Video Klip Pilihan

Thursday, June 25, 2009

|| Bila Mufti Syok Sendiri ||

بسم الله الرحمن الرحيم

Hari ini telah memasuki hari ke-2 dalam bulan yang dikenali dengan bulan
ALLAH berpandukan kepada hadith yang disebut oleh RASULULLAH SAW. Bulan Rejab yang merupakan permulaan bulan-bulan yang mulia sebelum bertemu dengan bulan NABI SAW iaitu bulan Syaaban dan diikuti bulan paling mulia yang merupakan bulan umat MUHAMMAD SAW iaitu bulan Ramadhan Al-Mubarak. Ramai yang masih terleka dengan kenikmatan dunia hingga terlupa akan kemuliaan bulan-bulan ini.

Semoga kita bukan termasuk di kalangan mereka-mereka yang rugi dan lalai dalam merebut keredhaan ALLAH yang tersembunyi dalam bulan-bulan tersebut.

Hari ini, saya semakin keliru dan terkejut dengan paparan berita yang disiarkan oleh akhbar-akhbar arus perdana kerajaan melalui satu kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang ulama tersohor yang dahulunya disegani kerana tegas dalam mempertahankan kedaulatan ISLAM. Namun sejak kebelakangan ini lain pula jadinya.

JOM HEBOH dan Murtad!!!

Bermula dengan insiden 'JOMHEBOH' yang sebelum ini keras difatwakan oleh beliau bahawa ianya adalah haram diadakan kerana jelas menghanyutkan muda mudi ISLAM dengan gejala yang dilarang oleh agama.

Akibat daripada fatwa beliau itu, ramai ulama dan NGO-NGO ISLAM yang menyokong dengan fatwa yang amat berani menentang budaya hedonisme yang memuja hiburan secara terlampau. Media arus perdana tidak banyak memutarkan isu ini kerana ianya akan merugikan mereka sekaligus ianya terus tenggelam.

Diikuti dengan isu murtad yang dibongkar oleh beliau sebelum itu yang mendapat perhatian seluruh umat ISLAM Malaysia yang selama ini tidak didedahkan dengan informasi membahayakan ISLAM itu. Sekali lagi beliau dipandang tinggi dengan keberanian beliau memperjuangkan kedaulatan ISLAM meskipun dikecam hebat oleh kerajaan pemerintah.

Namun sekarang ini berbeza pula keadaannya. Beliau dilihat seolah-olah mendiamkan diri dengan pelbagai isu kedaulatan ISLAM. Bahkan beliau dilihat seumpama menunggu arahan dari pihak atasan untuk mengeluarkan sesebuah fatwa.

Mufti Untuk Kerajaan Pemerintah atau Umat ISLAM?

Apa yang diutarakan sekarang ini sepertinya bertujuan untuk menghentam sebuah wadah perjuangan ISLAM dan kebenaran. Malah tidak keterlaluan beliau disuruh untuk membela kerajaan yang hilang majoriti di parlimen dan kepercayaan rakyat itu. Hari ini beliau mengeluarkan kenyataan kekecewaan beliau terhadap parti-patri politik yang berlandaskan ISLAM yang menjadi punca perpecahan umat ISLAM dan perbalahan Melayu itu sendiri.

Beliau menganggap penarikan PAS daripada idea kerajaan perpaduan yang menjadi topik hangat pihak lawan terhadap Pakatan Rakyat terutamanya PAS adalah sesuatu yang mendukacitakan kerana menolak perpaduan rakyat. Persoalannya, adakah beliau tidak mengetahui pergolakan disebalik penerusan gagasan ini yang semestinya akan memecahbelahkan kesatuan umat ISLAM dan bukan ISLAM yang semakin selesa dengan pentadbiran di bawah Pakatan Rakyat?

Perkara ini tidak dibiarkan begitu sahaja oleh pimpinan PAS melalui Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Menteri Besar Kelantan membidas dakwaan beliau itu. Kenyataan lengkap beliau berkenaan dakwaan Mufti Perak boleh diperolehi melalui bacaan di link ini.

Kata Muthaqqaf : Setakat baca fikrah di media arus perdana yang jelas meracun rakyat yang kurang cerdik untuk menyebelahi pihak kerajaan tidak memadai. Bahkan ianya jelas menjadikan kita zalim kerana tidak adil dalam menerima khabar berita untuk dinilai. Baca kesemuanya dan buatlah pertimbangan yang sebaik-baiknya.

Nukilan Ilham Nurani,

MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa

10 comments:

Anonymous said...

sudah-sudah la tu...
cukup-cukup la...
aduh!!!! bajet bagus...

Mohd Rasul Bin Amat said...

erm... mcm ku kenal nada ayat ni...
mcm biasa diperkatakan andai berbicara dgn aku...
apapun usaha ko utk mematahkan smgt aku, insyaallah aku xkn mengalah...
apabila memilih jalan dakwah ISLAM dan kebenaran mmg inilah sunnah org berjuang akan menghadapi parasit dlm memperjuangkan ISLAM dan kebenaran..
masih belum terlambat syeikh...
ittaqillah haisu ma kunna...
astaghfirullah al azim...

