Video Klip Pilihan

Thursday, May 07, 2009

|| Bertiga Lebih Baik ||

بسم الله الرحمن الرحيم

Entri kali ini sepertinya tajuk sebuah lagu dari negara jiran kita, 'Berdua Lebih Baik'. Akan tetapi hakikatnya tiada kena mengena langsung dengan kerosakan mesej yang disampaikan pada lagu tersebut. Sekadar ingin mencoretkan sebuah layar kehidupan yang sentiasa berubah dari semasa ke semasa. Tiada yang kekal abadi melainkan TUHAN PENCIPTA sekalian alam. MAHA SUCI ALLAH yang sempurna dari segala sifat-sifat kekurangan. Tiada yang layak disembah melainkan DIA.

Tiada yang amat dicintai melainkan
NYA. Dan sesungguhnya NABI MUHAMMAD SAW itu adalah pesuruhNYA, kekasihNYA dan hambaNYA yang amat mulia dari sekalian makhluk.

Tanpa disangka-sangka akhirnya saya sekarang hanya tinggal bertiga bersama dua orang sahabat lain. Sebelum ini kami berlima menetap di Asrama Pelajar Johor (APJ) di Haiyu Thamin. Itu mungkin dahulu. Kini dikala masing-masing sedang sibuk berteleku, menelaah buku-buku untuk menempuh imtihan, seorang demi seorang pergi meninggalkan kami. Bukan meninggalkan dunia yang fana ini. Akan tetapi pergi 'mencari ketenangan' belajar ke syaqah yang lain. Kedua-duanya pergi 'mencari ketenangan di syaqah 1 yang pada asalnya bermukim di syaqah 8.

Yang sudah pergi biarlah mereka pergi. Lambat laun mereka akan pergi juga. Kini yang tinggal hanyalah kenangan indah bersama. Semestinya kebersamaan bersama tika berlima akan terasa berbeza bagaikan kehilangan. Walaupun begitu, segalanya telah tersurat. Pasti ada yang tersirat di sebalik semua ini. Redha adalah kunci terbaik untuk meredakan situasi ini.

Apapun, bertiga pasti lebih baik. Semakin kurang kuantitinya tidak bermakna kualiti juga menurun. Semangat setiakawan sentiasa tersemat di sanubari yang kental ini. Ukhuwah ISLAMIAH merupakan slogan terbaik untuk memastikan keutuhan kesatuan sesama kita tidak akan luntur. Usah kerana nila setitik, susu sebelanga menjadi mangsanya. Adalah lebih baik dihindari agar nila tersebut tidak merosakkan nutrisi yang terkandung pada susu tersebut.

Saya sudah menempuh peperiksaan lisan dan berbaki 3 peperiksaan bertulis untuk dilalui. Diikuti mahasiswa selainnya. Esok adik-adik tahun 1 Syariah ISLAMIAH Kaherah akan berhadapan dengan peperiksaan syafawi. Moga kalian dipermudahkan dalam menghafal dan mengingat seterusnya dipermudahkan menjawab segala soalan yang akan diutarakan esok.

Saya berpesan terutama kepada diri saya sendiri dan kalian semua supaya sentiasa memperbanyakkan solat-solat sunat dan berdoa kepadaNYA semoga diberikan taufiq hidayahNYA di sepanjang lalun menuntut ilmu ini. Juga dijauhkan nafsu dan diri kita dari melakukan kemaksiatan perkara-perkara yang bisa mengundang murka ALLAH.

Salam imtihan, salam mujahadah, salam mahabbah buat semua yang ku kasihi kerana ALLAH. Moga kejayaan menjadi milik kita bersama demi ISLAM kerana ALLAH. Time to check out. Chaiyok chaiyok. Aja aja fighting.

Nota kaki : Bertiga yang dimaksudkan [penulis, Mohammad Taib dan Taufik]. Dua yang pergi 'mencari ketenangan' yang dimaksudkan [Shahidullah dan Mohd Amin Sailan]. Selamat maju jaya untuk kita bersama. Jenguk-jenguklah kami di atas ni.

Nukilan Ilham Nurani,

MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa

No comments: