Assalamualaikum W.B.T kepada kalian sahabat-sahabat sidang ilmuan. Alhamdulillah kesyukuran yang tidak terhingga dan yang sebanyak-banyaknya ku panjatkan ke hadrat Ilahi yang telah memberikan ruang, kesempatan walaupun setelah diri ini dan sahabat-sahabat seperjuangan yang diamanahkan untuk menyelenggara perjalanan Muktamar Sanawi PMRAM Kali Ke-74 serta Muktamar Hewi Kali Ke-20 yang pada permulaannya berjalan sebagaimana yang dirancangkan. Namun disaat semakin hampir program mega ini Allah S.W.T Maha Berkausa atas segalanya, maka kami diuji dengan permasalahan di mana pergolakan berlaku pada menetapkan tempat perjalanan program ini. Namun begitu berkat kesabaran dan doa sahabat-sahabat sekalian Insyaallah akan diadakan muktamar tersebut pada 25(MHP) bertempat di Dewan Solah Kamil dan 26(MSP) bertempat di Nadi Riadhi tempat yang sama pernah berlangsungnya muktamar pada tahun lepas. Walau apapun yang telah dan bakal berlaku adalah suatu ujian dari Allah S.W.T untuk menguji hamba-hambaNya. Seharusnya kita selaku ilmuan gagasan Al- Azhar tidak cepat melatah dan futur dengan musykilah yang melanda. Kita sewajarnya bangun dan terus maju menongkah arus yang datang tanpa berputus asa kerana sifat berputus asa ini adalah sifat orang-orang lemah.
Oleh itu sahabat-sahabat sidang ilmuan yang ku kasihi sekalian, seram sejuk juga rasanya untuk aku berhadapan dengan tugas yang bakal ku galas nanti. Jadinya, ku berharap daripada kalian semua bantulah aku nanti setelah menerima tanggungjawab secara rasmi. Apa yang perlu kalian ingat adalah title seorang 'Badan Pengurus PMRAM' bukanlah suatu title yang boleh dibangga-banggakan. Bahkan ianya suatu cabaran kepimpinan yang berat kerana di akhirat kelak akan dipersoalkan oleh Allah S.W.T tentang amanah yang diberikan itu samada dilaksanakan dengan amanah dan jujur atau sebaliknya. Oleh yang demikian, harap kalian semua berikan semangat kepada aku dan sahabat-sahabat kepimpinan lain semoga kita akan memperolehi ganjaran yang berlipat-ganda dengan kerja yang dilaksanakan atas dasar ikhlas, amanah semata-mata untuk mendapatkan keredhaanNYA.
Bukankah Rasulullah S.A.W sendiri telah menyatakan dalam Hadithnya bahawasanya orang yang mu'min kuat itu lebih dikasihi dan disukai Allah S.W.T berbanding orang-orang yang lemah longlai? Oleh itu bangkitlah kita semua wahai sahabat-sahabat sekalian untuk menyokong dan melicinkan lagi segala gerak kerja untuk menjadikan muktamar pada kali ini lebih bermakna sekaligus mencakna pelbagai persoalan yang bergolak di mata, hati dan jiwa kita semua. Sesungguhnya sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa kelancaran muktamar dan berjayanya matlamat sesuatu muktamar itu adalah berdasarkan kesepakatan ahli PMRAM itu sendiri untuk memudahkan pucuk pimpinan yang bakal menyambung kerja-kerja memperjuangkan kebajikan pelajar-pelajar Malaysia sepanjang keberadaan mereka di bumi Anbia' ini.
Oleh itu sahabat-sahabat sidang ilmuan yang ku kasihi sekalian, seram sejuk juga rasanya untuk aku berhadapan dengan tugas yang bakal ku galas nanti. Jadinya, ku berharap daripada kalian semua bantulah aku nanti setelah menerima tanggungjawab secara rasmi. Apa yang perlu kalian ingat adalah title seorang 'Badan Pengurus PMRAM' bukanlah suatu title yang boleh dibangga-banggakan. Bahkan ianya suatu cabaran kepimpinan yang berat kerana di akhirat kelak akan dipersoalkan oleh Allah S.W.T tentang amanah yang diberikan itu samada dilaksanakan dengan amanah dan jujur atau sebaliknya. Oleh yang demikian, harap kalian semua berikan semangat kepada aku dan sahabat-sahabat kepimpinan lain semoga kita akan memperolehi ganjaran yang berlipat-ganda dengan kerja yang dilaksanakan atas dasar ikhlas, amanah semata-mata untuk mendapatkan keredhaanNYA.
MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa
ZuLmArWa
No comments:
Post a Comment