Anonymous said...

kenal ke?
kau takkan dpt kenal aku...

Mohd Rasul Bin Amat said...

hakikatnya mmg aku xkn knl ko sbb ko menyembunyikan identiti...
org pengecut je yg xnk dikenal identiti dlm ms yg sm komen dan hentam gila babi...
kononnya wira la dlm diam pertahankan sesuatu yg jelas xder tujuan dlm perjuangan ISLAM..
bahkan keje ko menghentam org lain yg nk pertahan n perjuangkan ISLAM...
lantak ko la...
mls aku nk lyn...
lain kali klu ada org mcm ko bg komen yg xmembina aku delete jela..
xpun biarkan ko membebel sorang2...
bebelan x berhujjah...

Anonymous said...

Assalamualaikum
pedulikan ape org kata
yang penting niat kita
teruskan perjuangan
runtuhkan yg batil tegakkan yg hak.....
remember myfriend that ALLAH is always beside you...
Takbirrrrrrrrr
ALLAHU AKBAR....

Mohd Rasul Bin Amat said...

salam...
syukran krn memahami perjuangan yg diperjuangkan ini...
insyaallah org yg berjuang di jln ALLAH bermakna dia sudah bersedia utk dihina, dimaki dan dicaci...
moga ALLAH akan terus bersama mereka2 yg sabar di jalanNYA..
ALLAHU AKBAR!!!

FarisPharmacistMuslim said...

salam alaik..

berkenaan dengan hadis pada yg mengatakan mengenai bulan rejab bulan Allah dan sebagainya, ustaz menyatakan hadis e2 sebnanyer palsu...

Bulan yg mulie dalam islam yg dikenali sebagai bulan hurum yg 4, yg mana dilarang berperang padenye adelah bulanzul-kaedah, zulhijjah, muharram n rejab.

berkenaan ngan mufti..e2 bkanlah syok sendiri..

tp pandangan sy mufti yg mahu mengekalkan jawatan(duit) yg mana die telah beranggapan bahawa UMNO yg bagi rezki..tp sebnanyer pemberi Rezki hanyalah Allah..


sedih memikirkan komennyer terhadap Seorg perwakilan yg membace Al-quran bersama terjemahannya...nape si pembace yg dimarah..sepatutnya anak muda islam yg dimarah..sdey sgt...sedangkan saidina Umar sebelum islamnya pon turot membace Al-quran.

Mohd Rasul Bin Amat said...

lor btul ker hadis palsu?
apapun sekalipun hadis itu daif dan lemah dr segi sanadnya tidak bermakna kita xboleh beramal dgn hadis tersebut...
selagi kita xmenjadikan hadis tersebut sbg hujjah...
trima kasih atas teguran saudara...

hamba tuhan said...

salam tuan..
beradablah bila mahu menegur sesuatu..
dia tetap seorang mufti..
jangan sampai penulisan tuan ini akan merendahkan pandngan masyarakat awam kepada institusi mufti..

janganlah mengeruhkan lagi keadaan...

kenyataaan kamu.. "Namun sekarang ini berbeza pula keadaannya. Beliau dilihat seolah-olah mendiamkan diri dengan pelbagai isu kedaulatan ISLAM. Bahkan beliau dilihat seumpama menunggu arahan dari pihak atasan untuk mengeluarkan sesebuah fatwa".

sila la bersangka baik.. kamu memilih satu isu dan TERUS MENGHUKUM MUFTI itu... Kenapa tak kritik mufti lain jugak??

kita bejuang demi ISLAM... Mereka juga berjuang DEMI ISLAM..

jangan kita dpisahkan oleh sentimen politik keterlaluan.. terima dan akui baik buruk kita... kita tak sempurna.. KESAL, umat sekarang politik 300% hingga tinggalkan dakwah yg lain..

Tunjukkan hormat kita pada orang yg lebih berilmu...

Mohd Rasul Bin Amat said...

syukran atas teguran anda...
saya tak mengkritik keilmuan beliau...
akan tetapi saya persoalkan kecerdikan beliau yang seolah-olah dipermainkan oleh pemerintah...
tentang institusi mufti mmg sejak sekian lama ianya sudah dipandang rendah oleh masyarakat kerana tiada keseriusan dikalangan mufti utk mempertahankan syariat ISLAM dan akidah yg suci...
nilai sendiri dengan mata kepala kita dengan keadaan skrg yg makin kacau bilau yang tiada pembela dikalangan mufti...
yg ada hanyalah memburuk2kan perjuangan ISLAM yg dilakukan oleh sesebuah pihak tanpa menyelidik terlebih dahulu...
lgpun saya sekadar megulas apa yg dibalas oleh Tuan Guru Nik Aziz terhadap kenyataan beliau yg seolah-olah buta sejarah ISLAM di Malaysia ni...
politik dan ISLAM xleh dipisahkan...
termasuklah dakwah...
ni kira dakwah utk memberikan kesedaran kpd umat ISLAM mengenai keadaan semasa yg kadangkala tak diambil peduli oleh org selain kita...