersetuju termasuk sahabat penulis yang sebenarnya tidak membangkang pensyariatan tersebut akan tetapi oleh kerana di'provoke' oleh pelajar siswa maka terpaksa membangkang juga.

Kesimpulan yang pensyarah tersebut dapat berikan setelah mendapat respon dari jawapan dari seluruh siswi adalah TIDAK BAGUS APA YANG TERKANDUNG DALAM ISLAM. Mengapa seorang pensyarah non-muslim diberikan hak untuk mencampuri urusan agama lain terutamanya Islam dan membuat andaiannya sendiri terhadap eksperimen yang dilakukannya? Apakah tiada satu usaha untuk membuat laporan dan aduan isu yang menyentuh sentimen keagamaan ini?

Mengapa tiada dikalangan mereka yang bangkit untuk membuat aduan tersebut? Penulis tidak ingin menyalahkan sesiapa dalam perkara ini kerana mereka juga bukanlah ahli dalam soal keagamaan. Dengan sebab itulah pensyarah non-muslim mudah-mudah menyebarkan dakyahnya untuk mempengaruhi dan mendatangkan keraguan pelajar-pelajar muslim yang cetek agamanya.

Tidak hairanlah kita lihat fenomena murtad di Malaysia menjadi-jadi bahkan tiada penyelesaian sehingga kini. Alasan yang diberikan dan fatwa-fatwa yang menyesatkan 'orang dah tiada hati duduk dalam Islam buat apa kita nak halang?'. Adakah sanggup kita membiarkan maruah Islam terus dirobek dan disiat-siat tanpa halangan dan tindakan susulan dari kerajaan pemerintah mengenai perkara ini?


Penulis pun tidak berhajat untuk mengulas panjang mengenai perkara ini. Apa yang perlu difikirkan selepas ini adalah tanggungjawab selaku pembawa amanah ilmu Allah amatlah berat. Banyak perkara yang perlu diperbetulkan dan dilaksanakan dengan sebaiknya bagi memastikan wadah perjuangan Islam yang diperjuangkan oleh para Rasul dan Nabi diikuti para sahabat dan seterusnya dapat disambung dan dihayati bersama. Seandainya perkara ini tidak diambil perhatian dan dipandang enteng beringatlah bahawa kelak amanah ini akan dipersoalkan kepada kita di akhirat kelak.

Bersama kita berusaha berdakwah kepada Islam terutama memperbaiki ajaran Islam yang sebenar kepada umat Islam di Tanah Air sebelum berdakwah kepada non-muslim. Perkara ini perlu diambil kira disamping tanggungjawab yang lain kerana 'amar makruf nahi mungkar' adalah tuntutan Allah kepada umat Islam seluruhnya.

Nukilan Ilham Nurani,

MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa

No comments: